2 KANAK-KANAK KURANG UPAYA DITEMUI TERIKAT DI POKOK DAN KANDANG LEMBU DALAM KEADAAN MENYAYAT HATI

Assalamualaikum..


Dua kanak-kanak lelaki kurang upaya di India telah diselamatkan setelah terikat di pokok selama lima tahun oleh keluarga mereka.  Umesh  dan Jiva Ram antara 2 kanak-kanak malang yang diselamatkan oleh sebuah Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak. Yang menghairankan  kedua-dua keluarga cuba menegakkan  tindakan kekejaman mereka  sebagai satu-satunya cara untuk 'mengelakkan masalah'.

Umesh , 8 tahun

Umesh , yang berusia 8 tahun diikat oleh datuknya kerana dia dikatakan ganas dan sering melarikan diri hingga memaksa mereka mengikat Umesh .Menurut kedua datuk dan neneknya , Umesh adalah kanak-kanak biasa  seperti kanak-kanak yang lain sehingga lah Ibu bapanya Bhagawati Lal dan Manu Devi meninggal dunia akibat penyakit HIV lima tahun yang lalu dan Umesh tinggal bersama datuk neneknya. Semakin hari sikap dan kelakuan nya berubah menjadi ganas




Disebabkan masalah kewangan mereka tidak dapat menyediakan biaya untuk merawat Umesh.Faktor usia menyebabkan mereka terpaksa mengikat Umesh kerana sukar mencari dan mengejar nya.Kadang-kadang Umesh akan bertindak ganas dan ianya menambahkan kesukaran hidup mereka.


Jiva Ram, 11 tahun


Kes yang kedua melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikenali sebagai Jiva Ram.
Kanak-anak ini berasal dari kampung Baydi di Udaipur, JIva mengalami masalah polio dan mental dan terikat di pokok di luar rumahnya . Ayahnya, Hurma Ram, 35 akan mengikat Jiva setiap hari  sebelum keluar bekerja di ladangnya.





Hurma Ram mendakwa dia mengambil tindakan tersebut kerana satu masa dulu Jiva pernah bertindak mencederakan dirinya sendiri . Untuk mengelakkan sebarang masalah dia  terpaksa mengikat dia anak lelakinya itu.

Kedua-dua budak lelaki itu kini bebas, dan dibawa ke rumah perlindungan oleh wakil-wakil Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak, NGO Aasra Vikas Sansthan dan Jabatan Hak Kanak-kanak.
Bhojraj Singh, pengasas Aasra Vikas Sansthan selepas mendapat   laporan ada kanak-kanak lelaki yang diikat seperti haiwan.



Dia berkata: 'Kami terkejut melihat keadaan di mana kedua-dua kanak-kanak itu ditemui.

Jiva didapati telanjang sementara salah satu kakinya terikat pada pokok, sedangkan Umesh terikat pada tiang buluh didalam kandang lembu dalam keadaan yang amat  menyayat hati.

"Kedua-dua kanak-kanak itu telahdihantar  ke rumah perlindungan di mana mereka akan dijaga dengan baik.

'Kami akan memulakan rawatan mereka dan membantu mereka berkembang menjadi manusia yang baik.'
 *******

Kita mungkin dikatakan tak mengalami apa yang orang tua mereka hadapi.Tapi mengikat mereka dalam keadaan telanjang,. tempat yang tak sesuai , adalah benda yang tak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kanak-kanak ini.

Sebagai seorang ibu rasa tercalar hati saya tengok anak-anak kecil diperlakukan seperti ini.Dimanakah perasaan simpati dan kasih sayang mereka.Anak kecil ini tak mampu nak menjaga diri mereka Tambahan pulak kedua-dua nya kurang upaya.

Hanya pada kita lah mereka berharap.Sayangi lah anak-anak kita tak kira walau apa pun keadaan anak-anak kita.

sekian..

Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
Auni Afeeqa
admin
24 August 2017 at 06:27 ×

Teringat kisah arwah muhammad firdaus, kanak2 kurang upaya yang dikurung sampai terpaksa makan najis sendiri sebab lapar.. :(

Reply
avatar
24 August 2017 at 09:42 ×

naper lah kejam sgt ye.... sian nya lah 2 kanak2 tuh, nasibla masih ada yg membantu mereka tuh

Reply
avatar
Miera Hassan
admin
25 August 2017 at 12:30 ×

kesian dorg.. jangan lah perlakukan budak macamtu.. kalau betul anak dia susah nak jaga, jangan la dibogel dan diikat.. kesian

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment