"JANGAN RUNSING BELUM KETEMU JODOH DAN ZURIAT " - NASIHAT FEDTRI YAHYA INI MAMPU MENGUBAH PANDANGAN ANDA BERKAITAN JODOH DAN ZURIAT

Assalamualaikum..

instagram.com/fedtriyahya

Pernah tak korang selalu risau dan sentiasa fikir perkara-perkara yang belum terjadi pada diri korang.Kemudian korang rasakan apa yang belum terjadi pada korang bermakna masa depan korang juga akan gelap, tak bahagia , sengsara dan sebagainya.Contohnya korang belum kahwin atau belum mempunyai cahaya mata?Checklist persiapan perkahwinan korang menjelang hari bahagia nanti.

Bagi korang yang belum bertemu jodoh atau belum menimang cahaya mata adakah korang rasa ianya satu perkara yang amat membebankan korang?Adakah terlalu sukar untuk korang menempuh kehidupan ni tanpa suami, isteri atau anak-anak yang belum diberikan pada korang?

Kalau korang rasa ianya satu kesukaran dalam hidup korang , saya rasa korang patut baca nasihat dari pengacara Tv3 Ahmad Fedtry Yahya ni . Apa yang dikongsikan oleh Fedtry Yahya dalam akaun instagram nya ni mampu mengubah pandangan dan keyakinan diri korang.InsyaAllah korang akan lebih tahu  kehidupan korang bukan lah terletak di tangan suami, isteri dan anak-anak.

FedtriYahya: Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga. 
Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki 
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti. 
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

Kahwin SG menyediakan tips persiapan perkahwinan dan asas persediaan majlis perkahwinan untuk korang yang ingin memudahkan kelancaran majlis hari bersejarah korang
Previous
Next Post »

7 komen disini

Click here for komen disini
5 July 2017 at 19:13 ×

Tak ada anak dan tak terfikir siapa yang jaga bila tua nanti. Sejak tahu hikmah seorang pesakit, terus letakkan semuanya pada Allah :)

Reply
avatar
6 July 2017 at 08:12 ×

kite serahkan semuanya pada yg Esa

Reply
avatar
blasahje
admin
6 July 2017 at 08:42 ×

perkongsian entry yang bagus...

Reply
avatar
mamapp
admin
6 July 2017 at 10:04 ×

Dia byk2 she pada Allah Agata menjaga Kita. Kita tak tau nasib kita mcm mana nanti

Reply
avatar
paridah
admin
7 July 2017 at 17:30 ×

ALLAH BERKUASA ATAS SEGALANYA...

Reply
avatar
7 July 2017 at 21:42 ×

deep betul si fedtry ni

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment