Skip to main content

CARA MUDAH BUAT SHAMPOO SANTAN

Assalamualaikum..

CARA MUDAH BUAT SHAMPOO SANTAN Mesti ramai nak tahu cara mudah buat shampoo santan. Sana sini orang dok cerita pasal Shampoo santan. Siap ada yang jual jadikan produk sendiri. Korang yang tengah mencari-cari produk penjagaan rambut dan kulit kepala elok la cuba buat shampoo santan sendiri.

Mana tahu dengan kepakaran korang mempromosi kan Shampoo Santan ni korang boleh la jadikan ianya sebagai pendapatan tetap korang.Cuma kena la keluarkan modal sikit.Proses nya pun berbeza la..Cara mudah buat shampoo santan yang saya ajar ni ada dua versi,.Satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi boleh la buat jual..Jadi korang kena baca betul-betul entry cara mudah buat shampoo santan ni....Kalau untuk kegunaan sendiri rasanya tak boleh tahan berbulan2 macam yang dalam botol dan dipasarkan tu.Boleh tahan seminggu je

Dalam seminggu pun sebenarnya dah boleh merawat rambut dan kulit kepala korang bagi yang ada masalah kelamumur, rambut bercabang , rambut gugur dan sebagainya . .Cuma ianya perlulah diamalkan setiap hari. Kalau beriya-iya korang buat pun tapi tak digunakan , nak buat apa..kan??

Hari ni saya nak kongsikan dengan korang cara-cara buat shampoo santan. Sesuai la untuk kegunaan sendiri atau untuk  dijadikan hadiah atau buah tangan untuk kenalan korang.Jom Kita try buat.

ara-cara buat shampoo santan

Langkah Pertama 


Untuk langkah pertama Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-

1 cawan Kelapa parut dan 1/2 cawan air panas

---> Mula-mula blend kelapa parut bersama air panas .Kita nak kelapa parut tu jadi halus2 ja.Tak mau kasar2 macam nak buat kuih.

Tapis kelapa yang dikisar tadi .Kalau ada lagi sisa kelapa parut dalam penapis tu, kisar lebihan kelapa parut tadi dengan 1/2 cawan air .Kemudian tapis lagi. Sisa yang ada buang je la.Dah habis pati santan nya tu..

Sekarang santan yang dah ditapis tadi kita akan gunakan untuk buat Shampoo.

Langkah Kedua

Beberapa bahan diperlukan untuk ke langkah kedua ni.

1/4 cawan santan yang kita dah blend dan perah tadi.
1/3 cawan syampu bayi /  organik
1 sudu teh minyak  zaitun atau minyak badam
10 hingga 20 titis essential oil pilihan korang.

---> Pasti kan korang dah ada botol yang korang nak isi syampoo tu.

Dalam satu bekas masuk kan santan bersama dengan syampoo baby.
Kemudian kacau perlahan-lahan bagi sebati.
Lepas tu masuk kan minyak zaitun atau minyak badam.
Pilih essential oil pilihan korang dan titiskan kedalam campuran tadi.kacau perlahan-lahan sampai sebati.Lepas tu boleh la korang masuk kan dalam botol pilihan korang..Dah siap....Boleh terus guna..

Yang saya ajar ni cuma untuk kegunaan sendiri saja..Kalau korang nak buat untuk jualan step pertama korang kena buat syampoo base .Kemudian baru la korang  masuk kan santan, minyak zaitun dan essential oil pilihan korang.Tak payah lagi masuk kan syampoo baby.

Cuma untuk buat syampoo base tu ada bahan-bahan lain yang perlu korang guna.Syampoo base ni juga korang kena buat  sebelum masuk kan santan , minyak zaitun dan essential oil.

Untuk Syampoo base korang boleh try cara di bawah ni

1/4 cawan air yang ditapis
1/4 cawan cecair sabun   - (Sabun yang kemudian nya dicairkan)
Citric Acid
10ml Panthenol



Campur kan air bersama sabun yang sudah dicairkan,masuk kan Citric Acid dan Panthenol. kacau sebati. Kemudian korang pergi ke langkah pertama  dan Langkah kedua seperti diatas.Kemudian boleh la dibotol kan..Korang boleh beli citric Asid dan Panthenol melalui laman web .Ada banyak online shop yang jual dua bahan ni..Di lelong com.my pun ada . Kalau kat kedai2 saya pun tak tahu kedai apa yang jual citric asid dan panthenol.

Korang boleh try masuk kan bahan-bahan lain yang bersesuaian dengan masalah rambut.Bukan semata-mata letak santan je.

Untuk kesegaran kulit kepala  - Tea tree dan papermint oil
untuk rambut kering - Aloe Vera
Untuk  rambut berkilat dan kuat - .Lemon dan Chamomile
Untuk kelemumur - Cuka epal dan cengkih
Untuk semua jenis rambut- Rosemary , lemongrass ,minyak tea tree



sekian...






Comments

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …