PANDU DENGAN CERMAT. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...




Hari ni dah ramai yang mula bercuti dan jalan-jalan raya pun mula dibanjiri kereta.Saya harap korang yang memandu pulang ke kampung tu berhati-hati lah. Memang hari lain pun korang balik kampung dan lalu jalan yang sama juga tapi bila tiba hari  perayaan macam ni jalan raya jadi sibuk dan kadang2 kita jadi hilang sabar, nak cepat dan sebagainya.Itu yang jadi punca kemalangan .

Bila cakap tentang sabar diatas jalan raya ni saya sendiri tak ada kesabaran tu.Walaupun bukan saya yang pandu kereta , tapi bila melihatkan sikap pemandu2 kita ni saya pulak jadi hilang sabar.Bayangkan pulak perasaan orang yang memandu tu perasaan nya bagaimana bila berdepan dengan pemandu yang langsung tak menitik beratkan soal keselamatan dan undang-undang jalan raya.

Kita bukan nya risaukan pemandu yang cuai tu tapi kita pun sayang nyawa kita.Tak kena kat kita tak pe la..Tapi kalau kecuaian sampai melibatkan kita atau orang lain itu sesuatu yang memang tak boleh sesiapa pun terima.

Jadi fikir lah bila korang memandu tanpa peduli tentang keselamatan dan undang-undang  , bukan korang saja yang dalam masalah tapi pemandu lain juga.Tak pasal2 ada yang jadi anak yatim sebab sikap cuai korang tu.

Dikesempatan ni sya nak ucapkan Selamat Hari raya pada semua pembaca blog dianarashid.com ni. Semoga Aidilfitri kali ni memberi kan keinsafan dalam hati kita.Aidilfitri bukan hanya untuk bergembira tapi juga untuk buat kita lebih mensyukuri nikmat dari Nya .Salam Aidilfitri dan semoga selamat sampai ke kampung halaman.


sekian..


Post a comment

1 Comments

  1. Saya tak suka drive. Apabial balik kampung..

    Namun awek saya faham.. Dia boleh tolong pandu dan saya tukang cerita je..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)