Thursday, 20 July 2017

WANITA TINGGAL BERSAMA LEMBU YANG DIPERCAYAI SUAMINYA

Assalamualaikum...

Bagi sesetengah agama mereka percaya apabila mereka mati , mereka akan dilahirkan semula ke dunia ni.Cuma mereka tidak lah dilahirkan seperti mereka yang sebelum nya.Ada yang dilahirkan menjadi anak kepada orang lain, dan ada juga yang menjadi haiwan.


Khim Hang wanita usia 74 tahun ini berasal dari kemboja percaya seekor anak lembu berusia lima bulan adalah kelahiran semula suami nya .Malah penduduk kampung juga percaya suami wanita tersebut , Tol Khut dilahirkan semula sebagai anak lembu .





Setiap hari hampir  100 orang datang  melawat rumahnya di timur laut wilayah Kratie untuk melihat anak lembu yang dikatakannya sangat mirip dengan suaminya yang meninggal dunia lebih setahun lalu.


"Saya percaya bahawa anak lembu itu adalah suami saya kerana apa sahaja yang dilakukannya ... sama seperti suami saya ketika dia masih hidup,"

Anak lembu itu  dilahirkan pada bulan Mac dan telah menjadi viral di media sosial.


Saya fikir ia agak luar biasa untuk melihat seekor lembu masuk ke rumah seperti ini, "kata Thach Vin, 32, merujuk kepada video yang dilihatnya di Facebook di mana anak lembu itu berjalan menaiki tangga rumah keluarga Khim Hang.

"Jadi saya datang ke sini untuk melihatnya dengan mata saya sendiri," katanya.



Setiap hari di dalam rumah kayu ini , anak lembu tersebut akan diberi makan, dibasuh dan diletakkan di atas katil dengan bantal berbulu yang pernah digunakan oleh Tol Khut.




 95 peratus penduduk Kemboja adalah penganut Buddha dan ramai yang percaya jiwa seseorang dijelmakan selepas kematian.

"Saya akan menjaga dia dan menjaga dia sepanjang hayat saya," kata Khim Hang.


**************

Kalau dah kepercayaan mereka macam tu saya pun tak berani nak komen apa..Cuma layanan terhadap lembu tu sepatutnya tak la sampai macam tu sekali.kan??Mujur lah dia dilahirkan jadi lembu..Kalau jadi lelaki kacak yang juga tunangan orang ke, atau suami jiran nya ke, ..kan naya je tu..

sekian..



10 comments:

  1. x boleh nak hadam pulak rupa suami dia mcm lembu itu hmm hehehe

    ReplyDelete
  2. Part kepercayaan mereka ni memang tak berani komen. Banyak kaum memang percaya tentang kelahiran semula ni tapi kalau lembu..... memang tak boleh hadap.. hehe

    ReplyDelete
  3. bab ayat :

    Saya percaya bahawa anak lembu itu adalah suami saya kerana apa sahaja yang dilakukannya ... sama seperti suami saya ketika dia masih hidup.

    tak kan semua sama kot?

    ReplyDelete
  4. Cemana tah rupa suami serupa dgn lembu tu

    ReplyDelete
  5. Macam macam ada karenah manusia

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wrmbth

    Hmmm. Tak tahu nak kata apa

    Rasanya kalau lembu boleh jaga macam ni sekali

    Mungkin mak ayah yang dah uzur pun dia jaga jauh lagi baik kan?

    Sebab itu lebih utama

    ReplyDelete
  7. Harap dia bahagia la dgn cara hidup dan kepercayaan dia.

    ReplyDelete
  8. semoga dia berbahagia dengan suami dia.. hehe

    ReplyDelete
  9. Untunglah lembu tu dpt tido atas katil hihi...

    ReplyDelete
  10. Mmmm...nasiblah lembu. Buat kalau ular sawa ke buaya ke...lagi la geli & seram.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();