Skip to main content

EOPERASI - MODUL OPERASI DATA GURU

Assalamualaikum..

EOperasi adalah sistem pengurusan guru secara online di bawah Modul Pengurusan Guru - eOperasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .Bagaimana sistem ini digunakan akan saya terangkan dalam artikel ini.



Eoperasi adalah sebuah laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk  guru-guru menyimpan dan mengemaskini maklumat berkaitan  perkhidmatan masing-masing termasuk maklumat peribadi guru.Selain dari eOperasi  kerajaan  juga mewujudkan beberapa sistem lain yang boleh diguna pakai bukan sahaja untuk guru malah untuk ibu bapa dan rakyat Malaysia sendiri.Antara sistem yang diwujudkan ialah :-

- SAPS Ibu Bapa - Laman web untuk menyemak markah peperiksaan anak-anak

- APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) - laman web untuk merekod kan data murid seperti kehadiran dan mata pelajaran

- HRMiS - Laman web untuk guru-guru memohon cuti dan menyemak /memohon  pinjaman

- Jawatan Kosong - Laman web yang menyedia kan jawatan kosong kerajaan .

Sistem-sistem ini diwujudkan demi menjadikan perkhidmatan yang lebih baik malah ianya dikemas kini setiap masa .Korang boleh layari laman web diatas ni bila-bila masa sahaja.Jangan lupa kongsikan laman web ini pada rakan-rakan yang lain kerana pasti ianya bermanfaat untuk mereka.



Berbalik kepada  e Operasi , ada beberapa perkara yang perlu korang tahu tentang e Operasi memandangkan masih ramai yang tak tahu terutamanya golongan ibu bapa ni.Bila baca artikel ni sekurang-kurangnya mereka tahu guru-guru ni tugas nya bukan sekadar mengajar saja.Ada banyak lagi perkara lain yang perlu mereka lakukan.



SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM



Kenapa guru-guru perlu mengemaskini data mereka di e Operasi? Ianya kerana e Operasi juga dihubungkan dengan sistem lain contohnya seperti eTukar .Jika maklumat yang dikemaskini tidak tepat , proses pertukaran guru juga mungkin akan terjejas Melalui  e Operasi  guru-guru boleh menyemak status permohonan pertukaran melalui Borang Status Kedudukan Guru.

Sistem ni memang memudahkan guru-guru sebab bila buat permohonan ni tak boleh setiap masa nak hubungi KPM semata2 nak tahu status pertukaran.Ini zaman internet segala makluman berita, maklumat permohonan lebih cepat jika menggunakan online sahaja.


Bagi guru-guru yang masih baru dengan e Operasi saya percaya mesti agak takut-takut dan tak berapa faham cara  nak menggunakan sistem ni. Sistem e Operasi di reka dengan ciri-ciri mudah di akses dan difahami.Saya akan terangkan bagaimana untuk log in e Operasi dengan mudah. Apa yang korang perlu buat, mula-mula klik ke laman web ini ------> e Operasi 

Kemudian pilih "Cara Log In e-Operasi" . Ikut arahan yang disediakan

Saya sangat menggalak kan untuk korang masuk ke laman web E-Operasi melalui laman web ini sebab ianya lebih mudah diakses.  Jangan lupa untuk ingat kata laluan dan ID yang korang gunakan semasa mendaftar.Kalau tak ingat boleh klik pada "lupa Kata Laluan " ..Mudah saja..kan??



Sistem e-Operasi  yang di sediakan oleh KPM ni sebenarnya banyak kebaikan nya pada guru-guru dan juga pada pentadbiran. Selain menjimat kan masa ianya juga adalah cara yang bersistematik untuk menentukan kenaikan pangkat guru memandangkan setiap sistem yang di bina ini berhubung kait antara satu sama lain. . Jadi guru-guru kena rajin  mengemaskini maklumat diri guru untuk memudahkan pengurusan di masa akan datang.

Saya harap artikel ini membantu korang untuk faham serba sedikit mengenai eOperasi 2017 ini . Memandangkan masih ramai yang belum mengetahui tentang e-Operasi ini korang boleh la share artikel ni pada kawan-kawan korang .

sekian..

                                                                                                                                         



Comments

  1. Kami juga terlibat dengan eoperasi ni..hihi..benda ni perlu dikemaskini selalu takut ada teralat ke apa

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …