Monday, 31 July 2017

24 HARI LARI DARI RUMAH KANAK-KANAK INI MAKAN BUAH DAN ULAR

Assalamualaikum...



Kanak-kanak di zaman sekarang tak sama seperti kanak-kanak di tahun 70 dan 80 an dahulu. Dahulu kebanyakan dari kita ajar dan dididik dengan kekasaran dan ketegasan .Tapi zaman sekarang kekerasan sudah tidak boleh lagi  dijadikan cara untuk mendidik.

Kanak-kanak sekarang mudah memberontak dan emosi mereka mudah terjejas sekaligus mempengaruhi sikap mereka sehingga mereka dewasa.Jika kita berkeras mereka juga akan berkeras dan menjadi orang yang agresif apabila bersama kawan-kawan dan rakan sebaya.Tak mustahil mereka juga akan mula menjauhkan diri dari ibu bapa.

Seperti yang terjadi di Yunnan China , seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mui , (10) keluar dari rumah meninggalkan kedua ibu bapanya.Mui bertindak sedemikian selepas merasa teraniaya dengan sikap ayahnya yang kerap memarahinya tanpa sebab .




Sepanjang 24 hari melarikan diri Mui menggunakan wang hasil menjual botol dan bahan terbuang yang dikutipnya..Ketika dalam perjalanan hujan turun dengan lebat dan menyebabkan dia demam.Mui kemudian nya teringat keluarganya pernah memberinya minum minuman herba  .Dia kemudian masuk ke hutan dan mencari tanaman herba, merebus nya sendiri , berehat dan tak lama kemudian dia sihat dan meneruskan perjalanan nya semula sehingga lah dia sampai ke Sichuan , 500km dari Yunnan.

Mui menceritakan dia terpaksa tidur di atas daun basah di hutan dan diatas jerami milik petani.Selain mengutip botol dan menjual nya untuk membeli makanan , Mui juga memetik buah-buahan dan dia pernah menangkap ular dan memanggang nya untuk di makan.Mui tidaj berasa takut sepanjang perjalanan nya itu.


Sabtu lalu pihak Polis menemui Mui dan menghubungi ayahnya.Dengan menaiki bas ayahnya segera menjemput Mui pulang.Menurut Ayah Mui , dia kini sedar cara didiakan nya terhadap Mui adalah salah dan tidak sepatutnya dia memperlakukan sebegitu kepada Mui..

Bila anak dah hilang baru nak tersedar kesilapan kita.Memang kekerasan dan ketegasan tu perlu dalam mendidik anak-anak kita ni tapi jangan la untuk kesilapan kecil pun kita nak gunakan kekerasan.Lagi satu jangan asyik nak naik tangan je..Marah sikit nak naik tangan..Itu baru anaknya hilang dari rumah dandan ditemui selamat.bayangkan kalau anak nya langsung tak diyemui atau ditemui dalam keadaan yang tak boleh diterima.Maacam mana??

sekian..

Friday, 28 July 2017

MINERAL LOOSE POWDER PUREBYSO - MUKA DAH TAK BERMINYAK DAN NAMPAK MAKIN FLAWLESS

Assalamualaikum..



MINERAL LOOSE POWDER PUREBYSO - MUKA DAH TAK BERMINYAK DAN NAMPAK MAKIN FLAWLESS    Bukan semua orang perempuan suka bersolek.Ada yang tak suka bersolek sebab diaorang nak nampak nuetral.Tak mau ada warna warni kat muka.Asalkan kulit diaorang cantik dan bersih itu dah cukup.Tapi bila dah makan usia , umur 30 je kulit mesti akan alami perubahan. Nak dapat kulit yang bersih tanpa cela tu makan modal jugak la...hahahah..Bagi wanita yang nak kan kulit nampak neutral dan bersih Mineral Loose Powder  PurebySO adalah satu produk yang boleh korang guna untuk  buat kulit wajah korang nampak mulus  dan berseri. fungsinya juga adalah untuk merawat.



Jangan Ingat Loose powder ni untuk wanita berusia je..Untuk adik-adik yang masih remaja ni pun boleh guna Loose Powder ni.Adik-adik sekarang kan suka bergambar selfie bagai..kan??Kalau guna Loose Powder ni tak payah dah nak kena pakai app edit2 gambar tu.Snap je terus cantik licin kulit muka.Dalam entry ni saya akan cerita serba sikit kesan penggunaan Mineral Loose Powder ni.



Mineral Loose Powde PureBySO ni ada dua pilihan warna iaitu Pinky Pya dan juga Pearl Adel.Pinky Pia untuk buat kulit kita nampak pink-pink sikit.Sesuai la kalau korang yang jenis muka pucat.Nak bagi nampak segar muka tu .kalau kulit korang cerah Pinky Pia adalah pilihan yang terbaik.

Mana kala untuk Pearl Adel sesuai untuk wanita yang tak suka bersolek tebal macam saya cerita kat atas tadi la.Tak mau muka ada warna warni tapi nak muka nampak bersih ,sesuai kalau apply Pearl Adel. Dia tak ada warna tapi boleh tutup cela kat wajah dan buat wajah berseri .Nampak neutral dan simple je kulit muka korang.Adik-adik boleh pakai Pearl Adel ni kalau nak pi sekolah. :p



Kesan Penggunaan Mineral Loose Powder PureBySO

Apa yang paling best tentang Mineral loose Powder ni , kita boleh pakai bila-bila masa je.Muka tengah berpeluh berminyak terus je kita pakai loose powder ni.Bolehhhhhh sangat..Tak de kulit akan rosak ke, akan berjerawat ke apa..Sebab nya loose powder ni memang selfie ready.Sebab tu saya kata tadi bebudak  sekolah pun boleh pakai..lepas bersukan tu pakai loose powder.Nanti suruh mak beli ye..Mak punnn, tak nak ke anak dara lawa???.Ahahahah.. 


Bagi wanita-wanita pulak semakin kerap menggunakan Mineral Loose Powder PureBy SO ni ianya akan merawat kulit wajah korang terutamnya kalau korang ada parut jerawat, parut demam campak ke, parut melecur ke , Loose Powder ini akan memudarkan parut kat wajah korang.best ..kan???Muka pun jadi flawless. Makin lama pakai makin cantik kulit..Yang penting siap boleh bawak solat.




Ini lah kelebihan menggunakan Mineral Loose Powder PureBySO


-Menghilangkan kulit berminyak
-menghilangkan jerawat
-Meredakan Iritasi
-Menyejuk kan Kulit Sensitif
-Melembutkan kulit
-merawat masalah kulit kering
-menyegarkan kulit wajah
-Sesuai untuk pengidap eczema dan psoriasis
-melembabkan kulit
-menyembuhkan luka/jerawat/nanah
-memulihkan kulit sunburn
-merawat sel kulit wajah
-melewatkan penuaan
-boleh dijadikan sunblock


Testimoni Mineral Loose Powder PureBySO

Boleh dikatakan semua yang pernah menggunakan produk ini sangat berpuas hati dan memberikan feedback yang baik dan menjadi pengguna setia Mineral Loose Powder PureBySO ini.Tengok semua testimoni di bawah.Semuanya gembira dengan hasil dan kesan nya.










Nasihat saya untuk orang perempuan,Jangan biar kulit kita nampak kusam.Kita orang perempuan kena pandai jaga diri.Bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri.Kita mungkin rasa biarlah kulit kusam ke apa asal kan selesa.Tapi sebenarnya apa yang kita ada ni adalah amanah yang kita kena jaga sebaiknya.Kalau rosak, berkedut, berjerawat kena lah kita rawat..Ok ??


Pada mereka yang berminat untuk jadi cantik , boleh la terus dapatkan Mineral Loose Powder PureBySO ni dengan melalui contact di bawah:-


Facebook: Pure Aard

Instagram: Pure.aard

Whatsapp: 012-7491174


sekian..

TESTIMONI EVE ESSENTIAL BIRD NEST DRINK - MERAWAT DAN MENGEMBALIKAN KECANTIKAN WANITA HAMIL DAN LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum...


TESTIMONI EVE ESSENTIAL - Bila tengok ramai kawan-kawan yang hamil saya teringat masa saya mengandung anak kedua tahun 2012 dulu.Punya la siksa nya .Dengan tak ada tenaga, badan berkerak dari rambut sampai ke kaki.Entah rupa apa la saya masa tu..Kan bagus kalau masa tu saya dah kenal Minuman sarang Burung Eve Essential  ni. Bila baca testimoni Eve Essential di facebook rasa beruntungnya siapa yang cuba minuman sarang burung ni..Mesti tak susah nak cantik kan diri selepas habis pantang..

Bukan senang tau nak kembali baik pulih kan badan kita ni selepas bersalin. Bayangkan lah sejak awal bersalin kita dah alami alahan macam-macam . Sebab tu la penting nya kita jaga diri kita sejak kita mengandung lagi.Bila tak jaga dah habis pantang mula la tengok kulit dah macam raksasa . Minum Bird Nest Eve Essential masa mengandung baru lah terjaga luaran dan dalaman kita


Tapi jangan risau , kalau dah habis berpantang pun belum terlambat lagi untuk kita baik pulih badan kita ni. Puteri Sarah Liyana pun ambil Eve Essential ni selepas bersalin untuk tujuan baik pulih dalaman dan luaran selepas dia melahirkan cahaya mata.Bagi yang belum tahu apa sebenarnya produk Eve Essential Bird Nest Drink  ni , jom saya cerita sikit.


Eve Essential Bird Nest Drink

Eve Essential Bird Nest Drink ni adalah produk campuran minuman botanik dan ekstrak sarang burung premium yang diambil dari burung walet terpilih. Korang pun tahu kan yang minuman sarang burung walet ni memang la tinggi khasiat dia sebab tu harga pun bukan main mahal lagi.Tapi Eve Essential ni punya harga memang murah dan boleh la kita ambil setiap hari.

Eve Essential Mengandungi kolagen untuk kecantikan tubuh badan yang menyeluruh dan ada kandungan hormon Peptida untuk meransang pertumbuhan sel, menyuburkan kulit dan menyembuhkan luka.

Testimoni Eve Essential Bird Nest Drink - 

Kelebihan dan khasiat Eve Essential

Kebanyakan pengguna turut mengakui keberkesanan Eve Essential  ni apabila diambil ketika hamil hingga lah selepas melahirkan anak...Antara testimoni berjaya yang dikongsikan pengguna Eve Essential :-



Eve Essential memperbanyak kan susu badan dan menghilangkan stretch mark

Ibu ni seronok apabila dengan mengambil Eve Essential ianya memperbanyak kan susu badan .Kebetulan anak nya tu kena jaundis , memang membantu sangat untuk menurunkan bacaan jaundis anak nya.Alhamdulilah..


Selain tu stretch mark juga semakin hilang.Ibu ni dah ambil Eve Essential selama sebulan lebih.dengan penggunaan 2 kotak Eve Essential.



Mengurangkan gusi berdarah dan mengawal darah tinggi

Saya paling cemburu dengan testimoni Eve Essential yang ni..Sebab masa mengandung dulu pun gusi saya kerap berdarah.Asyik sakit gigi je.Pergi check kata doktor kurang kalsium.Padahal minum susu hari-hari..Bagi yang masalah macam saya elok la ambil Eve Essential macam Kak Ina ni. Walaupun korang ada darah tinggi tetap boleh ambil Eve Essential. Tak memudaratkan malah ianya sangat bagus untuk korang.




Eve Essential Melambatkan penuaan, melansingkan badan dan memberi tenaga serta memulihkan sakit sendi


Kebanyakan ibu-ibu yang ambil Eve Essential memang mengakui stretch Mark pada tubuh diaorang makin hilang. Strestch mark ni jangan diambil mudah sebab ianya boleh tinggalkan kesan buruk pada perut dan peha kita,.Lagi-lagi yang jenis suka menggaru macam saya ni.Garu sikit-sikit tak sedap..Kadang garu-garu sedar -sedar bercalar balar..Dah menyesal.Malu la kat suami perut tak cantik.Dah la buncit, lepas tu mengerutu.


Tapi dengan Eve essential ni badan jadi lansing sebab ianya melancarkan pencernaan, kulit jadi bersih tanpa parut dan stretch mark dan juga melambatkan proses penuaan tau.Jadi kalau orang lelaki nak minum Eve Essential jugak boleh untuk tujuan kecantikan kulit dan menambah tenaga malah Eve Essential ni bagus untuk peredaran darah dan bagi mereka yang sakit-sakit sendiri.




Menghilangkan kesan hitam pada kulit dan mengurangkan rambut gugur selepas bersalin


Masalah rambut gugur selalu dialami oleh  ibu2 yang baru lepas melahirkan . selepas bersalin hormon estrogen dalam badan akan menurun dan menyebabkan rambut kita gugur.Ambik masa dalam 6 bulan hingga setahun untuk rambut kembali pada asal.Tapi ada yang sampai dah bertahun pun rambut masih gugur .Sebab itu ianya perlu di rawat.

Ambil Eve Essential secara rutin mampu mengurangkan rambut gugur sebab ada kandungan kolagen Peptida dalam minuman sarang burung ni..Macam testimoni diatas, kurang 3 minggu rambut dah kurang gugur dan kesan hitam di bahagian celahan badan pun makin kurang.Kulit pun jadi cantik.



Jadi korang yang sedang hamil, dalam berpantang atau dah habis berpantang elok sangat ambil Eve Essential Bird Nest Drink ni dan jadikan rutin setiap hari sampai la badan korang tu sembuh dan pulih sepenuhnya..Kalau tak bersalin pun boleh amalkan Eve Essential ni setiap hari tak kira lelaki atau perempuan kerana khasiat nya banyak bukan saja untuk wanita yang mengandung dan melahirkan anak saja.


Pada yang berminat dengan produk ni korang boleh terus ke Instagram Eve Essential dan boleh juga tengok di  facebook Eve Essential  atau boleh terus whatsapp 0137272185. Like Facebook page dan follow instagram mereka untuk segala update dan maklumat berkaitan produk ini.



sekian..









Thursday, 27 July 2017

PLANET MARIKH DI CHINA BAKAL JADI TUMPUAN PEMINAT AEROANGKASA

Assalamualaikum..


China sedang berusaha  membina simulasi MARIKH yang pertama di kawasan pedalaman berdebu wilayah Qinghai. Terletak di kawasan dataran tinggi Tibet, projek itu juga akan menjadi sebahagian daripada industri pelancongan China yang luar biasa.

Titik tumpuan pangkalan  di sekelilingnya kebanyakannya terdiri daripada tanah seperti padang pasir, bercampur dengan gunung dan padang rumput, sungai dan tasik. Hasilnya: "cornucopia" yang menakjubkan dengan  ciri-ciri geografi yang menarik  , pemandangan yang cantik serta kepentingan saintifiknya.



95,000 kilometer persegi dari Wilayah Qinghai adalah kawasan gurun, menjadikan kawasan ini agak tidak menarik untuk kediaman. Walau kawasan tanahnya tidak subur dan kering, tetapi landskap yang menarik, menjadikannya tempat yang sangat baik untuk mensimulasikan kehidupan di Marikh.

Liu Xiaoqun, pengarah Pejabat Am Lunar dan Eksplorasi Deep-Space di Akademi Sains China menjelaskan  bahawa "Mars Village" China akan menjadi  tarikan pendidikan bagi pelancong. Beliau juga berharap dapat membantu "meningkatkan industri budaya" di rantau terpencil.

Pengunjung akan berpeluang untuk menerokai dua tempat asas utama: "Komuniti Mars" dan "Kem Mars." Di setiap lokasi ini diwujudkan ruang-fiend yang memboleh pengunjung mempelajari beberapa subjek, termasuk: aeroangkasa, astronomi, geografi, geologi, meteorologi dan tenaga baru.

Projek baru ini akan menjadi satu-satunya tarikan bertemakan "Marikh" di China.Pada anda yang ingin merasai suasana di planet marikh ,perlu jadikan tempat ini sebagai destinasi percutian anda.


sekian..

PULAU TAVOLARA YANG CANTIK DAN UNIK

Assalamualaikum..


Saya orang yang tak berapa gemar pergi ke pantai atau Pulau-pulau..Sebab tu walaupun dah berbelas tahun di Pulau Pinang ni ada tempat2 yang berpantai saya tak pergi. Kalau pergi pun setakat ke Bagan Ajam tu je.Itu pun sebab anak-anak dok paksa pergi.hahaha..

Salah satu sebab kenapa tak suka pergi tempat berpantai ialah sebab ramai sangat orang.Tapi saya rasa ada satu pulau ni yang sangat sesuai la untuk saya. Satu tempat  yang diberi nama Pulau Tavolara. Apa yang buat tempat ni menarik bagi saya?


Pulau Tavolara ialah sebuah kerajaan di dalam negara Itali yang paling kecil.Keluasan nya hanya 5 km dan penduduk nya hanya 11 orang.kerajaan ini dipimpin oleh Raja Antonio Berteleoni yang hanya seorang  nelayan dan pemilik satu-satunya restoran di pulau ini.


Terletak di Teluk Olbia, dengan keluasan 5km pulau ini sangat cantik dan tenang.Lautnya yang membiru dan tidak tercemar menjadikan Pulau Ini sangat unik dan sesuai dijadikan tempat percutian.Untuk sampai di pulau ini, kita kena menyeberangi lautan dan mendaki gunung setinggi 5 km. Pulau ini terletak di lereng tanah yang sempit dengan pantai berpasir yang sangat panjang. Penduduknya berketurunan Betelioni yang sudah sekian lama menetap di pulau ini hampir 200 tahun lalu.




Walaupun kerajaan nya kecil tapi mereka mendapat hasil yang lumayan dari pelancongan.Tempat ini sentiasa dipenuhi pelancong yang datang bercuti dan menjadi pilihan penyelam yang ingin melihat keindahan alam semulajadi di dasar lautan.



Nampak macam best je pulau ni..kan??Nampak tenang dan cantik..Ada yang dah sampai Pulau Tavolara ni??

sekian..

Wednesday, 26 July 2017

11 KIASU RAKYAT MALAYSIA YANG KADANG-KADANG TAK MASUK AKAL

Assalamualaikum..



Ramai orang yang suka bersaing.Persaingan memberikan cabaran dan  membuatkan kita lebih berusaha.Tapi untuk sesetengah perkara rasanya kita tak  patut la bersaing.Rakyat Malaysia ni kalau bersaing memang bersemangat dalam apa juga perkara dia nak terutamanya untuk benda dan perkara yang tak patut.. Dia la yang  nak "dapat dulu..paling banyak..paling cepat " dan sebagai nya..Bila diperhatikan tak nampak macam nak bersaing tapi dah nampak macam tamak.

Ada 11 kiasu rakyat malaysia yang disenaraikan oleh sys.com.my yang tak patut dan kita sebagai rakyat Malaysia sendiri kadang-kadang rasa malu dengan sikap rakyat negara kita ni.Bukan lah kita nak menghentam tapi semoga apa yang disenaraikan ni dapatlah kita ubah untuk menjadikan kita rakyat yang bertimbang rasa.

1- Berdiri di depan pintu LRT hingga menyukarkan penumpang untuk keluar.Nak cepat sangat kot.. langsung tak berganjak pulak walaupun dia dah nampak ada penumpang nak keluar



2-Ambil makanan bufet banyak2 kemudian tak habis kan.Mentang2 la dia bayar ..Amboi..tu bukan syarat kita boleh suka hati membazirkan makanan.

3-Selamba je potong barisan.Bukan dia sorang nak cepat..orang lain pun nak cepat sebab tu kena berbaris.Orang macam ni tak boleh diberi muka..kena bagi pengajaran sikit..



Sebenarnya kalau ikut peraturan dan ada disiplin segalanya akan jadi mudah.Tindakan kita yang tamak, tak pedulikan orang lain dan nak berlumba tak kena tempat tu akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.tak rasa bersalah ke??

sekian...

MASAK CHAPATI TAK BULAT JADI PUNCA WANITA INI DIBUNUH SUAMINYA

Assalamualaikum..


Selalu sangat dah kita dengar suami isteri bergaduh disebab kan perkara-perkara kecil.Lebih teruk lagi perkara-perkara kecil tu membawa kepada penceraian.Selalunya ianya disebabkan dua-dua pihak tak mau bersabar dan tak sanggup mengalah.masing-masing nak menang.kemudian mula la saling cabar mencabar dan akhirnya rumahtangga dibina hancur berkecai disebabkan perkara yang boleh selesai dengan diam dan sabar.

Dapat pulak suami panas baran  yang silap sikit nak pukul.Tak cukup dengan perang mulut habis kaki tangan hinggap ke tubuh isteri. Lebih parah hingga membawa kepada kematian seperti yang berlaku pada satu pasangan suami isteri ini.



Simran seorang wanita berusia 22 tahun yang pandai memasak.Namun bentuk Chapati nya yang tidak bulat dengan sempurna kerap menjadi punca pergaduhan dia dan suaminya.

Pasangan yang tinggal di Jahangirpuri , New Delhi ini mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun.Simran  sedang hamil anak kedua .Pasangan ini kerap bertengkar tentang bentuk Chapati yang dimasak oleh simran kerana tidak berbentuk bulat.Kemuncak pertengkaran mereka berlaku malam sabtu lalu kira-kira jam 10 malam apabila suaminya menendang perutnya ketika bertengkar disebabkan Chapati



Dalam pergelutan anak perempuan nya cuba membantu simran namun dihalang dan suaminya mengherat anak nya dan mengunci anak nya sendirian di dalam bilik.Dia kemudian nya mencekik Simran hingga mati.

Sekitar jam 4 pagi polis menerima panggilan dari abang Simran memaklumkan adik nya sudah tidak sedarkan diri manakala anak Simran di kurung dalam bilik.Polis dan paramedik bergegas ke Flat pasangan tersebut dan mendapati suami Simran sudah melarikan diri dan Simran disahkan sudah meninggal dunia.

Sekian..




RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

waffle maker

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p

Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

waffle

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..

Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena dengan selera saya.Saya kalau ke mall memang suka beli Waffle.Jadi saya nak waffle yang macam kat mall tu..Bayangkan sambil kita tunggu waffle siap, bau waffle yang tengah masak tu menusuk ke hidung kita..Peghhh!!! saya nak yang macam tu...

waffle paling sedap dan gebu


Ini lah dia waffle yang mengikut citarasa saya.resepinya saya dapat dari semua yang saya google...resepi dari luar negara banyak membantu juga ni. Waffle maker ni ada sediakan resepi juga ,itu pun memberi inspirasi pada saya dapatkan waffle yang lembut macam ni..kalau dia lembut dan gebu lepas masak dia punya kuning keemasan tu sekata je..tak de tompok2..

resepi Waffle paling sedap, lembut,dan gebu ..






Bahan-bahan-

**Guna cawan yang sama untuk bahan yang disukat guna cawan
2 cawan tepung - saya guna cawan teh tu je..bukan mug ye..CAWAN!
2 biji telur gred B - asingkan putih dan kuning nya
1 cawan air
2 sudu gula
secubit garam
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar marjerin di cair kan. (boleh gantikan dengan butter)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak masak  (tak nak letak pun tak pe. sebab ada yang kata terlalu berminyak..Tapi saya suka)
1/2 sudu kecil esen vanila

sedikit majerin untuk di sapu pada pan Waffle


Cara-caranya-

Dalam satu bekas masuk kan tepung , gula,secubit garam, baking soda, baking powder, susu segar, esen vanila, majerin yang sudah dicairkan dan  minyak masak.

Ambil kuning telur, campur dengan satu cawan air.kacau2 dan masuk kan dalam tepung.Kacau tepung sampai sebati...dan lembut..

kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang.kemudian masuk kan putih telur dalam adunan tepung.







Kacau balik kaup je sampai sebati...jangan kacau kuat2.

Panaskan Waffle maker..sapu majerin atau butter sikit pada pan..

Bila dah berasap masuk kan adunan tepung tadi.
Kemudian tutup.

Lepas 3 minit dah siap.Boleh di makan dengan coklat, nutella atau peanut butter,.Nak makan dengan jem  buah pun boleh ..dengan susu pekat pun boleh..


resepi waffle

resepi waffle sedap

Ini lah dia waffle yang lembut, gebu dan paling sedap .Walaupun dah sejuk tetap rasa lembut.selamat mencuba..

sekian..


CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya tak tahu la ada ke orang jual Toyol .Tapi di Indonesia memang ada berlaku jual beli Toyol.  Nak beli secara online pun boleh.Tak tahu la apa tujuan nak bela Toyol ni. Setahu saya orang bela toyol ni sebab nak kan duit je.Dia suruh Toyol tu pergi keluar mencuri duit orang dan bawa balik pada tuan nya.Dasar manusia malas kerja, sampai sanggup beli Toyol untuk dijadikan hambanya.Ada tujuan lain ke orang bela Toyol ni selain untuk mencuri?




Sebenarnya ada cara untuk kita elak kan duit kita di curi Toyol atau rumah kita dimasuki Toyol

-Jangan tinggalkan sisa makanan dalam pinggan dan dibiarkan terdedah.Berkemungkinan kita tengok makanan tu macam masih elok tapi siapa tahu sebenarnya ianya dah dijilat dan disentuh oleh toyol .

-jangan letak gambar-gambar bernyawa di dinding rumah.

- Toyol sangat suka kan Halia dan ketam.Kalau boleh letak halia depan pintu atau bela ketam dalam akuarium.Kata orang Toyol akan lupa niat nya nak mencuri bila masuk rumah nampak halia atau pun ketam.

-banyak kan membaca Al-quran dan melakukan amal ibadat.Bukan toyol je, bapak kepada jin pun tak mahu masuk rumah kita.

Ciri-ciri orang yang membela Toyol

- Apabila berjalan tangan nya diletak kan di belakang (bawah punggung) kerana dikatakan dia sedang mengendong Toyol untuk mencari rumah yang menjadi sasaran .

-Selepas makan malam , penjaga nya tidak akan membasuh tangan kerana ketika dia tidur toyol akan menjilat tangan nya.

-Pemilik Toyol mesti akan meninggalkan sedikit sisa makanan di dalam pinggan selepas makan.

-dalam rumah atau bilik tidur penjaga toyol mesti akan ada sajian dan bunga untuk ritual pemujaan.kalau di indonesia  dia orang sebut kembang sesajen.


sekian..


sumber:kabarmakkah.com

INI PUNCA KENAPA SEKARANG RAMAI PELAKON KAYU

Assalamualaikum..



Saya ni bukan pandai pun bab lakonan  tapi saya seorang penonton yang bijak.hahah...Saya pun tahu memilih mana satu drama dan filem yang mempunyai acting yang bagus .Tak ramai orang yang menonton drama atau filem dengan melihat kualiti lakonan .Kebanyakan nya lebih memilih untuk melihat jalan cerita dan pelakon cantik dan kacak.

Itu juga lah menjadi sebab kenapa ramai pelakon sekarang ramai yang tiada talent.Yang orang dok kata pelakon kayu  tu ini lah puncanya. Penerbit drama dan filem lebih mengutamakan paras rupa berbanding mutu lakonan.Sudahnya semua drama penuh dengan pelakon yang cantik-cantik dan kacak semata-mata mahu "menjamu" mata penonton.Padahal kualiti lakonan sepatutnya lebih diutamakan.

Semalam terbaca post yang ditulis Han Zalini yang menceritakan pengalaman di layan sebuah produksi drama ketika menghadiri satu ujibakat untuk drama  .Apa yang mengecewakan ialah produksi drama tersebut lebih memilih paras rupa berbanding melihat kualiti dan bakat lakonan .Saya tertanya-tanya adakah kalau pelakon tak kacak dan cantik , drama dan filem tak kan ada penonton.



Makna kata sekarang ni kalau nak berlakon datang je untuk casting tapi tak payah tunjuk bakat tu sangat..Tayang muka je..Toleh kiri , toleh kanan, berlagak macho kemudian boleh dah berlakon drama jam 10 malam atau pun drama  7 petang.

Ada yang kata bakat boleh digilap..Yang cantik dan kacak ni walaupun tak de bakat berlakon tapi InsyaAllah , berlakon 5,6 drama lagi  boleh dah nampak bakat tu.Tapi apa yang kita kesalkan ialah yang bertul-betul berbakat mereka tak mau ketengah kan..Jangan kan nak jadi hero, nak jadi adik kepada hero tu pun belum tentu lagi.

Tengok je lah pelakon berbakat yang dah ada nama sekarang pun sikit punya susah nak dapat berlakon drama tv. Kalau nak tengok mereka berlakon , tunggu je la mereka buat filem sendiri. kalau untuk drama pun penerbit yang betul-betul nak berkarya je yang nak pilih mereka.Tapi penerbit yang lebih nak kan keuntungan dalam akauan bank sendiri ni akan terus memilih yang "berperwatakan menarik " saja..

Entah apa la makna "berpewatakan menarik " yang penerbit2 drama tv ni maksud kan?Bukan kah pandai menjiwai watak, ada bakat lakonan  dan sebagainya pun boleh dikategorikan sebagai "berperwatakan menarik"...


sekian..


Tuesday, 25 July 2017

BERSALIN DALAM UBER , WANITA INI TERIMA GANJARAN BAUCER TUNAI DARI UBER

Assalamualaikum...



Untung nya badan..bukan saja dapat menimang cahaya mata tapi dapat pulak voucher tunai S$300..Kisahnya berlaku di Singapura, seorang wanita , Siti Halimah Mahamud yang hamil  36 minggu  tiba-tiba sahaja berasa sakit hendak bersalin.

Rasa sakit yang berterusan memaksa Siti Halimah menghubungi Ambulans dan Uber namun yang tiba dahulu adalah Uber yang dipandu seorang lelaki, Danny Chong. Siti Halimah dan kakak iparnya kemudian terus menaiki Uber yang dipandu Danny menuju ke hospital.

Danny berusaha untuk memandu secepat yang boleh demi memastikan keselamatan Siti Halimah yang kelihatan sedang menahan kesakitan. Ketika hampir separuh perjalanan air ketuban Siti Halimah mula pecah .5 minit sebelum sampai ke National University Hospital, Siti halimah melahirkan bayi nya didalam Uber tersebut.

Danny dengan tenang terus memandu ke Hospital walaupun dibelakang nya terdapat seorang wanita yang sedang yang melahirkan .Memang kagum dengan pemandu macam ni sebab dia langsung tak merungut dan bersikap tenang sepanjang perjalanan.Kerana niatnya hanya ingin memastikan si ibu dan bayi selamat sampai ke hospital dan mendapatkan rawatan.

Sebagai menghargai Danny dan meraikan Siti Halimah yang baru menimang cahaya mata pihak Uber berbesar hati memberi token berupa voucher S$300 dan hamper kepada Danny Wong dan Siti Halimah.

Menurut Danny Chong dia terpaksa menghantar keretanya ke Johor Bahru untuk dibersihkan memandangkan tiada hidmat pembersihan kereta yang sanggup mencuci kereta  miliknya.Namun pihak Uber menanggung semua kos pembersihan.Katanya lagi Siti ada menghubungi nya untuk mengucapkan terima kasih pada hari berikutnya.

****

Seingat saya bulan 5 yang lalu pun ada wanita yang bersalin dalam Uber .kejadian berlaku di Sabah.Tapi bayi yang dilahirkan tak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.kerana masalah pernafasan.tak tahu la Uber ada bagi ganjaran juga ke pada pemandu tersebut.


sekian..

JAWATAN KOSONG KERJA KERAJAAN - POCKETSJOB.MY

Assalamualaikum..


Setiap hari ramai bekas graduan dan penganggur yang  berlumba mencari pekerjaan . Agak sukar mendapat pekerjaan memandangkan kebanyakan majikan mencari pekerja yang terlatih dan berpengalaman di tambah pula dengan sikap memilih pekerjaan dan ada juga penganggur yang tidak tahu terdapat puluhan ribu jawatan kosong sedia untuk diisi.

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau anda mempunyai saudara mara yang sedang bergelut mencari pekerjaan ,  saya dedahkan satu website yang digunakan oleh orang ramai untuk mendapatkan peluang pekerjaan .

Pocketjobs.my adalah sebuah laman web yang memudahkan anda mencari pekerjaan yang anda impikan.didalam website ini anda dapat memilih jawatan kosong kerajaan yang anda impikan.Anda boleh bookmarks  laman web ini memandangkan ianya sering di kemaskini dengan jawatan kosong kerajaan  terkini. 


Mencari pekerjaan di website ini memudahkan lagi anda untuk mencari kerja dan menjimatkan masa anda.Anda boleh memilih pekerjaan di negeri mana anda tinggal atau yang anda mahu.jawatan kosong disenaraikan mengikut negeri dan anda hanya klik pada negeri yang anda mahu.kemudian semua jawatan kosong kerajaan dalam negeri tersebut akan terpapar untuk anda pilih. Pocketjobs.my juga mudah diakses .

Antara jawatan kosong yang disenaraikan dalam website ini ialah jawatan kosong Guru Tadika kemas, jawatan kosong perodua , jawatan kosong pembantu Kesihatan dan banyak lagi. Memilih Jawatan kosong kerja kerajaan memang menjadi pilihan ramai dari kita memandangkan kerja kerajaan menawarkan berbagai iniisiatif dan kemudahan pada penjawat awam.

Antara kelebihan menjadi penjawat awam ialah mempunyai berbagai elaun ,bonus tetap,kenaikan gaji yang berkala, mempunyai kemudahan pinjaman peluang kenaikan pangkat serta mempunyai kemudahan simpanan hari tua.Sebab itu lah anda perlu memohon jawatan Kosong kerajaan yang terdapat di dalam website pocketjobs.my ini.

Bagi anda yang ingin menghadiri temuduga kerja kerajaan pastikan anda hadir dengan berpakaian kemas dan berkeyakinan . Semoga pekerjaan yang anda pilih dapat memberi manfaat dan mengubah masa depan anda.Sila share entry ini untuk panduan rakan-rakan anda lain yang juga sedang mencari pekerjaan.


sekian.