CUTI SEKOLAH - TIPS INI BOLEH BANTU ANDA YANG RISAU NAK TINGGALKAN ANAK DIRUMAH KETIKA BEKERJA

Assalamualaikum..



Selamat bercuti pada yang sudah bercuti.Hari ni dah mula cuti sekolah memang sana-sini dijangka kan jalan sesak ditambah pulak dengan cuti hari kebangsaan kita pada 31 Ogos dan dilanjutkan pulak dengan cuti raya Korban pada 1 Ogos .

Bila dah namanya cuti sekolah ni ada ibu bapa yang mesti risau dengan anak-anak dirumah sedangkan ibu ayah terpaksa bekerja menghabiskan sisa hari sebelum turut sama bercuti.

- Kalau boleh pesan lah pada ank-anak supaya tetap di rumah dan jangan merayau merata.Kita tak tahu bahaya yang bakal menimpa. Saya tengok ada anak-anak yang merayau ke rumah kawan-kawan dia hingga mengganggu rutin keluarga tu. Nak disuruh balik nanti kecik hati pulak.maklum la budak2 sekarang kuat mengadu kat mak ayah...hahha



- Walaupun ibu bapa ada ditempat kerja pastikan anak kita selamat di rumah.kerap2 lah menelefon anak-anak di rumah untuk pastikan mereka tak merayau.Bagi saya ini perkara paling penting bila tinggalkan anak-anak dirumah waktu kita bekerja.Yang tak de telefon rumah lepas ni mungkin boleh siapkan satu telefon khas untuk kegunaan rumah sahaja..jangan bagi anak buat harta pulak..hahah. Tampal nombor2 telefon yang penting di tempat yang anak mudah lihat supaya bila ada kecemasan dia tahu siapa yang perlu dia hubungi.

- Korang juga boleh pesan kan pada jiran2 kalau nampak anak keluar atau ada orang datang kerumah , supaya jiran boleh tolong tengok-tengok kan.Sebab tu kita kena ada hubungan baik dengan jiran walaupun jiran kita tu tak bekerjaya macam kita.

-Patikan juga kita dah siapkan kelengkapan anak-anak sebelum kita pergi kerja.Siap kan sarapan nya, makan tengahari nya dan juga makan petang.Ini supaya bila anak-anak lapar dia tak kan sesekali mencari alasan nak keluar sebab nak pergi kedai.



-Kalau anak2 dah besar , dah sekolah menengah boleh la suruh panas kan lauk dan sebagainya.Mungkin juga waktu ini lah kita nak didik anak kita buat kerja-kerja rumah.Basuh baju, jemur baju atau kalau yang dah ada anak dara tu boleh dah suruh memasak yang simple2.Saya pun mula belajar memasak masa umur 12 tahun.Tak jadi masalah pun..

-Kalau tak de halangan waktu makan tengahari korang boleh balik sekejap untuk pantau keperluan anak-anak.Bagi yang rasa memang tak percaya anak tinggal sendiri di rumah mungkin boleh tinggalkan pada jiran2.Tapi balik la awal ye.jangan fikir bila orang ada jaga anak kita , kita ambik peluang nak overtime . Lebih jahat lagi ada yang balik rumah tidur sejam dua, lepas tu baru pergi ambik anak.

- dan last sekali pesan pada anak supaya jangan bermain di dapur dan bilik air.Sebab selalunya kemalangan berlaku di area ini.Kita mesti tak mahu apa2 berlaku pada mereka..kan?jadi pastikan juga alatan merbahaya di simpan dengan selamat.



sekian...


Post a comment

3 Comments

  1. akak setuju, tp apa2 mmg kene pantau jgk walaupun cuma ngn call... tp kalau baru darjah 1 ke 2 tak ptt kot tinggal kt umah sorang2.... tkt jd apa2 kang

    ReplyDelete
  2. SELAMAT BERCUTI SEKOLAH..MMG RISAU NK TINGGALKN ANAK DI RUMAH KALAU IBUBAPA BEKERJA JIKA XPULANG PANTAU JUGA

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)