Skip to main content

PENGASAS PRODUK KECANTIKAN SAMAN BLOGGER RM3 JUTA

Assalamualaikum 



Seorang rakan blogger saya di saman RM3 juta disebab kan menulis pasal satu produk yang  dikatakan merbahaya. Produk  ini disahkan merbahaya oleh KKM beberapa bulan yang lalu.jadi kawan saya ni tulis la tentang isu ni di blog dia.Dia antara blogger awal yang menulis isu ni termasuk la beberapa blog lain yang tak kurang popularnya.Tapi pelik sebab cuma blog kawan saya ni je yang di saman.Palik kan??

Ini artikel yang ditulis oleh Suria yang menyebabkan dia di saman oleh  pengasas produk berkenaan

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.


Menurut blogger ni (Suria) , dia tulis isu ni selepas KKM mengesahkan yang produk tersebut merbahaya. Bermakna bukan lah Suria ni sebarkan Fitnah atau mengada-adakan cerita. Sepatut nya pengasas produk tu  saman KKM atau pihak akhbar ..Ni tidak..Blogger jugak yang kena.

Menurut Suria , awalnya dia dapat surat dari peguam mereka  menuntut Suria buat permohonan maaf dalam masa 7 hari .Tapi Suria tak berbuat seperti yang mereka mahu dan selepas tu , sebelum Ramadhan lalu mereka mengambil tindakan menyaman blog Lekatlekit.com.

Ini status dari Facebook Suria sendiri berkaitan isu ni..


Sumber: facebook suria LekatLekit
Korang yang pernah jadi mangsa produk tersebut  atau ada apa2 cadangan untuk Suria boleh tinggalkan komen di post facebook dia dia atas ni ye..Segala cadangan, bantuan dan komen korang sangat-sangat dihargai

Saya tahu mesti ada juga yang akan kecam Suria ni tapi demi memastikan tak ada lagi sesiapa yang berani buat produk mengandungi bahan terlarang, Suria sendiri tak tunduk pada permintaan mereka . Untuk apa dia buat semua ni?? Sebab nak kan kita semua tak lagi ditawarkan dengan produk-produk sebegini. Kalau semua orang takut nak menegak kan kebenaran , memang berlambak la produk2 yang boleh membinasakan pengguna.


sekian...

Comments

  1. Uishhh, ksiannya kena saman. Semoga urusanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..Allah senantiasa bersama dgn org yg teraniya. Teruskan berdoa dan beri sokongan pd sahabat kita. mudah2an segala urusan dan tuduhan perolehi kemenangan

    ReplyDelete
  3. Semoga segala masalah sis lekatlekit dipermudahkan . Afa terbaca di ruangan wall fb beliau

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan
    3 juta saman ����

    ReplyDelete
  5. apala yg owner skincare tu fikir dgn menyaman rakyat biasa mcm kita..apa yg bkl dia akn dpt..😑

    semoga sis suria bertabah dgn dugaan ini dan dipermudahkan urusan...😘

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …