10 REKA BENTUK RUANG TAMU UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI


Hiasan ruang tamu adalah sangat penting, terutama sekali pada musim perayaan dimana ramai sanak saudara dan sahabat handai akan datang ke rumah.


Memandangkan ramai tetamu akan hadir dalam satu masa, sebagai tuan rumah anda haruslah bijak dalam menyusun atur perabot di kawasan ruang tamu. Sofa yang selesa untuk berbual dan ruang yang lapang untuk anda jalan ke sana ke mari adalah sangat penting.

Bagi membantu anda menghias ruang tamu anda dengan lebih baik untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi, lihat kompilasi gambar ruang tamu rumah yang telah direka dan dihias oleh pereka hias dalaman yang sangat kreatif ini.

1. Rumah banglo di Desa Park City ini menggunakan tema serba putih untuk bahagian ruang tamunya. Dinding pemisah bercorak yang ditempah khas diletakkan di bahagian sisi agar kawasan ruang tamu tersebut tampak lebih eksklusif.


Source: Hatch Design

2. Kondominium di Verde, Ara Damansara ini mempunyai pelan rumah jenis terbuka atau open plan, dimana ruang tamu dan ruang makan tidak dipisahkan oleh dinding. Pelan rumah jenis ini sangat sesuai bagi rumah yang kompak.




 3. Ruang tamu rumah banglo di Kajang Country Heights ini tampak sangat eksklusif dengan lampu chandelier yang digantung di tengah-tengah ruang. Set sofa yang disusun dalam bentuk U dan menghadap TV ini sangat sesuai untuk ruang tamu yang besar.




4. Ruang tamu di rumah teres di Bandar Rimbayu, Shah Alam ini menggunakan banyak warna kelabu untuk hiasan dalaman. Wing chair dan sofa empuk dengan corak kain yang berbeza membuatkan ruang tamu ini kelihatan sangat menarik dan selesa. Satu dinding dijadikan feature wall dengan hiasan corak seakan batu bata.


5. Rumah teres di Ara Damansara ini dilengkapkan dengan custom built-in cabinet sebagai pemisah antara ruang tamu dengan ruang makan. Langsir biru-kelabu yang sedondon dengan warna bantal-bantal kecil serta pintu kabinet membuatkan ruang tamu ini nampak sejuk dan selesa


6. Rumah banglo di Presint 11, Putrajaya ini mempunyai ruang tamu yang bertemakan rustic. Ketulan batu kelikir besar diikat di dinding sebagai hiasan feature wall. Jika ruang tamu anda seluas ruang tamu ini, dapatkan khidmat juru hias dalaman untuk memberi idea untuk memenuhkan ruang tamu anda.

Source: Senihomes

7. Ruang tamu yang bertemakan serba putih ini sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang terhad seperti di kondominium di Puchong ini. Sofa bentuk L dengan penyandar rendah akan membuatkan dinding nampak lebih tinggi, dan memberi ilusi kawasan itu lebih luas. 

Source: Hatch Design

8. Ruang tamu ini kelihatan sangat maskulin dengan kombinasi perabot dan hiasan dalaman yang berwarna coklat gelap dan merah. Alang custom yang bersambung dengan tiang dan dijadikan sebagai rak buku membuatkan ruangan ini lebih unik dan istimewa.  

Source: Hatch Design

9. Kondominium di Casa Tropika, Puchong bertemakan moden-kontemporari. Ruang tamu rumah ini berkonsepkan open plan dan dilengkapi dengan sofa tiga tempat duduk sahaja kerana ruang yang sangat terhad. Jika anda mempunyai tetamu yang ramai, sediakan bantal-bantal kecil untuk buat ruangan tersebut nampak lebih selesa walaupun mereka terpaksa duduk di lantai.

Source: Hatch Design

10. Ruang tamu ini menggunakan tema hitam dan putih. Dinding dihiasi dengan panel wainscotting berwarna putih membuatkan ruangan ini nampak eksklusif walaupun kecil.

Adakah anda berasa kagum dengan kepandaian pereka hias dalaman tempatan yang menghias rumah-rumah di atas? Jika anda berminat untuk memberikan sentuhan profesional pada ruang tamu anda, layari Recommend.my.

Recommend.my mempunyai lebih 7000 penyedia khidmat profesional di seluruh Malaysia yang sedia untuk membantu anda!

Hiasan ruang tamu adalah sangat penting, terutama sekali pada musim perayaan dimana
ramai sanak saudara dan sahabat handai akan datang ke rumah.
Memandangkan ramai tetamu akan hadir dalam satu masa, sebagai tuan rumah anda
haruslah bijak dalam menyusun atur perabot di kawasan ruang tamu. Sofa yang selesa
untuk berbual dan ruang yang lapang untuk anda jalan ke sana ke mari adalah sangat
penting.
Bagi membantu anda menghias ruang tamu anda dengan lebih baik untuk Hari Raya Aidilfitri
yang akan menjelma tak lama lagi, lihat kompilasi gambar ruang tamu rumah yang telah
direka dan dihias oleh pereka hias dalaman yang sangat kreatif 
Previous
Next Post »

6 komen disini

Click here for komen disini
Sheila Adziz
admin
9 June 2017 at 15:56 ×

akak suka yg no 8 ngn rak buku tu... hehe

Reply
avatar
9 June 2017 at 15:59 ×

cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
mrhanafi
admin
9 June 2017 at 16:38 ×

Alangkah bestnya kalau ada rumah sendiri..

Reply
avatar
Kak Mahh
admin
10 June 2017 at 17:29 ×

Cantik-cantik ....geram tengok.

Reply
avatar
18 June 2017 at 04:21 ×

bestnya kalau banyak modal nak buat dekorasi rumah macam ni..so cantik!

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment