Monday, 21 August 2017

CARI SUAMI YANG ADA DUIT

Assalamualaikum..



Korang mesti pernah tengok filem Ibu Mertua ku  lakonan Tan Sri P.Ramlee. Dalam filem ni boleh tengok macam mana Mak si Sabariah menentang hubungan Sabariah dan Kasim Selamat yang hanya kerja bermain muzik,. Kalau dah namanya ibu tentu dia nak kan anak dia dilindungi orang yang mampu menjaga anaknya dan bukan hanya setakat ada cinta saja.

Cinta tu memang la penting .Tapi dalam zaman yang kau nak berak  dan kencing pun kena pakai duit ni rasanya cinta tu harus la seiring dengan kemampuan yang lain.bagi seorang wanita memilih lelaki untuk dijadikan suami adalah satu perkara yang kau tak boleh cuba-cuba..Perkahwinan bukan nya satu percubaan.Ianya adalah masa depan dan hala tuju .Hakikatnya nak kan perkahwinan yang mempunyai masa depan pilih la lelaki yang ada duit 

Ops!!!jangan salah faham  dulu..

Bukan bermaksud saya nak kata jangan pilih orang tak de duit.Saya percaya ramai lelaki kat Malaysia ni ada duit.Tapi ada duit time gaji je la...Yang betul-betul ada duit ialah lelaki yang menguruskan kewangan nya dengan baik.Tak kaya raya , tak boleh bagi intan permata itu tak apa..Tapi cara dia menguruskan wang gaji nya tu mestilah bersistematik.



Lelaki ni tengok dari masa bercinta pun dah boleh nampak cara dia uruskan kewangan dia.Tengok cara dia berbelanja , adakah dia beli benda-benda yang perlu atau setakat nak ikut trend . Susah kalau dapat suami suka berbelanja tanpa mengikut kemampuan diri. Kerja biasa-biasa saja tapi suka barang berjenama, tukar2 smartphone, selalu beli aksesori kereta..kemudian belum gaji dah tak de duit.nak keluar makan pun bagi alasan tak de duit.

Kemudian mula la asyik nak pinjam duit sampai dengan kita yang belum jadi isteri dia pun dia minta pinjam duit.kalau ada yang macam ni lebih baik angkat kaki cepat2.Bila belum kahwin dengan  korang pun dia dah berani pinjam duit , apa lagi kalau dah kahwin..Silap2 barang dapur kau jugak yang kena beli.


Orang lelaki mesti megharapkan wanita yang bakal jadi suri hidupnya nanti akan susah senang bersama dengan nya.Dan itu lah yang sepatutnya.Cuma dalam kebanyakan rumahtangga , bila sudah menjadi suami isteri, isteri hanya mampu melihat sahaja sikap buruk suami yang boros dan tak pandai kawal duit gaji sendiri.Lagi2 bila isteri juga bekerja.Suami akan kata.."awak kerja..jangan lah berkira.."Tapi yang sebenarnya dalam diam-diam isteri dah mula ambil tanggungjawab urus belanja rumahtangga.

Satu masa nanti bila korang dah nampak lelaki yang tak kaya raya tapi dia bijak berbelanja, ada tujuan hidup, pandai simpan duit gaji , tak boros, itu lah lelaki yang baik untuk korang bersusah senang bersama .Dalam masa yang sama belajar dan ikut cara dia menguruskan kewangan .Jangan pulak dia simpan duit korang pulak yang boros...



sekian..


5 comments:

  1. Yup! Sy stuju..bukan la mntk lelaki yg kaya raya tp sekadar yg bijak uruskan kewangan dia pn dh ckup bgus..zmn sekarang ni mmg pelukan duit dr smua sudut..punca nk gaduh pun psal duit jgk..:(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Auni masa kawin husband cuma ada duit OKU RM300 je masa tu. Duit tu lah menampung perbelanjaan sebulan. Sekarang ni lah baru nak membangunkan semula tembok rumahtangga yang baru dibancuh simen tu.. :)

    ReplyDelete
  3. tingat kisah viral yg ex pakwe dia tu asyik pinjam duit n smpi boleh naik tangan... wat malu kaum je

    ReplyDelete
  4. salah satu syarat untuk menjadi suami ialah mampu menanggung keluarga. Jika tak ada duit, macam mana nak tanggung keluarga. Isteri hanya sekadar membantu saja.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();