BAHAYA MERUANG : KENAPA DOKTOR MELARANG WANITA LAKUKAN MERUANG

Assalamualaikum...


Saya tahu tentang meruang sejak 2 tahun lalu.Sebelum tu memang saya tak tahu langsung yang wanita kena lakukan meruang selepas haid. Saya pun tak tahu macam mana ada wanita yang tak risau lakukan meruang tu .Tade rasa seriau ke..kan??hahha..

Bila kita tak buat benda tu ada la risau jugak, ..takut la betul ke nanti sisa2 darah kotor tu tak keluar dan jadi penyakit.Tapi saya percaya yang orang wanita ni sangat istimewa dan sangat "cantik."

Hari ni saya terbaca tentang bahaya melakukan amalan  meruang yang dikatakan boleh menyebabkan bahagian intim wanita ni boleh dimasuki kuman.Post ini dikongsi oleh Doktor Afida Sohana di laman facebook nya.



VAGINAL DOUCHING/MERUANG :
KENAPA DOKTOR MELARANG?

******************************************************
‘MERUANG’ adalah istilah BM baru yang saya pelajari minggu ini. Sudah hamper 15 tahun saya bekerja dalam bidang O&G, tapi memandangkan 14 tahun darinya di luar negara menyebabkan saya kurang arif tentang terma perubatan dalam Bahasa Malaysia (malu sendiri). Terima kasih kepada netizen yang bertanya, dan abam ezzy Muhammad Izzat yang menjawab S.O.S saya di twitter. Dapat ilmu baru saya minggu ini (kita ini sentiasa belajar selagi kita hidup - Lifelong student)

APA ITU MERUANG/DOUCHE?


MERUANG atau dalam istilah English nya VAGINAL DOUCHING adalah perbuatan mencuci atau bahagian dalam faraj. Bagi meruang, ia menggunakan jari, istilah douching menggunakan air/cecair.

Selalunya, air yang digunakan dicampur dengan cuka. ‘Douche’yang dijual di dalam botol selalunya mengandungi antiseptic atau/dan pewangi.

KENAPA ORANG MERUANG/DOUCHE?


Katanya untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membasuh darah haid, mengelakkan keputihan, menghalang kehamilan (selepas bersama) dan mengurangkan jangkitan kuman. Bila ditanya, ramai rupanya mengamalkan meruang ini.

APA BERLAKU APABILA ANDA MERUANG/DOUCHE?


1. Risiko Jangkitan Kuman


Faraj atau vagina ini adalah organ yang ‘self cleansing’, iaitu mancuci sendiri dengan mengeluarkan lendiran (lendiran atau mucus adalah normal. Jika berbau teruk atau berwarna, sila jumpa doktor).

Di dalam faraj terkandung pelbagai flora bakteria yang hidup seimbang. Bakteria2 ini menjaga pH dalam faraj supaya kekal asid (pH <4.5), yang mana keadaan ini menghalang bakteria atau pathogen lain dari membiak.

Jika keseimbangan ini terganggu (ps bila anda meruang/douche, ini AKAN berlaku), maka pH di dalam faraj akan berubah, dan mengizinkan pertumbuhan bakteria atau pathogen lain yang menyebabkan thrush, bacterial vaginosis dan jangkitan kuman lain.

2. Sukar Hamil dan Kandungan di Luar Rahim


Meruang/douche menyebabkan bakteria serta pathogen dalam faraj ditolak lebih dalam melangkaui pangkal rahim, oleh itu meningkatkan risiko untuk ‘Pelvic Inflammatory Disease (PID)’. PID adalah jangkitan kuman yang menular ke bahagian dalam system pembiakan wanita, dan boleh menyebabkan ‘scarring’ atau kesan parut pada bahagian dalam rahim serta tiub falopia.

PID menyebabkan wanita sukar untuk hamil, dan jika hamil - risiko kandungan di luar rahim meningkat (ectopic pregnancy)

3. Bayi Pramatang


JIka meruang/douche sewaktu hamil, perubahan pH dan jangkitan kuman yang dibincang di atas boleh menyebabkan risiko kelahiran bayi pramatang.

4. Kanser pangkal rahim dan kanser ovari


Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang selalu douche mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim,
Douche yang dijual pula dikhuatiri mengandungi ‘phtalates’, sejenis bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita, seterusnya meningkatkan risiko kanser ovari.
Risiko kanser ini masih memerlukan kajian yang mendalam, namun beberapa kajian kecil sudah menunjukkan kaitan.


JADI, PERLUKAH MERUANG/DOUCHE?


Selepas membaca semua risiko yang saya bincangkan di atas, apa pendapat anda?

ADDENDUM:

MERUANG DAN KEHEBATAN MALAM BERSAMA?

Saya terbaca promosi satu produk yang menyatakan meruang dapat mengetatkan dan meningkatkan kemesraan ketika bersama pasangan..

Bila meruang atau douche, lendiran fisioloji (yang mencuci dan menjaga lapisan dalam faraj) dikeluarkan. Ini meninggalkan dinding faraj yg kering (tak bagus ya).

Memanglah akan terasa seolah 'ketat' dan 'best'. tapi ini meninggikan risiko luka dan jangkitan ketika bersama...
dan risiko2 lain yang disebut diatas...
dan kalau selalu 'korek' (excuse my french), makinlah longgar..
nak ketat, rajin2 buat pelvic floor exercise ya!

Wallahualam

Dr Afida Sohana
twitter @afidasohana

#MedTweetMY
Medtweetmy
#MTMDouche

Rujukan

MCN Am J Matern Child Nurs. 2010 Mar-Apr;35(2):102-7; An updated review of of evidence to discourage douching.
http://www.nhs.uk/news/2016/08August/Pages/Vaginal-douching-linked-to-increased-ovarian-cancer-risk.aspx
https://health.clevelandclinic.org/2015/03/feminine-odor-problems-what-you-should-know-about-douching/
http://www.medicinenet.com/vaginal_douche_douching/article.htm
http://www.webmd.com/women/guide/vaginal-douching-helpful-or-harmful

Untuk wanita-wanita yang selama ini merasakan amalan meruang patut dilakukan , adalah lebih baik jika kita menghentikan nya.Bagitu juga dengan penggunaan kerap sabun pencuci wanita.Sebaiknya cuci dengan air sahaja tak perlu lah mencuci dengan produk-produk yang banyak di pasaran ni..

semoga ianya bermanfaat untuk semua..

sekian..
Previous
Next Post »

8 komen disini

Click here for komen disini
mrhanafi
admin
6 August 2017 at 14:51 ×

Saya terlanjur baca untuk pengetahuan am..

Terima kasih kerana sudi berkongsi

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
6 August 2017 at 16:03 ×

takut plk baca pasl meruang ni..huhu

Reply
avatar
Cik Ash
admin
7 August 2017 at 01:14 ×

Seram pulak baca

Reply
avatar
7 August 2017 at 12:01 ×

dh hidup 35 tahun baru2 ni je akka dgr psl istilah meruang atau douche nih.. dulu2 takde perasan pun, mak nenek akak pun takde ajar pun maknanya msti mereka tak buat kan...

rasanya mmg banyak produk utk ketat yg ajar meruang nih, bt apa lah kalu mendatangkan mudarat, tak pyhla nk di ikut...
tak pyhla kite terikut2, seram lak baca akibatnya kan...

Reply
avatar
nur sabrina
admin
7 August 2017 at 15:11 ×

itulah saya pernah dengar tentang meruang ni, rasa macam bahaya sbb ada risiko terluka dan boleh kena jangkitan kuman

Reply
avatar
paridah
admin
7 August 2017 at 15:57 ×

SUSAH JUGA NK FHM ISTILAH PERUBATAN NI

Reply
avatar
7 August 2017 at 16:14 ×

tak pernah pun dengar pasal meruang ni,tau meraung adalah..Tapi tak terfikir pun akan buat benda n,sebab apa yang saya tahu,cukuplah sekadar membasuh dengan air biasa.Tapi takdelah sampai nak masuk ke dalam tu..hadoii..ilmu baru yang saya pelajari hari ini..

Reply
avatar
8 August 2017 at 08:40 ×

pernah dengar dari fb je meruang ni. mak nenek takde pun suruh buat. anyway, orang melayu selalu la obses pasal hal dlm kain.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment