BACA 2 SURAH INI DI WAKTU PAGI DAN PETANG JIKA KEDIAMAN ANDA MENGALAMI GANGGUAN MISTIK

Assalamualaikum...




Gangguan halus atau ganguan mistik ..memang ramai yang alami benda ni.Korang pun mesti pernah alami benda ni..kan??Paling kerap dialami ialah ganguan didalam rumah kita sendiri.Memang tak seronok rasanya nak tinggal dalam keadaan macam tu.Siang malam asyik berjaga saja..Bukan sambung ekor beruang ye..hahahahh..Tapi ganguan-gangguan  ni menakut kan anak-anak kita,lagi-lagi yang ada anak kecil tu.Biasa nya budak-budak kecil memang boleh nampak makhluk halus ni.

Antara gangguan yang paling kerap alami ialah nampak susuk tubuh lembaga hitam dalam rumah,..macam melintas  gitu..Ada juga yang dengar macam benda di golek ke lantai rumah kita.Ada banyak lagi la gangguan-gangguan yang kerap dialami bila dalam rumah kita ada makhluk halus ni.

Sebenarnya ini semua gangguan-gangguan jin dan  syaitan yang nak menyesat kan kita.Allah s.w.t berfirman : 


."dan jika syaitan mengganggumu dengan satu gangguan , mohon lah pertolongan daripada Allah.."


Salah satu cara untuk melindungi diri dan kediaman kita adalah dengan mengamalkan bacaan surah Al-Falaq dan An-Nas. Dua surah ni juga dikenali sebagai Al- Mu'awwidzatain iaitu yang bermaksud dua pelindung.


KELEBIHAN SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAS

-Melindungi kediaman dan premis .Caranya dengan membaca 2 surah ini setiap pagi dan petang. Kalau rumah dan premis tak de gangguan pun elok lah dibacakan 2 surah ini..

untuk pengetahuan korang , syaitan paling suka masa kita tengah marah.Bila kita marah pembuluh darah kita akan mengembang dan masa tu lah syaitan mengambil alih diri kita dengan mudah.Bukah kah Nabi pernah bersabda  "..sesungguhnya syaitan mengalir dalam pembuluh darah anak adam.." so korang bila dalam rumah tu , kawal la marah korang tu ye..

-kedua-dua surah ini mampu melindungi kita dari penyakit :Ain" iaitu penyakit yang berpunca dari pandangan merbahaya jin dan manusia sekalipun.Jadikan aamalan setiap hari.Ajak lah keluar sama mengamalkan nya.

-menghilangkan rasa sakit. Apabila Rasullullah merasa sakit baginda akan membaca Al-Mu'awwidzatain dan meniup pada tapak tangan kemudian menyapunya pada tempat yang sakit.Korang yang ada penyakit2 lain pun, disamping berubat dengan cara moden  tu boleh amalkan cara Rasullullah ini.

- Pelindung ketika tidur.Caranya ialah dengan meniup pada kedua-dua telapak tangan kemudian baca surah Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas .Kedua-dua tapak tangan kemudian nya diusapkan pada seluruh badan mula dari kepala, wajah  sampai la ke anggota badan yang lain.Usap tempat yang sampai je la..Buat sebanyak 3 kali.Cara ni ada disebutkan dalam hadis  'Aisyah radhiyallahu 'anha.

semoga bermanfaat untuk semua...


sekian.



Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
hainom OKje
admin
13 August 2017 at 13:40 ×

Sejak dulu lagi kita tau surah ni boleh menjadi pendinding diri. Cuma tulah..... mau dgn tidak je kan DR

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment