SAYA NAK ANAK-ANAK SAYA RASA RAYA ITU MENYERONOKKAN.

Assalamualaikum...




Amboih..tak sabaq aih nak raya..kan??Korang jangan pelik pulak bila saya yang tua ni rasa seronok nak raya..Saya ni ada 2 anak yang sentiasa gembira dan ceria. Memang hari2 mood gembira diaorang berdua tu meresap ke jiwa saya ni.hahha

Sepanjang bulan puasa ni hari2 sebelum tidur kami akan bercakap tentang raya.. Nak baju yang macam mana, nak jalan ke mana, nak makan apa, nak duit raya berapa..semua tu kami akan sembang sebelum tidur.Itu salah satu sebab kenapa Maisara , anak saya yang usia 10 tahun tu masih penuh puasanya sebab dia bersemangat nak berpuasa untuk meraikan kemenangan nya nanti.

Anak lelaki saya Mikhail (5) tak kurang semangat nya juga walaupun dia belum faham sepenuhnya tentang puasa.Tapi hari2 saya dan kakak nya bagitau yang orang berpuasa akan lebih rasa seronok bila tiba hari raya.

Perkara biasa la bila ada orang yang dah berusia atau  dah tua2 ni ada yang rasa raya tu biasa2 je.Tak de la seronok macam masa kecik.Tapi saya tetap tunjuk kan teruja nak raya tu pada anak-anak sebab saya nak diaorang rasa benda yang sepatutnya diaorang rasa di waktu kanak-kanak ni.Saya tak mau la disebab umur dah tua saya ni buat rasa raya tu biasa2 je sampaikan anak saya pun rasa benda yang sama..Tak syok..kan??

Pernah dengar kan yang emosi ibu bapa ni mudah sangat mempengaruhi emosi anak2.Kalau mak ayah tak seronok anak2 pun akan rasa tak seronok.Kalau mak ayah kata "ibu dengan ayah rasa raya ni biasa2 je..tak best la macam duku2.." mesti anak2 pun rasa macam tak berapa seronok nak raya.Jadi kalau boleh bagi la anak tu rasa seronok nak raya macam kita kecik2 dulu/.

Nanti dah besar saya tak mau la diaorang kata kat anak2 diaorang.."ala..mama dulu masa kecik2 pun rasa raya tu biasa2 je..tak de la seronok sangat pun.." ..Dah nama pun hari raya, memang hari untuk kita bergembira dan meraikan sesama kita.jadi sama-sama lah kita bergembira ....

Ok korang..harap2nya korang pun rasa seronok nak raya ni..


sekian...




Post a comment

2 Comments

  1. SELAMAT BERHARI RAYADGN KELUARGA DGN GMBIRA

    ReplyDelete
  2. msti seronok punyalah sbb kita bwk dia balik kg, dpt pakai baju raya, kst baru serba serbi baru... salam2 dpt duit... pg beraya sana sini dpt duit hehehhe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)