Skip to main content

KEBAIKAN MENGAMALKAN RAW FOOD DIET UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum...




Saya sangat kagum dengan ibu bapa sekarang yang mengamalkan clean eating untuk anak-anak.Memang memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi kalau nak amalkan pemakanan seperti ini.Corak pemakanan Clean Eating ini menekankan pengambilan yang sihat, semulajadi dan bebas dari bahan-bahan yang mengandungi pengawet, pewarna tiruan. dan perisa tambahan yang dibuat dari zat kimia.

Kebanyakan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan corak makanan clean eating  ni dengan dimulakan pengambilan makanan secara mentah .Misalnya makan lobak macam tu saja..macam makan jajan.Setakat makan salad ni ala, pejam mata je tau..hahaha...kagum!

Bagi yang dah ada anak besar-besar  tu mungkin agak terlewat nak terapkan  raw food diet .Biasanya bab makan ni memang kena didik dari kecil sebab lebih mudah nak perkenalkan makanan mentah dan makanan  semulajadi ni pada mereka. Bila dah besar umur dan 6,7 tahun memang agak sukar sebab waktu ni mereka dah ada makanan kegemaran mereka sendiri.Tapi tak salah kalau korang mencuba..Kalau anak dah tak boleh terima korang kena lah pelbagaikan makanan dan menu mereka supaya lebih berkhasiat dan korang kena la kreatif menghasilkan makanan sihat tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan.


Apa yang bagus nya corak pemakanan raw food ni ialah makanan yang diambil penuh berkhasiat, dan zat yang diambil masih utuh dan segar tanpa melalui proses memasak.Maklum la , bila dah masak kadang2 zat pada makanan tu hilang.Dikatakan juga makanan mentah ni mampu membuang racun dan toksid dalam badan .

Tapi tak semua makanan sihat perlu dimakan mentah.Ada juga yang perlu di masak contohnya kentang dan sayuran seperti sawi dan bayam.Ada anak-anak yang mudah sakit perut kalau makan makanan yang tidak dimasak.Jadi sebelum nak bagi makanan yang mentah pada anak-anak perhatikan dulu adakah perut anak kita boleh menerima nya.

Kadang-kadang ada yang suka-suka je hulurkan makanan mentah pada anak kita.alasan nya..." makan macam ni lebih sihat.." tapi anak kita pulak bila makan mula la sakit perut dan sebagainya,.Jadi kena hati-hati tau..

sekian...


Comments

  1. Bahagian ni Mama tak berapa tahu nak komen

    Sebab ada makanan yang kena masak betul betul takut ada kuman

    ReplyDelete
  2. belom ada pengalaman tapi tau mencabar. nak memastikan khasiat dan penyediaan pun tabahlah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wrmbth

    Makanan mentah tu lebih sesuai makan buah buahan segar kan

    Sayur ulam ok lagi

    Kalau macam sushi tu pun kena ada penyediaan yang teliti

    Kalau tak nanti cepat rosak

    Mazni memang suka makan sayur mentah. hehe

    Rangup

    ReplyDelete
  4. memang bagus amal ni. kalau malas kunyah, buat jus

    ReplyDelete
  5. Kalau raw food ni, bagi budak kecik cuma boleh minum carrot juice je.. hehe

    ReplyDelete
  6. Tak semua raw food tu baguskan....
    Tapi terpulanglah....memasing dah beso panjang hihi...pandailah korang pikir haih

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …