MEMAAFKAN TIDAK MENGUBAH MASA LALU TAPI MAMPU MENGUBAH MASA HADAPAN

Assalamualaikum..



Selamat hari raya...Hari ni Aidilfitri yang ke 6. Ramai yang kata sekejapnya masa berlalu,Tak puas bercuti dengan keluarga. Memandangkan kita semua masing-masing ada tanggungjawab jadi la dapat bercuti sekejap pun.Tetap perlu melangkah pulang ke perantauan dengan langkah yang berat.

Setiap kali tibanya lebaran kegembiraan dan kerisauan pasti terselit di hati kita.gembira nak berjumpa keluarga dan risau bila waktu ini kita akan berdepan dengan kenangan-kenangan lama. Kenangan yang melibatkan kesalahan dan menagih kemaafan.Sanggupkah kita memohon kemaafan dan memberi keampunan pada mereka-mereka di kenangan lalu kita?

Memaafkan dengan ikhlas jauh ke sudut hati bukan lah perkara yang mudah . Ianya tidak akan mengubah masa lalu namun dengan kemaafan ianya akan mengubah masa hadapan. Hati kita akan berasa lebih tenang dan kita akan melengkah dengan lebih ringan.



Bagi pihak yang memohon maaf mungkin korang rasa malu nak minta maf. Korang mesti rasa nak ke dia maafkan korang..kan?Tapi disitu lah dia akan melihat keikhlasan dan keberanian korang untuk memohon kemaafan.Tapi jangan salah sangka jika selepas dia memaafkan korang , dia tetap menjauhkan diri dari korang dan dia membina satu penghadang dalam hubungan korang. Percayalah yang dia telah memaafkan korang dengan ikhlas hati cuma demi menjaga hubungan korang supaya tiada lagi sengketa , maka jalan terbaik ialah menjarak kan sedikit hubungan korang tu..

Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak.Tidak kira jika kita pernah bersua muka atau pun tidak. Saya poho kemaafan jika selama ini penulisan saya mengguris hati anda semua.Selamat Hari Raya


sekian..

Post a comment

1 Comments

  1. Perlu ada keberanian untuk memohon maaf, biasanya kalau hal dah lama berlaku sangat mudah orang lain memaafkannya walau nampak muka ketat je....

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)