Skip to main content

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

waffle maker

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p

Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

waffle

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..

Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena dengan selera saya.Saya kalau ke mall memang suka beli Waffle.Jadi saya nak waffle yang macam kat mall tu..Bayangkan sambil kita tunggu waffle siap, bau waffle yang tengah masak tu menusuk ke hidung kita..Peghhh!!! saya nak yang macam tu...

waffle paling sedap dan gebu


Ini lah dia waffle yang mengikut citarasa saya.resepinya saya dapat dari semua yang saya google...resepi dari luar negara banyak membantu juga ni. Waffle maker ni ada sediakan resepi juga ,itu pun memberi inspirasi pada saya dapatkan waffle yang lembut macam ni..kalau dia lembut dan gebu lepas masak dia punya kuning keemasan tu sekata je..tak de tompok2..

resepi Waffle paling sedap, lembut,dan gebu ..






Bahan-bahan-

**Guna cawan yang sama untuk bahan yang disukat guna cawan
2 cawan tepung - saya guna cawan teh tu je..bukan mug ye..CAWAN!
2 biji telur gred B - asingkan putih dan kuning nya
1 cawan air
2 sudu gula
secubit garam
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar marjerin di cair kan. (boleh gantikan dengan butter)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak masak  (tak nak letak pun tak pe. sebab ada yang kata terlalu berminyak..Tapi saya suka)
1/2 sudu kecil esen vanila

sedikit majerin untuk di sapu pada pan Waffle


Cara-caranya-

Dalam satu bekas masuk kan tepung , gula,secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanila, majerin yang sudah dicairkan dan  minyak masak.

Ambil kuning telur, campur dengan satu cawan air.kacau2 dan masuk kan dalam tepung.Kacau tepung sampai sebati...dan lembut..

kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang.kemudian masuk kan putih telur dalam adunan tepung.







Kacau balik kaup je sampai sebati...jangan kacau kuat2.

Panaskan Waffle maker..sapu majerin atau butter sikit pada pan..

Bila dah berasap masuk kan adunan tepung tadi.
Kemudian tutup.

Lepas 3 minit dah siap.Boleh di makan dengan coklat, nutella atau peanut butter,.Nak makan dengan jem  buah pun boleh ..dengan susu pekat pun boleh..


resepi waffle

resepi waffle sedap

Ini lah dia waffle yang lembut, gebu dan paling sedap .Walaupun dah sejuk tetap rasa lembut.selamat mencuba..

sekian..


Comments

  1. saya pun suka makan waffle. nampak sedap laaa. nak cuba juga la buat waffle guna resepi ni. tapi saya takde waffle maker tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli yang murah pun ok je Aeshah...Yang saya punya ni harga 60 lebih je..ada yang lagi murah pun ada..

      Delete
  2. lepas ni makan tak ingat dunia la kan...dah tak payah dah tunggu waffle masak kat mall.hahahaha...lagi best kalau bukak kedai depan rumah jual waffle..hihihi

    ReplyDelete
  3. Blh cuba ni resepi ni.. Tp waffle maker sy, dia nipis plk.. Tu yg tak syok tu..huhu

    ReplyDelete
  4. Putih telor tu kena pukul smpai jadi meringue ke?

    ReplyDelete
  5. Saya share resepi ni..trm ksh

    ReplyDelete
  6. Saya share resepi yer..terima kasih

    ReplyDelete
  7. Sybbaru cuba guna waffle maker jenis ni. Bila sy on, dia mcm x cukup panas la, bila letak batter tu, dia x sizzle pun. Blh x bgtau mcmane step by step sis buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma on suis dan dia punya tempat pusing tu, bahagian yang kecik hala pada "max" . Tak payah adjust dah bila nak guna.Bila dah hijau masuk kan je waffle dan dalam 2 minit dah boleh buka.Kalau kaler waffle tak berapa cantik boleh la la tunggu dalam seminit lagi dah boleh angkat.

      Delete
  8. Sy dh cuba resepi akak..mmg sedap..mtak halalkan yer..lain kli nk cuba yg waffle coklat pulak..time kasih kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..kan??lembut gebu je..terima kasih cuba resepi ni..

      Delete
  9. Assalamualaikum.kak diana brapa harga yg acuan waffle tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harganya tak sampai 70.. kalau campur kos penghantaran dalam 70 lebih la. sekarang tak tau la harga dah berapa.

      Delete
  10. Assalam kak... Putih telur kne pukul smpai kembang ke

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah dah cube resepi ni...mmg gebu ..tq ye..semoga diana dilimpahi rahmat allah sokmo

    ReplyDelete
  12. Salam..saya dh cuba resepi nie..mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy da cuba..tlampau bminyak..huhu...1/2 cawan mnyak.masak, n tambah lg dgn marjerin. Adoiii

      Delete
  13. Tepung apa Ye?tepung waffle ke tepung gandym

    ReplyDelete
  14. Thanks utk resepi waffle yg terbaik.mmg menjadi bila akak buat.tq diana

    ReplyDelete
  15. Resepi ni dpt berapa adunan

    ReplyDelete
  16. Mtk halalkn ilmu ni, sy wt niaga kecil2

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …