Skip to main content

TIADA DURIAN MURAH DI BATU KURAU

Assalamualaikum...

Musim durian di batu kurau dah kembali selepas sejak beberapa tahun lepas  durian tak berapa menjadi di Batu Kurau. Durian Batu Kurau ada peminat nya sendiri. Tambahan pulak peminat-peminat durian boleh dapatkan terus durian ni dari pemilik dusun sendiri tanpa melalui orang tengah.Walaupun begitu jangan lah rasa korang akan dapat durian dengan harga rm20 selonggok dari pemilik dusun durian di sini.

Baru-baru ni tersebar di media sosial apabila ada yang mengatakan peminat durian boleh dapat buah ni dengan harga serendah RM20-RM50 selonggok.Sebenarnya berita tersebut adalah berita palsu.Tak ada harga murah macam tu untuk selonggok durian.Biasanya harga ditentukan melalui gred durian sekitar rm15-rm25 sekilo.




Status yang dikongsi oleh Amier Bger Amier di Group Durian Batu Kurau menjelaskan tiada Durian Batu Kurau murah seperti yang di sebarkan oleh beberapa pihak.Dia juga mengatakan ramai yang tertipu apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan durian Batu Kurau dengan harga yang murah namun pulang dengan rasa kecewa dan marah .

Kekurangan buah durian di Batu Kurau pada tahun ni membuatkan harga buah tersebut naik .Untuk sebakul durian harga nya hampir mencecah rm500.

Macam tu la dilema pemilik dusun durian di batu Kurau ni.Beberapa tahun lepas waktu buah durian menjadi sampai harga nya jatuh . Pemilik dusun untuk sikit je .Sedangkan Dusun  Durian Batu kurau ni letaknya atas bukit.Diaorang nak bawak turun pun kena hati2..Bayangkan bawak bakul durian turun bukit cemana??Bahaya tau tak..

sekian...

Comments

  1. pandai je depa nk bt cerita nipu.... kalau betul2 org nk cari selonggok rm20 kt sana naya je kan....

    ReplyDelete
  2. REZEKI PEMILIK DUSUNDURIA TAHU I JUSTERU HARGANYA YG TINGGI

    ReplyDelete
  3. ISH TYPO LA PULAK..DUSUN DURIAN NI

    ReplyDelete
  4. Kalau nak makan beli sahaja.. Mahal atau murah.. Yang mampu untuk beli

    ReplyDelete
  5. aduhai cenggini pun nak scam ka.. kesian kat orang.. isk isk..!! geram tengok durian.. dapnye !!

    ReplyDelete
  6. kalau nak makan beli je harga berapa pun kalau mampu, tak baik tipu

    ReplyDelete
  7. Nampaknya terpaksa la korek lebih sikit tahun ni jika nak merasa durian. Tapi bukan selalu pun, setahun sekali.

    ReplyDelete
  8. Macam macam hal skang ni orang nak menipu. Sedapnya tgk durian tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …