CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK YANG BETUL

Assalamualaikum..

CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK YANG BETUL




Memandangkan sekarang ni saya sedang belajar memandu saya banyak la menggoogle dan membaca tentang kereta ni.Itu lah yang saya sibuk kan sangat minggu ni sampai kan jarang2 dapat 'bersosial ' macam selalu.Pagi pergi belajar memandu , ada masa lapang saya tengok youtube  dan semalam saya ternampak satu post tentang Cara penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.Artikel ni saya baca di twitter.Saya pun tak pasti siapa pemilik asal post ni tapi bagi saya ianya banyak membantu menambah sedikit ilmu saya tentang gear automatik ni.Jangan tau bawak kereta je tapi menjahanam kereta pun pandai jugak..hahahh


Sebelum ni saya pernah belajar bawak kereta gear manual.Ianya agak susah dan saya tak berapa cekap. Tapi bila dah belajar bawak kereta gear Auto rasa lebih mudah dan senang . Tapi dalam senang2 tu pun ramai juga yang melakukan kesilapan ketika mengendalikan Auto Gear ni hingga ianya boleh merosak kan gearbox kereta tersebut .

Ok..jom kita baca apa sebenarnya cara yang betul menggunakan Gear Automatik:-


Tukar gear auto dengan cara yang salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.Harap selepas baca dapat kongsikan dengan rakan-rakan lain.


Jangan Tukar gear P di traffic light

kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhentu kat traffic light.Senang untuk teka sebab lampu reverse akan menyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu traffic light dah warna hijau lama dan kereta di belakang dah hon2 je.tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear Jawab nya gear anda boleh rosak ataui cepat rosak.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:-
1-tekan brek kaki
2-masuk Gear N(jangan tekan tombol gear)
3-Tarik Hand break
4-lepas break kaki


Bila nak jalan balik:-
1-Tekan brek
2-masuk Gear D (jangan tekan tombol)
3-Lepas hand brek
4-lepas brek kaki
5-tekan minyak

Penggunaan tombol / butang pada Gear:-

1-Tekan tombol semasa menukar

P>RR>PR>NN>RD>L/D2L/D2>D

2-Jangan sesekali tekan antara:-N>DD>ND>D3D3>DKenapa?ini adalah untukj mengelak kan anda daripada terlajak tolak gear dan menyebabkan gear box rosak


P- parking , digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.Gear akan disekat.Jadi kereta anda tak kan bergerak walaupun hand brek tak ditarik


R- reverse, untuk mengundur kereta anda.


N- neutral, Jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem. alihkan ke gear neutral bukan Parking.Jika anda perasan gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.


D- drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya .
Butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.Gear yang akan digunakan cuma 1,2,3 sahaja.


3- Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.


2- ini akan meyekat sistem gear box anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.


L- low gear , gear pertama
semoga bermanfaat untuk semua...
 

post ni saya jumpa di twitter dan korang boleh tengok perbincangan tentang gear auto ni di sini..Mungkin ada kemushkilan yang korang boleh dapat jawapan nya dalam ni..


sekian...

Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
3 August 2017 at 12:27 ×

btul tu spt yg di kongsi...

dulu masa akak mule2 dpt tukar ke myvi org yg jual kereta tu ada ajar mcm yg di tulis kt atas tu, semua dia cite n alhamdulillah sampai skrg akak msh ikut... mmg berkesan n lg memudahkan

yelah mula2 ada kereta tahun 2005 tuh akak pakai kereta manual, sampai keje kt kl pun akak ngn manual lg, rasa senang je nk handle bila mula2 pakai kete auto thn 2010 terasa takut2, tp bila dh pandai bwk senang rupanya... n skrg akak dh makin lupa nk bwk kete manual... syg betul

Reply
avatar
3 August 2017 at 14:37 ×

perkongsian yang sangat bagus

Reply
avatar
Cik Ash
admin
7 August 2017 at 01:19 ×

Tq kongsi kak diana..

Reply
avatar
Warren
admin
15 August 2017 at 16:06 ×

Selain daripada gear, accelerator juga perlu pasti tidak sangkut dengan karpet lantai kereta demi keselamatan anda semasa memandu.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me