RESEPI KEK KAREMAL PELANGI YANG PALING SEDAP

Assalamualaikum...

Dah agak lama saya tak kongsikan resepi-resepi untuk santapan pembaca-pembaca blog ni..Tapi hari ni saya nak share satu resepi yang ramai mesti suka. Resepi Kek Karemal Pelangi yang paling sedap. Kek ni memang jadi kegemaran ramai sebab rasanya yang lembab dan gebu. Tambahan pulak ada lapisan karemal diatas kek ni yang menambahkan lagi kelazatan nya.tapi nak membuatnya bukan lah mudah..Ada banyak step dan memang kena tengok resepi lah.hahah



Kek ni ada cara nak dapatkan pelangi nya tu.Ada yang masuk kan adunan kek selang seli.Ada juga yang masuk kan terus satu warna di bahagian bawah , dan satu warna lagi di bahagian atas nya.. .Maknanya lapisan bawahnya warna merah , lapisan kedua warna hijau dan seterusnya..Tapi kalau nak lebih cantik dan menarik korang boleh jadikan nya pelangi macam yang rakan saya buat ni.
Terima kasih untuk jiran saya ni..kami memang suka berkongsi-kongsi juadah dan resepi.Bila dah cuba buat tu masing2 la rasa mana yang sedap atau yang patut diperbaiki. Jiran saya ni juga memang ambil tempahan untuk kek2 biasa ni..Kalau yang deko2 tu kami berdua belum pro lagi..ahahhah...Tapi tempahan yang dia ambil setakat yang dekat2 dengan rumah kami  je la..
Berbalik pada resepi Kek karemal  Pelangi ni, jom kita tengok resepi yang jiran saya ni kongsikan..terima kasih Liza.. 

Bahan-bahan untuk membuat Kek Karemal Pelangi yang Paling Sedap. 

saiz loyang 8 x 8
Buat Gula hangus dulu-
2 sudu besar gula - buat gula hangus dalam loyang tu .kemudian ratakan gula hangus supaya karemalnya sama tinggi kejadian nya..lepas tu ketepikan dulu.
Untuk puding karemalnya bahan-bahan yang diperlukan ialah:- 
1/2 tin susu cair
60g Gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

Cara-caranya:
Masuk kan kuning telur bersama dengan bahan-bahan lain.Kacau perlahan saja.Jangan sampai berbuih.kemudian masuk kan adunan tu dalam loyang yang ada gula hangus tadi.Kalau nak tapis pun boleh tak nak tapis pun tak pe..Kemudian ketepikan loyang tu..

Sekarang kita nak buat lapisan kek nya pulak.Ada dua step untuk buat lapisan kek ni. Mula--mula kena buat meringue dan kemudian baru buat Lapisan kek.
-Meringue
6 biji putih telur
60g gula castor
1 sudu krim of tartar
cara-caranya
Pukul ketiga-tiga bahan diatas sampai la dia tak jatuh bila diangkat .kalau terbalik kan bekas pengadun tu meringue tak jatuh tu maknanya dah jadi la tu..Lepas tu ketepikan...
-Lapisan Kek
 140g tepung gandum
60g gula castor
3 biji kuning telur
135ml air 
1 sudu teh baking powder
45ml minyak
cara-caranya
Ayak tepung gandum bersama baking powder.ketepikan.
Pukul telur kuning bersama air dan minyak sampai kembang.Bila kembang diakan jadi kaler putih..
kemudian masuk kan gula castor dan pukul lagi sampai naik lagi sekali ganda. Kemudian baru lah masuk kan tepung gandum yang dah diayak bersama baking powder tadi.jangan guna mixer ye..kacau guna senduk  kayu je..Masuk kan sikit-sikit..
Lepas tu boleh la masuk kan adunan meringue tadi.masuk kan separuh-separuh ye.Kemudian kacau pelan2 .
Lepas tu bahagikan adunan ni kepada 2 atau 3 bahagian.kalau suka banyak warna boleh la asingkan 4-5 bahagian.tapi Liza buat 3 bahagian je .Masuk kan pewarna yang berbeza untuk setiap adunan tadi.Suka hati lah nak warna apa.Letak warna pelangi la..jangan letak warna coklat pulak..Pelangi ada ke warna coklat??hahahah


Kembali kepada loyang tadi...
Senduk kan  adunan warna merah kat tengah2 loyangsenduk kan je yangan di kacau2 pulak.
kemudian senduk kan warna lain pulak diatas warna pertama tadi. lepas tu ulang senduk menyenduk ni sampai habis adunan warna tadi.

Bila dah habis kita nak bakar pulak...

Sebelum bakar isi dulu air dalam satu tray dan kemudian masuk kan dalam oven. kemudian Panaskan dulu oven dan tray yang ada air tu.

Bila dah panas tray yang ada air tadi masuk kan loyang ke dalam tray tu.Bakar selama 1 jam dengan suhu 160

Cukup satu jam biar kan dulu kek dalam oven selama 10 minit. Lepastu keluarkan (terbalik kan) dan biarkan lah kek tu dalam 30 minit.

Kemudian boleh la terbalik kan kek dalam pinggan dan masuk kan dalam peti sejuk dulu selama 1-2 jam...Sebelum tu kalau ada air gula melimpah tu ambik tisu lap2 serap air gula tu..kalau banyak sangat air gula nanti bawah dia basah sangat jadi lembik..

Walaupun kek ni leceh sikit nak buatnya tapi rasanya memang sedap.Berbaloi la kita berpeluh kat dapur tu..kalau malas sangat nak buat boleh order je hehehhe..siap duit je la ye...


selamat mencuba...

sekian..
Previous
Next Post »

7 komen disini

Click here for komen disini
11 July 2017 at 14:11 ×

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
paridah
admin
11 July 2017 at 16:18 ×

CANTIK N MESTI SEDAP SGT TU

Reply
avatar
kamil salleh
admin
11 July 2017 at 17:21 ×

Cantiknye, pastinya sangat sedap. Teringin nak cuba buat tapi bila ye? Terima kasih Diana kongsi resepi.

Reply
avatar
12 July 2017 at 09:46 ×

akak skip trs bab bahan2 n cara msk, sbb akak tak terniat nk msk sndiri kek karamel ni hehehhe

ada amik tempahan tak hehehhe

Reply
avatar
Cik Ash
admin
12 July 2017 at 11:49 ×

Sedapnya terliur tengok

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment