Skip to main content

GADIS USIA 13 TAHUN MINTA IBU KEKASIH CEPAT MASUK MEMINANG

Assalamualaikum...



Orang kata budak-budak sekarang kecil-kecil lagi dah fikir soal cinta.Dari sekolah rendah dah mula-mula nak ada kekasih.Teringat masa saya sekolah rendah dulu, ada juga yang berkirim-kirim salam..Tapi bertepuk sebelah tangan je la sebab pihak yang satu lagi tak layan.hahahah.jadi bukan budak2 sekarang je yang tau nak ada kekasih ni..dulu pun ada..Cuma masa dulu kalau suka pun diam-diam saja.Tak bagitau kat orang.Apa lagi kat mak sendiri.


Tapi sekarang ni dah lain..Tak de sorok-sorok.Kalau boleh nak bagitau satu dunia yang mereka tu pasangan kekasih.Tengok je la yang tersebar di laman sosial sekarang ni.tak de sembunyi-sembunyi bila nak luahkan perasaan.

Yang terbaru tentang budak sekolah umur 13 yang dengan beraninya wahatsapp ibu kekasih dia dan meminta segera dihantarkan rombongan meminang.yang ni memang saya pun agak terkejut la sebab siap suruh hantar pinangan cepat2.





Bagi setengah ibu bapa mungkin akan rasa gadis  usia 13 ni melampau dan patut di hukum.Saya baca di facebook ada yang nak rotan dan sebagainya .Tak kurang juga yang menghina pelajar ni.Tapi bila kita sendiri berdepan dengan pelajar macam ni apa yang kita buat adalah nasihat dan pantau seperti yang dilakukan ibu kepada kekasih gadis 13 tahun ni.

Dia bagi nasihat, dan teguran yang sangat baik.Faham-faham saja lah budak2 sekarang mudah memberontak dan suka buat tindakan tanpa berfikir panjang.Kalau dimarah siapa tahu jadi pulak kes lari dari rumah.Itu yang kita risaukan.

sekian..

Comments

  1. Banyak sangat lambakan drama novel.. Tu yang dia orang mudah terikut dan terjebak..

    ReplyDelete
  2. apapun respek juga mak kepada budak lelaki tu. Dia nasihat cara yang baik. Biasa la budak2.. cuma budak2 sekarang extreme sangat sampai berani direct to the point macam ni.

    Bini dah nak beranak tu Woi >> PERHATIAN! YANG BAKAL MELAHIRKAN ANAK PERTAMA WAJIB TAHU

    ReplyDelete
  3. salute lah kt makcik nih sbb sabar, jwpan penuh ngn nasihat yg positif tp yg bdk nih jns mcm tak paham2 ke apa...

    itulah banyak sgt tgk drama kul 7

    ReplyDelete
  4. Boleh dijadikan teladan makcik ni layan dengan sabar je siap nasihatkan lagi takde nak marah nak hina ke apa. Bergantung atas diri sendiri sebenarnya nak sabar atau marah2. Tapi nasihati kan lebih manis.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …