Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

DEA DELLA - PRODUK TERBAIK UNTUK MERAWAT MASALAH WANITA

Assaalamualaikum..


DEA DELLA - PRODUK TERBAIK UNTUK MERAWAT MASALAH WANITA     Hari ni baru sempat nak bercerita tentang Minuman Botanical DEA DELLA .Sebenarnya saya memang nak review Jus Dea Della ni selepas seminggu lebih  mengamalkan nya.Kalau baru 2-3 hari minum memang tak berasa sangat la kesan nya tu.Kita tunggu seminggu , jus tu pun dah serasi dengan badan baru la syok nak bercerita..kan?

Minuman Botanical DEA DELLA ni ada banyak khasiat dia dan hari ni saya nak cerita tentang pengalaman sepanjang mengamalkan jus ni.Sebelum ni saya tak pernah try pun jus ni.Saya tengok kat Facebook ada beberapa blogger yang bercerita tentang Jus Dea Della ni.So kita pun apa lagi terus la hantar mesej  bagi alamat semua berdesup produk sampai rumah..Hehehe.


Kebetulan masa Jus ni baru sampai saya baru habis bendera merah..memang cantik sangat la..kan??Cara saya kalau nak start amalkan apa-apa supplement atau makanan kesihatan saya akan pastikan waktu tu saya bukan dalam  haid .  ..Sebab bukan sem…

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60

Assalamualaikum..



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 untuk semua pembaca blog saya. .Walaupun kita tak de 60 tahun yang lalu tapi dari bacaan pun kita dapat kenang perjuangan mereka-mereka yang bersusah payah menuntut kemerdekaan.Alahmdulilllah dan terima kasih.

Untuk tahun ni Tema Hari Kebangsaan kita ialah Negaraku Sehati Sejiwa.Ha,..tengok gambar Facebook Profile saya ni pun saya dah ubah sempena hari kemerdekaan kita hari ni.

Pagi2 lagi ni dah buka tv nak tengok perarakan hari kebangsaan.Memang meriah sambutan Hari kebangsaan kita setiap tahun..kan??Tapi tahun ni lebih manis sambutan nya kerana kita baru saja selesai menjadi tuan rumah upacara Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.


Yang lebih menggembirakan ialah kita juga menjadi juara keseluruhan Sukan Sea untuk kali ini.Memang saya sangat berbangga dengan pencapaian atlit2 Malaysia. Banyak pasukan yang saya lihat prestasi mereka cemerlang dan bertaraf dunia.Kalau tidak macam mana kita boleh melepasi sasaran 111 pingat emas.kan…

WANITA INI KONGSI KISAH BAYI MENINGGAL DALAM PERUT YANG BUAT HATI HIBA HINGGA MENITISKAN AIRMATA

Assalamualaikum..




kehilangan bayi yang dikandung sudah tentu memberi kesan kesedihan yang sangat mendalam bagi seorang wanita.Apatah lagi jika ianya adalah kehamilan pertama yang sangat-sangat di nantikan.Hari ni saya nak kongsikan satu kisah dimana bayi yang dikandung meninggal didalam perut. lebih menyayat hati anak syurga ini pergi di saat yang tidak di duga oleh kedua ibu bapanya..

Kisah sedih ini  dikongsikan oleh seorang wanita dijkenali sebagai Aisyassss dilaman twitter dan telah mendapat respond ramai termasuk mereka yang pernah mengalami kejadian serupa . Saya sendiri rasa sedih hingga menitiskan airmata apabila membaca kisah ini.

_____________


Nak buat thread kisah 1st baby aku yang meninggal dalam perut. Incase kalau nanti hilang ingat boleh baca balik kat sini. 

So i knew i was pregnant end of 2013. Excited of course. Tapi alah memang teruk. Takde muntah ke apa tapi lesu sangat and kulit naik gatal2. Yela first baby kan. Even terseksa pun still happy. Tapi tak glowing pun t…

PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA

Assalamualaikum..


PUASA ARAFAH PADA SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA   Bangun je pagi ni anak tanya saya sama ada saya nak berpuasa hari khamis nanti.Macam mana saya boleh lupa tentang puasa Arafah ni?mungkin sebab teruja nak balik kampung dan khamis tu adalah cuti hari Kemerdekaan negara kita yang ke 60.Ibu nya pulak lebih teruja nak cuti berbanding anak.Hahaha..Mujur la dia ingatkan tentang puasa Arafah..



Puasa Arafah ialah puasa sehari sebelum Aidil Adha.Hukum melaksanakan puasa Arafah ialah sunat muakkad iaitu yang sangat digalak kan bagi umat islam.Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijah iaitu pada masa jemaah haji melakukan ibdah wukuf di Arafah.

Kalau macam kat negara kita ni Puasa Arafah adalah pada hari Khamis ni 31 Ogos 2017 bersamaan dengan 9 Zulhijjah.Hari jumaat kita sambut Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 1 september 2017 bersamaan 10 Zulhijjah. -  Puasa Arafah pada sehari sebelum Aidil Adha

Kelebihan Puasa Arafah
Puasa Arafah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan nya.Ter…

HOSPITAL TAK TERIMA. GADIS INI TERPAKSA BERSALIN DI TEPI JALAN.

Assalamualaikum..





Zaman yang mencabar sekarang ni buatkan kita sebagai ibu bapa kena peka dengan perubahan anak-anak kita terutamanya bila mereka menginjak ke alam remaja.Kita semua pun pernah jadi remaja dan kita tahu betapa di waktu tersebut kita lebih suka bertindak mengikut kata hati.Nasihat la macam mana pun kita tetap nak bantah walaupun sikit.

Bila anak kita berbuat silap , kesilapan itu jugak sebenarnya berpunca dari ibu bapa  dan keluarga.Sebagai ibu bapa tugas kita adalah mendidik, melindungi , dan memberi hak-nak mereka.Jadi apabila mereka berbuat silap patut kah kita membuang mereka dan melepas kan semua tanggungjawab kita ?

Di India seorang gadis terpaksa melahirkan anak nya di tepi jalan gara-gara dibuang keluarga dan pihak hospital terpaksa menolak untuk membantu proses bersalin kerana gadis ini idak ditemani ibu bapanya .Gadis berusia 17 tahun ini hilang arah tuju dan tidak tahu di mana lagi harus dia meminta bantuan menyebabkan dia melahirkan anak di tepi jalan.

Keja…

MERDEKA! MERDEKA! SALE - LAZADA MERDEKA BLOGGER CONTEST

Assalamualaikum..



Tak lama je lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke 60 . Selamat hari merdeka untuk semua.Hayati lah hari kemerdekaan ni dengan mengenang jasa dan pengorbanan orang-orang terdahulu yang bersusah payah menuntut kemerdekaan.Banyak kesusahan yang mereka alami demi kemanan yang kita kecapi sekarang.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 60 ini juga Lazada Malaysia mengadakan Merdeka!Merdeka!Saleyang akan bermula dari 25 Ogos hingga 31 Ogos ini dengan  potongan harga sehingga 80%


Satu kontest khas turut diadakan untuk para blogger.Kontest ni akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2017.Ada beberapa task yang blogger kena buat. Jom kita selesaikan ssemuanya,.,.

 What do you love about being Malaysian?  Malaysia adalah negara yang aman damai ditambah dengan berbagai budaya serta paling best sekali  ialah sebab makanan Malaysia memang sedap-sedap.Kita ada nasi lemak, laksa , Tosai, Chapati, kuih bulan, Tauhu Ma Po...  Perrrghhh!! semuanya menyelerakan.Jangan tak ta…

CUTI SEKOLAH - TIPS INI BOLEH BANTU ANDA YANG RISAU NAK TINGGALKAN ANAK DIRUMAH KETIKA BEKERJA

Assalamualaikum..



Selamat bercuti pada yang sudah bercuti.Hari ni dah mula cuti sekolah memang sana-sini dijangka kan jalan sesak ditambah pulak dengan cuti hari kebangsaan kita pada 31 Ogos dan dilanjutkan pulak dengan cuti raya Korban pada 1 Ogos .

Bila dah namanya cuti sekolah ni ada ibu bapa yang mesti risau dengan anak-anak dirumah sedangkan ibu ayah terpaksa bekerja menghabiskan sisa hari sebelum turut sama bercuti.

- Kalau boleh pesan lah pada ank-anak supaya tetap di rumah dan jangan merayau merata.Kita tak tahu bahaya yang bakal menimpa. Saya tengok ada anak-anak yang merayau ke rumah kawan-kawan dia hingga mengganggu rutin keluarga tu. Nak disuruh balik nanti kecik hati pulak.maklum la budak2 sekarang kuat mengadu kat mak ayah...hahha



- Walaupun ibu bapa ada ditempat kerja pastikan anak kita selamat di rumah.kerap2 lah menelefon anak-anak di rumah untuk pastikan mereka tak merayau.Bagi saya ini perkara paling penting bila tinggalkan anak-anak dirumah waktu kita bekerja.Yang…

2 KANAK-KANAK KURANG UPAYA DITEMUI TERIKAT DI POKOK DAN KANDANG LEMBU DALAM KEADAAN MENYAYAT HATI

Assalamualaikum..


Dua kanak-kanak lelaki kurang upaya di India telah diselamatkan setelah terikat di pokok selama lima tahun oleh keluarga mereka.  Umesh  dan Jiva Ram antara 2 kanak-kanak malang yang diselamatkan oleh sebuah Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak. Yang menghairankan  kedua-dua keluarga cuba menegakkan  tindakan kekejaman mereka  sebagai satu-satunya cara untuk 'mengelakkan masalah'.


Umesh , yang berusia 8 tahun diikat oleh datuknya kerana dia dikatakan ganas dan sering melarikan diri hingga memaksa mereka mengikat Umesh .Menurut kedua datuk dan neneknya , Umesh adalah kanak-kanak biasa  seperti kanak-kanak yang lain sehingga lah Ibu bapanya Bhagawati Lal dan Manu Devi meninggal dunia akibat penyakit HIV lima tahun yang lalu dan Umesh tinggal bersama datuk neneknya. Semakin hari sikap dan kelakuan nya berubah menjadi ganas




Disebabkan masalah kewangan mereka tidak dapat menyediakan biaya untuk merawat Umesh.Faktor usia menyebabkan mereka terpaksa mengikat Umesh kera…

TEWAS DI KEJOHANAN DUNIA DATO LEE CHONG WEI MOHON MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum...


Dalam kegembiraan rakyat Malaysia menyambut kejayaan atlit-atlit Malaysia di sukan Sea yang sedang diadakan di Kuala Lumpur , tercalit perasaan sedih apa bila Dato Lee Chong Wei tewas dalam pusingan awal pembukaan  Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, semalam..
Dato Lee Chong Wei Tewas kepada Brice Leverdez, dari Perancis, dengan kekalahan 19-21, 24-22 dan 17-21 pada pertarungan selama 75 minit itu
Sebenarnya apa yang menyedihkan bukan lah kekalahan Dato Lee Chong Wei tu tapi disebabkan status permohonan maaf nya kepada rakyat Malaysia yang sudah tentu mengharapkan kemenangan beliau.
Dari status nya tu kita tahu yang dia sedih dan betul-betul dah cuba buat yang terbaik.Tapi tak apa lah..Dia tak perlu minta maaf pun sebenarnya.Dah banyak yang dia lakukan untuk negara kita ni.kan??

Walaupun beliau kalah dan meminta maaf  , ramai yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan-kejayaan  Dato Lee Chong Wei sebelum ini yang berjaya menaik kan nama Malaysia.
Malah beliau dia…

SAYA TIDAK MEMBERIKAN PERNYATAAN APAPUN KEPADA MEDIA MALAYSIA - SYAFRIZAL BAKHTIAR

Assalamualaikum..




Masih belum reda isu Team sepak Takraw wanita Indonesia bila pagi ni tersebar artikel berita mengatakan  Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar memohon maaf kerana kesilapan mereka WO dan memprotes keputusan pengadil sewaktu Indonesia menentang Malaysia  kelmarin.

Tapi lain pulak yang tersebar di media Indonesia apa bila Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu di hadapan mana-mana media Malaysia.

Syafrizal menjelaskan bahawa dia memang ada berbincang dengan pihak penganjur , PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia), dan Federasi Sepak Takraw Dunia (ISTAF). Pertemuan itu dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran  media setelah insiden walkout.

Media di Malaysia menyiarkan artikel berkaitan  permintaan maaf Syafrizal kerana  walkout. Didalam artikel juga tertulis   bahawa pihak Indonesia telah mengakui kesalahan tekongnya.Itu .

"Saya tidak memberikan pernyataan apapun kepada media Malaysia. Jad…

ORANG YANG SELALU MENGANIAYA AKAN SELALU MERASA TERANIAYA

Assalamualaikum...


Orang yang selalu menganiaya akan selalu merasa teraniaya...Itu lah yang saya lihat pada apa yang berlaku pada team Indonesia ni sejak bermulanya Sea Games 2017.Hari ni saya banyak baca kenyataan-kenyataan mereka berhubung isu pasukan Sepak Takraw wanita yang menarik diri dari acara tersebut semasa perlawanan menentang malaysia semalam.
Boleh dikatakan  mereka tak habis-habis kata yang mereka ni dianiaya..Sedangkan yang sepatutnya dicari ialah kebenaran . Sepatutnya mereka melihat dimana kesilapan mereka hingga pengadil buat keputusan sedemikian.
Bukan saja pemain dan jurulatih mereka sendiri berfikiran macam tu malah orang kuat sepak takraw Indonesia sendiri dakwa mereka tak boleh bermain dalam perlawanan yang tidak sihat.
Kenyataan Pengurus Besar Persatuan Sepak Takraw Seluruh Indonesia (PB PSTI) Tri Gunawan Hadi :
"seharusnya, Senin (21/8) pagi, Indonesia akan kembali bertanding melawan Filipina di lanjutan babak round robin sepak takraw regu putri. Namun, a…

CARI SUAMI YANG ADA DUIT

Assalamualaikum..



Korang mesti pernah tengok filem Ibu Mertua ku  lakonan Tan Sri P.Ramlee. Dalam filem ni boleh tengok macam mana Mak si Sabariah menentang hubungan Sabariah dan Kasim Selamat yang hanya kerja bermain muzik,. Kalau dah namanya ibu tentu dia nak kan anak dia dilindungi orang yang mampu menjaga anaknya dan bukan hanya setakat ada cinta saja.

Cinta tu memang la penting .Tapi dalam zaman yang kau nak berak  dan kencing pun kena pakai duit ni rasanya cinta tu harus la seiring dengan kemampuan yang lain.bagi seorang wanita memilih lelaki untuk dijadikan suami adalah satu perkara yang kau tak boleh cuba-cuba..Perkahwinan bukan nya satu percubaan.Ianya adalah masa depan dan hala tuju .Hakikatnya nak kan perkahwinan yang mempunyai masa depan pilih la lelaki yang ada duit 

Ops!!!jangan salah faham  dulu..

Bukan bermaksud saya nak kata jangan pilih orang tak de duit.Saya percaya ramai lelaki kat Malaysia ni ada duit.Tapi ada duit time gaji je la...Yang betul-betul ada duit iala…

3 SEBAB UTAMA KENAPA MANUSIA MUDAH DIRASUK MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum..



Korang pernah dirasuk makhluk halus ? Biasanya dirasuk makhluk halus terjadi bila kita memasuki satu tempat yang memang dihuni oleh makhluk-makhluk halus ni.Contohnya bila kita masuk dalam rumah kosong atau   masuk hutan .

Waktu saya kerja dulu  company tempat saya bekerja ada buat team bulding .kami pergi ke satu tempat yang masih baru lagi dijadikan Chalet dan tempat riadah.Asalnya tempat tu hutan lah./Tapi bila dah dibina Chalet, ada tasek memang cantik la tempat tu

Malam pertama sorang ahli team building di rasuk. meracau-racau berlari2 sambil ketawa.Kemudian dia histeria.Memang pengalaman yang menakut kan bagi saya yang penakut ni.Mujur ada yang pandai merawat masa tu.


Sebenarnya ada 3 sebab utama kenapa Makhluk-makhluk halus ni mudah merasuk badan kita. Kalau diperhatikan ada yang memang mudah dirasuk terutamanya yang lemah sangat nih.

Salah satu sebab kenapa manusia dirasuk makhluk halus atau jin ialah kerana dia suka kan manusia tu.Bukan semua manusia dia su…

CARA MUDAH BERJIMAT DAN MENYIMPAN DUIT HINGGA RM1000 SEBULAN

Assalamualaikum..



CARA MUDAH  BERJIMAT DAN MENYIMPAN DUIT HINGGA RM1000 SEBULAN Saya selalu membaca keluhan rakan-rakan yang tak dapat menyimpan wang gaji walaupun rm100 sebulan sebab keadaan ekonomi yang tak memberangsangkan sekarang ni.Apa lagi dengan kenaikan harga barangan buat kewangan makin surut dan . Sedangkan anak-anak makin membesar dan dah pasti mereka memerlukan belanja yang besar jika nak melanjutkan pelajaran nanti.
Boleh dikatakan hanya cukup-cukup makan sahaja.Ramai yang dah berkongsi tips berjimat cermat tapi biasanya tak mampu nak konsisten dan ianya hanya bertahan separuh jalan.Belum cukup sebulan wang yang disimpan terpaksa dikeluarkan semua.

Jadi macam mana cara betul nak menyimpan wang hingga RM1000 sebulan? Cara Jimat Cermat
Ramai rakan-rakan saya yang sanggup melakukan 2 kerja dalam satu masa..Antara kerja yang boleh dilakukan ialah berniaga online.Tak kisah la berniaga tudung ke atau pun boleh juga buat bisnes bakery secara kecil-kecilan.Anda boleh  mendapatka…

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 :JADUAL PERLAWANAN ,JADUAL PENGANGKUTAN AWAM DAN SENARAI LOKASI PERLAWANAN

Assalamualaikum...


Sea Games atau sukan Sea kini sedang berlangsung di beberapa vlokasi  .Walaupun upacara pembukaan akan berlangsung pada 19 August nanti tapi beberapa acara sudah dimulakan lebih awal antaranya acara bolasepak, bola jaring, Aquatics , polo air dan beberapa acara lagi.
Bagi korang yang nak bawa anak-anak menyaksikan Sukan Sea kali ini korang boleh rujuk dibawah untuk memastikan lokasi perlawanan  setiap acara yang berlangsung.
LOKASI PERLAWANAN SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Untuk jadual pertandingan saya sertakan sekali bagi memudahkan korang buat perancangan awal sebelum ke lokasi perlawanan..
JADUAL PERKHIDMATAN PENGANKUTAN AWAM






 JADUAL SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 (SEMUA ACARA)




Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh ke twitter  @KL2017 atau boleh ke Twitter @KhairyKJ Khairy jamaludin .Diaorang sentiasa akan jawap soalan korang ye..
Sekian..




DESIGN SENDIRI HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG DI PRINTCIOUS.COM

Assalamualaikum...

Korang ingat tak saya pernah cerita tentang Printcious.com dulu??Boleh rujukentry Ini..Macam mana??Korang dah dapatkan hadiah istimewa untuk kesayangan korang di Printcious?Kalau belum lagi  boleh la mencuba dapatkan berbagai cenderahati dan barangan istimewa khas untuk mereka yang korang sayang atau pun untuk diri korang sendiri sekarang.



Hari ni saya nak cerita  sekali lagi tentang Printcious. Manalah tahu kalau ada yang malas nak view entry pengalaman saya order barang di Printcious dulu...Apa yang saya boleh katakan saya sangat-sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan.Barangan yang sampai juga dalam keadaan baik . Packaging nya juga bagus dan barang yang saya pesan tak rosak.

Untuk kali ni saya nak perkenalkan beberapa produk yang korang boleh dapatkan di Printcious.Apa yang best nya di Printcious korang boleh design sendiri hadiah korang.yang tu nanti saya tunjuk kan macam mana.Jom kita tengok apa yang barang paling best di printcious.


CUSHION


Saya pal…