Skip to main content

CARA-CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...



Cara solat sunat Hari  raya Aidilfitri . Solat Sunat hari Raya Aidilfitri di lakukan pada setiap 1 syawal .Solat sunat ini adalah sunat muakkad iaitu iaitu solat sunat yang digalak kan untuk umat islam.  Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dilakukan pada waktu pagi sejurus selepas matahari terbit .

Apa yang saya tahu solat sunat Aidilfitri ni boleh dilewat2kan.Sebab nak bagi peluang pada umat islam membayar zakat fitrah.Lagipun solat Sunat Aidilfitri ni dari terbit matahari sampai lah sebelum matahari tergelincir.jadi kalau buat lambat2 pun tak pe..Dia berbeza la dengan solat sunat Aidiladha yang perlu disegerakan.

Tahun ni saya nak bawak anak-anak pergi solat sunat Aidilfitri.Tahun sebelum2 ni Mikhail kecik lagi.tak berani nak bawa sebab tak de siapa nak jaga.Tahun ni dia pun dah besar dah janji nak bawak dia jadi boleh la kita pergi solat sunat Aidilfitri kat masjid.

Bagi yang terlupa atau ada yang tak tahu ccara-cara solat sunat Aidilfitri ni, saya kongsikan cara-cara solat Sunat Aidilfitri  :-

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Berikut adalah cara-cara solat Sunat hari Raya Aidilfitri

1- Berdiri tegak dan Takbiratul Ihram beserta niat dalam hati


Niat solat Sunat Aidilfitri 



( Rakaat Pertama)

2- Baca doa Iftitah 


3- Lafaz takbir 7 kali , selang seli dengan bacaan tasbih

Bacaan Tasbih


4- Baca surah Alfatihah



5- Baca surah Al-quran - Afdal membaca surah Al- A'laa



6- Sujud dan rukuk seperti biasa

(Rakaat Kedua)

1- Takbir 5 kali diselang seli kan dengan bacaan tasbih
2- Baca Surah Alfatihah
3- Baca surah Al-Ikhlas
4- Sujud dan Rukuk seperti Biasa
5-Memberi salam
6- Mendengar Khutbah

Cemana ..Faham ke cara-cara yang saya tulis ni?Harap-harap jelas la ye..
Kalau rasa mudah faham dan jelas boleh la korang tolong2 share pada kawan-kawan lain ye..
semoga bermanfaat untuk semua....

sekian..

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …