Skip to main content

ANAK-ANAK JUGA BERHAK UNTUK KATA TIDAK

Assalamualaikum...



Hari ni saya berasa macam nak bercerita tentang paksaan pada anak-anak.Kita selalu menganggap kanak-kanak perlu dipaksa dan mereka perlu menurut apa saja yang ibu-bapa suruh. Alasan nya ialah kerana kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita.Itu memang betul dan saya pun setuju . Tapi tak semua perkara memerlukan kita untuk menggunakan paksaan pada anak-anak.

Apabila semua perkara kita nak anak kita ikut cakap kita sehingga anak kita tak boleh membuat keputusan sendiri, ada kesan negatif nya.Sebenarnya anak-anak kita pun ada hak untuk kata "tidak" .

Baru-baru ni saya ada berbual dengan anak perempuan saya tentang pelajaran nya. Bila saya lihat ramai rakan sebayanya ada kelas tambahan dah tentu saya pun rasa ianya baik untuk anak saya.Jadi saya bagitau dia...

Ibu : kakak .. kakak patut pergi tuisyen la.Kakak kan lemah matematik.

Maisara : Kakak tak mau..

Ibu: nanti nak exam cemana kakak lemah sangat matematik..Tak pernah dapat A.. Paling bagus pun B.tu pun jarang2 dapat B .kena la tuisyen.

Maisara : Kalau kakak tak boleh kata tak kenapa ibu tanya? :(

...dan anak saya tidur ,mungkin dengan perasaan sedih...

Tiba-tiba saya tersentak , Rasa macam disimbah air kat muka saya.Bukan sebab saya marah tapi saya malu dengan sikap saya.Saya memaksa anak saya tanpa saya minta pandangan dan mendengar kenapa dia tak mahu.Saya akui kadang-kadang dengan anak pertama saya ni saya terlalu banyak mengharap pada dia.Saya harap dia dpaat markah yang bagsu, saya harap dia cepat matang, saya harap dia pandai memilih dan macam-macam lagi..

Disebabkan terlalu mengharap itu saya selalu gunakan paksaan pada anak saya ni.

Kemudian 2,3 hari lepas saya berbincang semula dengan anak saya.Saya tanya dia kenapa kakak tak mau tuisyen .Dan waktu itu baru lah dia banyak berkongsi perasaan dengan saya.Rasa letih seharian di sekolah.Keluar jam 7 balik rumah setengah jam lagi jam 7..Kalau tuisyen dia tak de masa untuk hobi dia (melukis komik dan menonton kartun). Dia juga tak banyak masa bersama saya dan ayahnya.

Saya terlupa yang anak saya baru berusia 10 tahun.Dah tentu pada usia ni dia ada banyak perkara nak dilakukan dan terokai sedangkan saya tak memberi peluang dan asyik memaksa dia buat apa yang saya nak.



Sekarang saya sedar ada sesetengah perkara  yang saya mahu anak saya buat, saya perlu minta pendapat dan pandangan nya. Tak perlu tunggu anak merajuk dan menangis baru kita nak ikut kehendak dia..kadang2 kita ni paksa2 anak, bila anak tak mahu, dia merajuk, menangis, baru kita kata.."kau tak nak sudah la.." ..kita biarkan perkara tu tanpa penjelasan dan kita tak dengar suara hati anak-anak kita.

Jadi dengar pandangan dan luahan mereka kemudian baru kita nilaikan sendiri sama ada perlu atau tidak mereka buat apa yang kita suruh tu..

sekian..




Comments

  1. kesian kan.. kita dulu ada masa untuk bermain & berhobi tapi tuntutan pelajaran zaman sekarang kadang2 merampas banyak masa kanak kanak mereka. Hope ada ruang untuk mereka menikmati zaman kanak kanak..

    Kalau rasa badan macam botol kicap baik baca ni: LANGSING CARA PALING SELESA DENGAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

    ReplyDelete
  2. TERIMALAH PENDAPAT ANAK2 JGN BEBANKAN MINDA KECIL MRK

    ReplyDelete
  3. NO is a complete answer. Kalau kita boleh memberi perkataan itu pada anak2, kita juga harus belajar menerimanya. Nice sharing, a lot of things to ponder.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …