CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya tak tahu la ada ke orang jual Toyol .Tapi di Indonesia memang ada berlaku jual beli Toyol.  Nak beli secara online pun boleh.Tak tahu la apa tujuan nak bela Toyol ni. Setahu saya orang bela toyol ni sebab nak kan duit je.Dia suruh Toyol tu pergi keluar mencuri duit orang dan bawa balik pada tuan nya.Dasar manusia malas kerja, sampai sanggup beli Toyol untuk dijadikan hambanya.Ada tujuan lain ke orang bela Toyol ni selain untuk mencuri?




Sebenarnya ada cara untuk kita elak kan duit kita di curi Toyol atau rumah kita dimasuki Toyol

-Jangan tinggalkan sisa makanan dalam pinggan dan dibiarkan terdedah.Berkemungkinan kita tengok makanan tu macam masih elok tapi siapa tahu sebenarnya ianya dah dijilat dan disentuh oleh toyol .

-jangan letak gambar-gambar bernyawa di dinding rumah.

- Toyol sangat suka kan Halia dan ketam.Kalau boleh letak halia depan pintu atau bela ketam dalam akuarium.Kata orang Toyol akan lupa niat nya nak mencuri bila masuk rumah nampak halia atau pun ketam.

-banyak kan membaca Al-quran dan melakukan amal ibadat.Bukan toyol je, bapak kepada jin pun tak mahu masuk rumah kita.

Ciri-ciri orang yang membela Toyol

- Apabila berjalan tangan nya diletak kan di belakang (bawah punggung) kerana dikatakan dia sedang mengendong Toyol untuk mencari rumah yang menjadi sasaran .

-Selepas makan malam , penjaga nya tidak akan membasuh tangan kerana ketika dia tidur toyol akan menjilat tangan nya.

-Pemilik Toyol mesti akan meninggalkan sedikit sisa makanan di dalam pinggan selepas makan.

-dalam rumah atau bilik tidur penjaga toyol mesti akan ada sajian dan bunga untuk ritual pemujaan.kalau di indonesia  dia orang sebut kembang sesajen.


sekian..


sumber:kabarmakkah.com
CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Reviewed by Diana Rashid on 12:00:00 Rating: 5

3 comments:

  1. seram lak baca psl toyol nih.... sbb yelah di zmn moden gini pun msh ada org yg membela

    minta2 di jauhkan lah dr jd mangsa toyol or terjumpa toyol

    ReplyDelete
  2. Tak nak lagi berjalan kedua-dua tangan di belakang punggung, takut orang kata pilihara toyol pulak.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

About Me

Powered by Blogger.