Skip to main content

24 HARI LARI DARI RUMAH KANAK-KANAK INI MAKAN BUAH DAN ULAR

Assalamualaikum...



Kanak-kanak di zaman sekarang tak sama seperti kanak-kanak di tahun 70 dan 80 an dahulu. Dahulu kebanyakan dari kita ajar dan dididik dengan kekasaran dan ketegasan .Tapi zaman sekarang kekerasan sudah tidak boleh lagi  dijadikan cara untuk mendidik.

Kanak-kanak sekarang mudah memberontak dan emosi mereka mudah terjejas sekaligus mempengaruhi sikap mereka sehingga mereka dewasa.Jika kita berkeras mereka juga akan berkeras dan menjadi orang yang agresif apabila bersama kawan-kawan dan rakan sebaya.Tak mustahil mereka juga akan mula menjauhkan diri dari ibu bapa.

Seperti yang terjadi di Yunnan China , seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mui , (10) keluar dari rumah meninggalkan kedua ibu bapanya.Mui bertindak sedemikian selepas merasa teraniaya dengan sikap ayahnya yang kerap memarahinya tanpa sebab .




Sepanjang 24 hari melarikan diri Mui menggunakan wang hasil menjual botol dan bahan terbuang yang dikutipnya..Ketika dalam perjalanan hujan turun dengan lebat dan menyebabkan dia demam.Mui kemudian nya teringat keluarganya pernah memberinya minum minuman herba  .Dia kemudian masuk ke hutan dan mencari tanaman herba, merebus nya sendiri , berehat dan tak lama kemudian dia sihat dan meneruskan perjalanan nya semula sehingga lah dia sampai ke Sichuan , 500km dari Yunnan.

Mui menceritakan dia terpaksa tidur di atas daun basah di hutan dan diatas jerami milik petani.Selain mengutip botol dan menjual nya untuk membeli makanan , Mui juga memetik buah-buahan dan dia pernah menangkap ular dan memanggang nya untuk di makan.Mui tidaj berasa takut sepanjang perjalanan nya itu.


Sabtu lalu pihak Polis menemui Mui dan menghubungi ayahnya.Dengan menaiki bas ayahnya segera menjemput Mui pulang.Menurut Ayah Mui , dia kini sedar cara didiakan nya terhadap Mui adalah salah dan tidak sepatutnya dia memperlakukan sebegitu kepada Mui..

Bila anak dah hilang baru nak tersedar kesilapan kita.Memang kekerasan dan ketegasan tu perlu dalam mendidik anak-anak kita ni tapi jangan la untuk kesilapan kecil pun kita nak gunakan kekerasan.Lagi satu jangan asyik nak naik tangan je..Marah sikit nak naik tangan..Itu baru anaknya hilang dari rumah dandan ditemui selamat.bayangkan kalau anak nya langsung tak diyemui atau ditemui dalam keadaan yang tak boleh diterima.Maacam mana??

sekian..

Comments

  1. Beraninya budak ni

    Berdikari dan pandai bawa diri

    Memang betul ayahnya kasar

    Tapi kemungkinan besar anak ini selamat pun sebab mungkin ayahnya beri dia ilmu untuk survival

    Kental betul hati

    Kita pun belum tahu lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …