Tuesday, 25 July 2017

BERSALIN DALAM UBER , WANITA INI TERIMA GANJARAN BAUCER TUNAI DARI UBER

Assalamualaikum...



Untung nya badan..bukan saja dapat menimang cahaya mata tapi dapat pulak voucher tunai S$300..Kisahnya berlaku di Singapura, seorang wanita , Siti Halimah Mahamud yang hamil  36 minggu  tiba-tiba sahaja berasa sakit hendak bersalin.

Rasa sakit yang berterusan memaksa Siti Halimah menghubungi Ambulans dan Uber namun yang tiba dahulu adalah Uber yang dipandu seorang lelaki, Danny Chong. Siti Halimah dan kakak iparnya kemudian terus menaiki Uber yang dipandu Danny menuju ke hospital.

Danny berusaha untuk memandu secepat yang boleh demi memastikan keselamatan Siti Halimah yang kelihatan sedang menahan kesakitan. Ketika hampir separuh perjalanan air ketuban Siti Halimah mula pecah .5 minit sebelum sampai ke National University Hospital, Siti halimah melahirkan bayi nya didalam Uber tersebut.

Danny dengan tenang terus memandu ke Hospital walaupun dibelakang nya terdapat seorang wanita yang sedang yang melahirkan .Memang kagum dengan pemandu macam ni sebab dia langsung tak merungut dan bersikap tenang sepanjang perjalanan.Kerana niatnya hanya ingin memastikan si ibu dan bayi selamat sampai ke hospital dan mendapatkan rawatan.

Sebagai menghargai Danny dan meraikan Siti Halimah yang baru menimang cahaya mata pihak Uber berbesar hati memberi token berupa voucher S$300 dan hamper kepada Danny Wong dan Siti Halimah.

Menurut Danny Chong dia terpaksa menghantar keretanya ke Johor Bahru untuk dibersihkan memandangkan tiada hidmat pembersihan kereta yang sanggup mencuci kereta  miliknya.Namun pihak Uber menanggung semua kos pembersihan.Katanya lagi Siti ada menghubungi nya untuk mengucapkan terima kasih pada hari berikutnya.

****

Seingat saya bulan 5 yang lalu pun ada wanita yang bersalin dalam Uber .kejadian berlaku di Sabah.Tapi bayi yang dilahirkan tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.kerana masalah pernafasan.tak tahu la Uber ada bagi ganjaran juga ke pada pemandu tersebut.


sekian..

2 comments:

  1. beruntungnya dua2 pihak tu....

    selalunya teksi ke apa takmo org bersalin dlm kereta meraka sbb ada yg kata malang, ada yg kata bertuah... tp nk cuci tu satu hal jgk kan...

    tp bgs lah uber singapura nih, yg bersalin dpt hadiah, yg pemandu uber pun dpt ganjaran

    ReplyDelete
  2. Wow.. bagus betul pemandunya.. takde nak marah-marah pun. yela..nak cuci kete pun 1 hal jugak kan.. huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)