"Al-QURAN YOU SIAPA TULIS? BUKAN TUHAN TULIS..KAN?? " - PEKERJA KLINIK VETERINAR PERSENDA AL QURAN

Assalamualaikum...

Golongan tidak menghormati agama orang lain memang ada di mana-mana saja.Walaupun dalam negara kita ni ada berbilang kaum dan agama sejak dari dulu lagi tapi golongan yang tidak menghormati agama orang lain ni tetap wujud dan semakin ramai.Golongan ni suka mempertikaikan agama orang lain dengan terbuka tanpa mempedulikan sensitiviti dan perasaan orang sekeliling.




Saya ada terbaca satu pengalaman seorang wanita yang menceritakan kejadian disebuah Klinik Veterinar di Subang Jaya , Selangor , berdepan dengan pekerja di klinik tersebut yang mempertikaikan tindakan anak wanita tersebut yang lari ketakutan apabila didekati beberapa anak anjing didalam klinik itu.
Namun apa yang dikesalkan adalah kata-kata oleh pekerja premis itu yang yakin mengatakan Al-quran ditulis oleh manusia..

Ini bukan Lion..Kenapa kena takut?

Ini bukan status perkauman racist what so ever.
Sekadar berkongsi pengalaman dan situasi.
Saya telah ke Klinik Veterinar berdekatan untuk rawatan grooming Kucing.
Maka nya ada lah bermacam jenis haiwan lain di situ.

Tiba-tiba....

Aina berlari ketakutan kerana ada beberapa ekor anak anjing bertempiaran lari di dalam klinik.
Kata salah seorang pekerja di situ

"Aiya Adik... ini bukan tiger or lion. Kenapa kena takut? Anjing kan makhluk Tuhan juga"
Saya sampuk

"Oh dia bukan takut kerana itu Kak. Tapi Agama kami perlukan kami laksanakan cleaning Samak once tersentuh"

Ok jawapan yang ni saya agak terkejut dan tergamam...

Ramai orang Islam datang bawak anjing..


"Ala.. ramai je orang Islam pakai tudung datang sini bawak anjing. Ada orang Arab juga our customer bawak anjing. Tak menjadi masalah lah."

Saya jawab dengan penuh senyuman...

"Yer.. memang you boleh pegang, tapi kalau boleh avoid tu better rather than u hav to go thru the cleaning proses what so ever. Agama Islam sudah ajar macam tu"


Al-quran bukan tuhan tulis..kan?

Jawapan paling menguji puasa...

"Al-Quran you siapa tulis?? Bukan Tuhan tulis..kan?? Manusia tulis! So boleh tukar lah.. Sekarang zaman dah moden you have to go with the flow lah... God also love animals"

Saya diam.

Tak ada guna nak bertekak dengan orang yang mungkin free thinker ni.
Sabar.... bulan Ramadhan ni.

Sepatutnya..

Haiwan-haiwan tersebut di ikat atau di letak dalam bekas yang sesuai supaya tidak mengganggu customer yang berbilang kaum dan agama.

Tolong Respect!



 Kata-kata pekerja klinik tersebut seolah-oleh mempersendakan alquran .Seolah-olah Alquran itu hanya rekaan manusia sahaja.Tambahan pulak ianya berkaitan agama orang lain.Dah tentu dia pun tak tahu apa2 tentang agama islam. Jadi sepatutnya dia tak perlu mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Mujur la wanita ni tak berbalas-balas cakap dengan pekerja klinik ni.Kalau tidak memang jadi pertengkaran pulak.

Saya nak nasihatkan pada orang-orang islam yang membaca ni , kita jadikan ni sebagai pengajaran . Orang agama lain susah nak faham agama kita. Kenapa?? Sebab kebanyakan dari kita ni nama je Islam.Tapi gaya hidup tak macam Islam pun.Sebab tu mereka dengan mudah buat kesimpulan agama islam ni macam tu dan macam ni.

Nak bawak anjing kemana-mana pakai lah sarung tangan.Jangan la senang2 je nak pegang anjing . Bila orang bukan islam tengok diaorang akan rasa , orang islam yang CEREWET nak pegang anjing tu semata-mata sebab mengada-ngada je.Sebab sebelum ni diaorang nampak orang islam lain pegang tak pe pulak..kan??

Ni nanti ada la lanun2 yang komen, "pegang kekasih tak pe pulak.." ..Itu pun satu contoh kenapa orang bukan islam anggap orang yang tak mau pegang anjing hanya sebab dia mengada-ngada...

sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
9 June 2017 at 10:20 ×

selamba je dia ckp gitu....
msti jenis yg free thinker nih kan... klu tak msti dia tau...
kite pun tau serba sedikit agama lain, kn

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment