Friday, 30 June 2017

RESEPI KEK SARANG SEMUT MESTI JADI YANG SEDAP DAN SENANG

Assalamualaikum...

RESEPI KEK SARANG SEMUT MESTI JADI YANG SEDAP DAN SENANG Kek sarang semut atau pun kek gula hangus  - Raya kali ni saya buat kek sarang semut. Kek sarang semut ni ramai penggemarnya.. Sebab tu saya buat jugak la kek ni . Lagipun nak membuatnya bukan lah susah pun. Saya pun dah beberapa kali kongsikan resepi kek sarang semut atau pun kek gula hangus yang sedap dan paling mudah ni di blog saya.

Biasaya penggemar kek ni adalah dikalangan makcik pakcik je..ahhahah.Golongan veteren memang suka la kek ni..Budak-budak pulak  macam takut-takut  nak makan kek ni. Lagi-lagi bila dengar nama kek ni. Boleh ke makan??hahahhaha

Dibulan syawal ni mesti banyak jamuan-jamuan raya yang kita nak pergi.Ada juga yang kita sendiri kena bawak kuih raya.Saya cadangkan buat je la kek sarang semut ni. sebab kek sarang semut ni mesti jadi dan rasanya sedap, nak buat pun senang je.

Jom saya ajarkan cara nak buat kek sarang semut mesti jadi yang sedap dan senang. Bancuhan ni untuk loyang saiz 10 inci .

Resepi kek sarang semut

Resepi Kek Gula hangus Paling senang dan sedap 


1- Untuk langkah pertama kita kena buat GULA HANGUS dulu.


Bahan-bahan untuk membuat Gula Hangus

2 cawan gula pasir
2 sudu besar majerin pelangi
2 cawan air panas

cara-cara membuat Gula hangus

Masuk kan gula ke dalam periuk dan dengan api perlahan cair kan gula tersebut.

Sentiasa kacau supaya gula tak hangus.kalau hangus hitam buang je la sebab nanti rasa kek pahit.Jadi api tu kena jaga.

Bila gula dah cair dan kaler dia pun dah coklat2 sikit, masuk kan air panas .Hati-hati sebab nanti dia berbuih2 kena tangan tu..Kacau smpai tak de lagi gula yang berketul.

Tutup api dan masuk kan majerin pelangi.Ketepikan supaya dia sejuk..



2- Langkah kedua kita nak buat bancuhan kek pulak.

Bahan-bahan 

2 cawan tepung gandunm
8 biji telur gred B
2 sudu kecil soda bikarbonat
esen vanila
1 tin susu pekat

Cara-caranya.

Mula-mula sekali ayak tepung gandum dan  soda bikarbonat .lepas tu ketepikan dulu tepung ni.

Dalam bekas lain pukul telur dan esen vanila sampai kembang.Telur akan bertukar warna jadi putih berbuih-buih halus  bila dia dah kembang . Selagi tak warna putih jangan berhenti pukul telur tu.Kalau tak kembang tak naik la kek nya nanti.

Kemudian masuk kan susu pekat.Pukul sekejap je kalau mixer korang jenis laju..sebab nanti masuk tepung nak pukul lagi..

Lepas tu baru masuk kan tepung yang kita ayak tu..Masuk kan sikit2..sambil tu terus kacau sebati..sampai tepung habis.

Last sekali baru masuk kan air gula hangus (langkah 1) tadi.  Masuk kan ke dalam adunan tu dan kacau dengan senduk kayu je.Tak payah pakai mixer dah.

Kemudian adunan tadi di tutup dan di biarkan selama 1-2 jam..Jangan masuk kan dalam peti sejuk.Biar je kat atas meja makan tu..nak biar lama lagi pun boleh..

3- Cukup 2-3 jam atau berapa lama yang korang suka boleh la dibakar.


Sebelum bakar panas kan oven dulu selama 5-10 minit.

Suhu 170 . Bakar kek guna api bawah saja selama 1 jam 30 minit. Kemudian bila dah bunyi ting!! tambah lagi masa 20 minit dengan api atas sahaja..Suhu tukar pada 150 .

Bila dah sejuk baru lah di potong.

selamat mencuba...


sekian...

MEMAAFKAN TIDAK MENGUBAH MASA LALU TAPI MAMPU MENGUBAH MASA HADAPAN

Assalamualaikum..



Selamat hari raya...Hari ni Aidilfitri yang ke 6. Ramai yang kata sekejapnya masa berlalu,Tak puas bercuti dengan keluarga. Memandangkan kita semua masing-masing ada tanggungjawab jadi la dapat bercuti sekejap pun.Tetap perlu melangkah pulang ke perantauan dengan langkah yang berat.

Setiap kali tibanya lebaran kegembiraan dan kerisauan pasti terselit di hati kita.gembira nak berjumpa keluarga dan risau bila waktu ini kita akan berdepan dengan kenangan-kenangan lama. Kenangan yang melibatkan kesalahan dan menagih kemaafan.Sanggupkah kita memohon kemaafan dan memberi keampunan pada mereka-mereka di kenangan lalu kita?

Memaafkan dengan ikhlas jauh ke sudut hati bukan lah perkara yang mudah . Ianya tidak akan mengubah masa lalu namun dengan kemaafan ianya akan mengubah masa hadapan. Hati kita akan berasa lebih tenang dan kita akan melengkah dengan lebih ringan.



Bagi pihak yang memohon maaf mungkin korang rasa malu nak minta maf. Korang mesti rasa nak ke dia maafkan korang..kan?Tapi disitu lah dia akan melihat keikhlasan dan keberanian korang untuk memohon kemaafan.Tapi jangan salah sangka jika selepas dia memaafkan korang , dia tetap menjauhkan diri dari korang dan dia membina satu penghadang dalam hubungan korang. Percayalah yang dia telah memaafkan korang dengan ikhlas hati cuma demi menjaga hubungan korang supaya tiada lagi sengketa , maka jalan terbaik ialah menjarak kan sedikit hubungan korang tu..

Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak.Tidak kira jika kita pernah bersua muka atau pun tidak. Saya poho kemaafan jika selama ini penulisan saya mengguris hati anda semua.Selamat Hari Raya


sekian..

Saturday, 24 June 2017

ALHAMDULILLAH..MENANG RM500 SHOPPING CREDIT SGSHOP

Assalamualaikum...



Saya ni memang suka join Giveaway dan kontest kat blog ni.kat facebook tu mungkin kurang sikit la sebab saya ni tak suka hadiah barang mekap ka, kat facebook biasanya hadiah beupa barang..kan?? .Barang2 tu pulak kadang2 tak kena dengan minat saya ni.

Walaupun suka join giveaway dan kontest kat blog tapi bukan senang nak menang.Rasanya saya ni memang tak bertuah la bab2 tu.tapi baru2 ni saya macam tak percaya bila diumumkan sebagai salah seorang pemenang contest Sgshop di blog Ayueidris.com .Macam tak percaya pulak muka ni boleh menang.hahahha..



Alhamdulillah..Syukur pada Allah saya dapat rm500 shopping credit untuk membeli belah di Sgshop.Saya ni memang suka shopping kat Sgshop tu sebab barang2 dia murah2 semuanya..Hari tu dapat dah rm500 dari sgshop dah habis shopping dah pun..lepas tu saya topup lagi dalam akaun Sgshop untuk shopping kali kedua.Dan sekarang dapat lagi rm500 peluang untuk shopping di Sgshop

Selalunya di Sgshop saya akan beli pakaian untuk saya dan anak-anak. Suami pun senyum je sebab tak payah belikan baju anak-anak..kan??hahah..Alahamdulillah..Rezeki anak-anak ni.



Untuk kali ni pun rasanya saya nak beli pakaian juga, dan ada lah beberapa barangan lain .Parcel kedua dari Sgshop pun tak sampai lagi sebenarnya.Bila sampai je semuanya ni saya akan buat satu entry khas apa barangan yang saya beli kat Sgshop ni ok..

Terima kasih Sgshop dan blog Ayue Idris..

sekian...

Friday, 23 June 2017

PANDU DENGAN CERMAT. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...




Hari ni dah ramai yang mula bercuti dan jalan-jalan raya pun mula dibanjiri kereta.Saya harap korang yang memandu pulang ke kampung tu berhati-hati lah. Memang hari lain pun korang balik kampung dan lalu jalan yang sama juga tapi bila tiba hari  perayaan macam ni jalan raya jadi sibuk dan kadang2 kita jadi hilang sabar, nak cepat dan sebagainya.Itu yang jadi punca kemalangan .

Bila cakap tentang sabar diatas jalan raya ni saya sendiri tak ada kesabaran tu.Walaupun bukan saya yang pandu kereta , tapi bila melihatkan sikap pemandu2 kita ni saya pulak jadi hilang sabar.Bayangkan pulak perasaan orang yang memandu tu perasaan nya bagaimana bila berdepan dengan pemandu yang langsung tak menitik beratkan soal keselamatan dan undang-undang jalan raya.

Kita bukan nya risaukan pemandu yang cuai tu tapi kita pun sayang nyawa kita.Tak kena kat kita tak pe la..Tapi kalau kecuaian sampai melibatkan kita atau orang lain itu sesuatu yang memang tak boleh sesiapa pun terima.

Jadi fikir lah bila korang memandu tanpa peduli tentang keselamatan dan undang-undang  , bukan korang saja yang dalam masalah tapi pemandu lain juga.Tak pasal2 ada yang jadi anak yatim sebab sikap cuai korang tu.

Dikesempatan ni sya nak ucapkan Selamat Hari raya pada semua pembaca blog dianarashid.com ni. Semoga Aidilfitri kali ni memberi kan keinsafan dalam hati kita.Aidilfitri bukan hanya untuk bergembira tapi juga untuk buat kita lebih mensyukuri nikmat dari Nya .Salam Aidilfitri dan semoga selamat sampai ke kampung halaman.


sekian..


Wednesday, 21 June 2017

BALIK KAMPUNG..OOO...BALIK KAMPUNG...!

Assalamualaikum...

Teruja nya nak balik kampung..Kalau diikutkan kami memang dah lama tak balik kampung sebab anak2 kan sekolah.Bila anak sekolah suami pulak kerja tak de cuti. Anak-anak pun asyik tanya bila nak balik kampung.Jadi di kesempatan hari raya ni kami akan balik kampung.. Anak-anak bukan main seronok bila tahu nak balik kampung. Dah la raya pun seronok, dapat balik kampung pula.Bertambah la seronok nya.



Tahun ni kami akan pulag ke Kampung saya di Beruas Perak . Ada orang kata ''Eii..kampung ceruk hutan.." Tak kisah la ceruk hutan ke apa yang penting anak-anak saya rasa lebih bahagia lebih seronok bila balik kampung saya tu  jumpa opah diaorang lagi-lagi di Hari Raya ni berbanding pergi ke tempat lain...

Kampung saya ni sebuah kampung yang terletak di Daerah Manjung. Sebuah pekan kecil yang sangat best tenang dan aman damai.. Jauh dari kesibukan kota .Pekan ni juga bukan saja ada bangsa melayu tapi ada cina dan India.Memang seronok kampung saya ni.

Perkata penting yang dilakukan sebelum balik kampung- Untuk balik kampung ni apa yang perlu ialah persediaan balik kampung nanti.Pastikan kereta diservis , dan semua barang-barang lengkap dan cukup.jangan lupa pastikan rumah dalam keadaan selamat.Kena bagitau jiran2 yang tak balik.kampung untuk tengok2 kan rumah kita..kena tinggalkan no tel untuk mudah jiran hubungi jika ada kecemasan.


Sempena Hari Raya yang bakal tiba ni ada 2 barangan  yang saya rasa sesuai kalau dibawa balik untuk keluarga saya di kampung. Selain kuih raya dan beberapa persiapan raya saya ada senaraikan 2 barangan dari Lazada ini  saya rasa pasti akan memeriahkan lagi hari raya kami sekeluarga..

1-Biscuits Candy High Quality Container Storage 

Penting tau benda ni...Senang nak isi kuih raya.Bekas nya pun cantik2 .Susah binskut nak masuk angin kalau pakai bekas macam ni.Kan??Korang boleh klik link diatas gambar  untuk beli bekas biskut raya ni juga..



2- Set lampu raya 

Raya tanpa lampu kelip-kelip ni memang suram la rumah.Kalau letak lampu ni baru la nampak rumah ada mood hari raya..Susana pun jadi ceria ja. Betul tak?





Korang yang nak buat persiapan raya boleh la dapatkan barang-barang lain di Lazada Malaysia.Bukan saja ada lampu raya dan Bekas kuih raya je tapi ada jual kuih raya, baju raya langsir dan macam-macam lagi.Semuanya  bersempena dengan Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan jualan Riang Ria Raya yang menawarkan tawaran potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June depan. Jadi jangan lepas kan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.


Untuk blogger yang nak menang hadiah best dari Lazada Malaysia boleh la kik banner ni untuk join...

sekian...

PRODUK DATO ALIF SYUKRI BAKAL DI BOIKOT DI INDONESIA

Assalamualaikum...



Kecoh jugak la dalam seminggu ni dengan kes pembantu rumah Dato Alif Syukri yang berasal dari Indonesia di tangkap kerana mencuri di rumah nya.Memang macam-macam pendapat oleh netizen berkaitan kes kecurian ni.Apatah lagi Dato Alif memang sentiasa update tentang kes tersebut di Facebook page miliknya. Saya pun follow je cerita ni.Saja la nak tahu sebab Dato ni yang saya tahu dia memang sporting orang nya.. Macam tak percaya pulak Pembantu rumah dia buat aniaya macam tu sekali...

Menurut Dato Alif Tujuan nya buat live dan sentiasa update tu , bukan lah untuk mengaibkan pembantu rumahnya tapi nak memberi pengajaran dan supaya orang ramai berhati-hati dan tidak terlalu percaya pada pembantu rumah.

Kalau ikuti live yang Dato Alif buat setiap hari tentang kes ni, memang jelas setiap pembantu rumah Dato Alif diberikan banyak kemudahan dan ganjaran sepanjang bekerja dengan Dato Alif. Tapi kepercayaan dan budi baik Dato Alif disalah gunakan oleh pembantu-pembantu rumahnya apabila ada yang mencuri dan lebih teruk lagi ada pembantu rumahnya yang membawa masuk teman lelaki ke rumahnya untuk bermalam.

Dalam satu video pembantu rumah mengaku mereka tidur sahaja di rumah dan lebih mengejutkan ustaz yang datang untuk ajar anak2 Dato Alif sendiri yang memakaikan pakaian pada anak-anak dato Alif .Macam mana la Dato Alif dan isterinya tak marah.kan??

Disebab kan kes tersebut ada dikalangan netiven yang kecam dan menghina  warga Indonesia.Ada yang kata warga Indonesi ni semuanya jahat-jahat dan tak patut diberi muka.Komen-komen tersebut sedikit sebanyak mencalarkan hati warga Indonesia yang berada di Malaysia dan Indonesia.



Terbaru ada yang mendedahkan bahawa produk Dato Alif akan diboikot di Indonesia kerana kes kecurian yang sedang hangat diperkatakan. Sewaktu Dato Alif mengadakan seisi Live bersama pengikutnya di facebook dia mendapati ada komen yang mengatakan produknya bakal diboikot di Indonesia.

Tapi dengan tenang dia jawab - "Kenapa diboikot?Saya tak buat salah kenapa saya nak takut?Kenapa nak boikot barang saya?"

"Kalau nak boikot sebab sipenyangak tu , sebab nak membela kaum dia, suka hati korang nak boikot pun boikot la.Malas nak layan.Rezeki kita Allah yang tentukan.." - Shahida(Isteri Dato Alif)

Saya rasa itu cuma ugutan manja2 je oleh segelintir warga Indonesia yang tak puas hati dengan dato Alif ni.Sedangkan ramai juga warga Indonesia yang setuju dengan tindakan yang diambil oleh Dato Alif pada bekas2 pembantu rumahnya tu.Ye la..Mana ada orang setuju dengan tindakan mencuri dan tak amanah macam tu..kan??

sekian..


TIPS MUDAH ELAK KAN KETUPAT CEPAT BASI

Assalamualaikum..

tips elak ketupat cepat basi
TIPS MUDAH ELAK KAN KETUPAT CEPAT BASI Raya ni korang masak ketupat tak??
Raya tanpa ketupat memang tak best la..kan??
Hari raya je yang best makan ketupat ni..
hari lain tak syok ..heheh..

Kalau untuk raya dah tentu kita masak ketupat banyak-banyak.. kan??
untuk 2-3 hari punya bekalan.
Ada juga yang masak untuk di bawa pulang bila habis cuti raya nanti.
Sekali masak ketupat mesti 10-20 kilo .
Tapi kena hati-hati dalam menyediakan ketupat ni sebab  takut ketupat jadi basi.

Hari ni saya nak kongsikan
beberapa tips mudah untuk elak kan ketupat jadi basi.

1- Masak ketupat dengan masa yang lama.
Biasanya masa untuk memasak ketupat adalah dalam 4-5 jam.
Jika ketupat dimasak untuk tempoh lama boleh
mengelak kan ketupat basi.
Ini kerana empoh memasak yang lama akan mematikan bakteria
hingga ke bahagian dalam ketupat.
Ketupat juga tidak mudah berair dan lembik.
Pastikan ketika memasak,  ketupat terendam sepenuhnya.

2-Siram dengan air sejuk.
Selepas ketupat siap dimasak siram ketupat dengan air sejuk.
ini supaya segala sisa2 rebusan tidak
melekat pada ketupat yang  boleh menyebabkan ketupat mudah basi.

3-keringkan
Kemudian ketupat mestilah digantung supaya
air yang terdapat pada ketupat mengering dan terkena udara.
Jika tidak ketupat akan berair dan lembik kerana terendam terlalu lama
di dalam air dan boleh menyebabkan ketupat  mudah basi.

Dengan mengikut tips2 diatas ketupat yang
dimasak mampu bertahan selama 4- 5 hari.

selamat Mencuba..

sekian..

Tuesday, 20 June 2017

CARA-CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum...



Cara solat sunat Hari  raya Aidilfitri . Solat Sunat hari Raya Aidilfitri di lakukan pada setiap 1 syawal .Solat sunat ini adalah sunat muakkad iaitu iaitu solat sunat yang digalak kan untuk umat islam.  Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dilakukan pada waktu pagi sejurus selepas matahari terbit .

Apa yang saya tahu solat sunat Aidilfitri ni boleh dilewat2kan.Sebab nak bagi peluang pada umat islam membayar zakat fitrah.Lagipun solat Sunat Aidilfitri ni dari terbit matahari sampai lah sebelum matahari tergelincir.jadi kalau buat lambat2 pun tak pe..Dia berbeza la dengan solat sunat Aidiladha yang perlu disegerakan.

Tahun ni saya nak bawak anak-anak pergi solat sunat Aidilfitri.Tahun sebelum2 ni Mikhail kecik lagi.tak berani nak bawa sebab tak de siapa nak jaga.Tahun ni dia pun dah besar dah janji nak bawak dia jadi boleh la kita pergi solat sunat Aidilfitri kat masjid.

Bagi yang terlupa atau ada yang tak tahu ccara-cara solat sunat Aidilfitri ni, saya kongsikan cara-cara solat Sunat Aidilfitri  :-

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Berikut adalah cara-cara solat Sunat hari Raya Aidilfitri

1- Berdiri tegak dan Takbiratul Ihram beserta niat dalam hati


Niat solat Sunat Aidilfitri 



( Rakaat Pertama)

2- Baca doa Iftitah 


3- Lafaz takbir 7 kali , selang seli dengan bacaan tasbih

Bacaan Tasbih


4- Baca surah Alfatihah



5- Baca surah Al-quran - Afdal membaca surah Al- A'laa



6- Sujud dan rukuk seperti biasa

(Rakaat Kedua)

1- Takbir 5 kali diselang seli kan dengan bacaan tasbih
2- Baca Surah Alfatihah
3- Baca surah Al-Ikhlas
4- Sujud dan Rukuk seperti Biasa
5-Memberi salam
6- Mendengar Khutbah

Cemana ..Faham ke cara-cara yang saya tulis ni?Harap-harap jelas la ye..
Kalau rasa mudah faham dan jelas boleh la korang tolong2 share pada kawan-kawan lain ye..
semoga bermanfaat untuk semua....

sekian..

SAYA NAK ANAK-ANAK SAYA RASA RAYA ITU MENYERONOKKAN.

Assalamualaikum...




Amboih..tak sabaq aih nak raya..kan??Korang jangan pelik pulak bila saya yang tua ni rasa seronok nak raya..Saya ni ada 2 anak yang sentiasa gembira dan ceria. Memang hari2 mood gembira diaorang berdua tu meresap ke jiwa saya ni.hahha

Sepanjang bulan puasa ni hari2 sebelum tidur kami akan bercakap tentang raya.. Nak baju yang macam mana, nak jalan ke mana, nak makan apa, nak duit raya berapa..semua tu kami akan sembang sebelum tidur.Itu salah satu sebab kenapa Maisara , anak saya yang usia 10 tahun tu masih penuh puasanya sebab dia bersemangat nak berpuasa untuk meraikan kemenangan nya nanti.

Anak lelaki saya Mikhail (5) tak kurang semangat nya juga walaupun dia belum faham sepenuhnya tentang puasa.Tapi hari2 saya dan kakak nya bagitau yang orang berpuasa akan lebih rasa seronok bila tiba hari raya.

Perkara biasa la bila ada orang yang dah berusia atau  dah tua2 ni ada yang rasa raya tu biasa2 je.Tak de la seronok macam masa kecik.Tapi saya tetap tunjuk kan teruja nak raya tu pada anak-anak sebab saya nak diaorang rasa benda yang sepatutnya diaorang rasa di waktu kanak-kanak ni.Saya tak mau la disebab umur dah tua saya ni buat rasa raya tu biasa2 je sampaikan anak saya pun rasa benda yang sama..Tak syok..kan??

Pernah dengar kan yang emosi ibu bapa ni mudah sangat mempengaruhi emosi anak2.Kalau mak ayah tak seronok anak2 pun akan rasa tak seronok.Kalau mak ayah kata "ibu dengan ayah rasa raya ni biasa2 je..tak best la macam duku2.." mesti anak2 pun rasa macam tak berapa seronok nak raya.Jadi kalau boleh bagi la anak tu rasa seronok nak raya macam kita kecik2 dulu/.

Nanti dah besar saya tak mau la diaorang kata kat anak2 diaorang.."ala..mama dulu masa kecik2 pun rasa raya tu biasa2 je..tak de la seronok sangat pun.." ..Dah nama pun hari raya, memang hari untuk kita bergembira dan meraikan sesama kita.jadi sama-sama lah kita bergembira ....

Ok korang..harap2nya korang pun rasa seronok nak raya ni..


sekian...




Thursday, 15 June 2017

WARNA TEMA BAJU RAYA 2017

Assalamualaikum...



Sebelum bulan puasa hari tu ada niat nak pakai baju raya yang lama-lama dulu la sebab nak berjimat..Baju lama2 dulu pakai sekali je..Sayang la..kan??

Tapi lepas tengok banyak pulak baju raya cantik-cantik di Lazada Malaysia  rasa macam nak buang je niat suci tu.Hahahha..Banyak sangat baju cantik-cantik di Lazada .Macam mana la tak tergoda..

Warna tema Raya 2017


Untuk tahun ni warna tema Raya 2017 kitaorang adalah BIRU ..Kami ni kalau bab baju raya masing-masing ada pilihan sendiri jadi kalau nak kata ada satu tema je memang tak la..hahahah..Kenapa memilih biru??Sebab Tak pernah lagi ada baju biru.So kita buat tema biru je la tahun ni..

Untuk saya dan suami kami memilih baju kurta dan jubah .kemudian untuk raya kedua saya memilih baju kurung dan suami hanya pakai jeans dan T -shirt.

Pakaian Untuk Hari Raya 2017


Untuk baju raya anak-anak saya beli ikut citarasa anak saya sendiri.Biasa nya sehelai jubah dan sehelai.baju kurung.Kemudian saya akan belikan jeans dan blouse atau t-shirt saja

Begitu jugak dengan anak lelaki saya.saya akan beli ikut citarasa mereka sendiri.biasanya baju melayu dan t-shirt serta seluar.

Semua ni korang boleh dapatkan di Lazada je.tak payah pergi jauh2 bejalan di bulan2 puasa ni..

Pakaian Yang saya nak beli Di Lazada


Saya ada nampak beberapa pakaian  yang kena dengan tema biru saya sekeluarga ni di Lazada.


Saya suka bahagian tangan dia. ada sulaman tu..Jubah ni pun ada saiz sampai XXL..Jadi untuk saiz saya memang tak de masalah kot.Harga nya pun murah je..RM55 sahaja..




Saya tertarik dengan baju kurung rekaan Amar Amran ni.Pertama sebab  warnanya la..saya memang suka warna-warna macam ni..



Tudung pun kena la ada..saya memilih tudung dari Fasha Sandha ni.Sebab dia bukan shawl biasa.Tapi ianya adalah Shawl Semi Instant.Lagipun ada dalam berbagai warna mudah la saya nak pilih yang mana sesuai dengan baju saya nanti..

Marhaban Ya Ramadhan dan Jualan Riang Ria Raya 

Selain dari pakaian dan shawl yang saya tunjuk ni,  di Lazada juga ada bermacam jenama pakaian dari tudung , baju , jubah , telekung dan segalanya yang korang perlukan untuk Hari raya nanti.Boleh la korang dapatkan baju-baju raya di lazada je sebab harga nya berpatutan dan murah-murah je..



Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan jualan Riang Ria Raya menawarkan tawaran potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June depan. Jadi jangan lepas kan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.

Pada blogger korang boleh rebut berbagai hadiah dengan menyertai Ramadhan Raya Blogger Contest ni.Ada banyak hadiah yang disediakan...


sekian...

Tuesday, 13 June 2017

EOPERASI - MODUL OPERASI DATA GURU

Assalamualaikum..

EOperasi adalah sistem pengurusan guru secara online di bawah Modul Pengurusan Guru - eOperasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .Bagaimana sistem ini digunakan akan saya terangkan dalam artikel ini.



Eoperasi adalah sebuah laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk  guru-guru menyimpan dan mengemaskini maklumat berkaitan  perkhidmatan masing-masing termasuk maklumat peribadi guru.Selain dari eOperasi  kerajaan  juga mewujudkan beberapa sistem lain yang boleh diguna pakai bukan sahaja untuk guru malah untuk ibu bapa dan rakyat Malaysia sendiri.Antara sistem yang diwujudkan ialah :-

- SAPS Ibu Bapa - Laman web untuk menyemak markah peperiksaan anak-anak

- APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) - laman web untuk merekod kan data murid seperti kehadiran dan mata pelajaran

- HRMiS - Laman web untuk guru-guru memohon cuti dan menyemak /memohon  pinjaman

- Jawatan Kosong - Laman web yang menyedia kan jawatan kosong kerajaan .

Sistem-sistem ini diwujudkan demi menjadikan perkhidmatan yang lebih baik malah ianya dikemas kini setiap masa .Korang boleh layari laman web diatas ni bila-bila masa sahaja.Jangan lupa kongsikan laman web ini pada rakan-rakan yang lain kerana pasti ianya bermanfaat untuk mereka.



Berbalik kepada  e Operasi , ada beberapa perkara yang perlu korang tahu tentang e Operasi memandangkan masih ramai yang tak tahu terutamanya golongan ibu bapa ni.Bila baca artikel ni sekurang-kurangnya mereka tahu guru-guru ni tugas nya bukan sekadar mengajar saja.Ada banyak lagi perkara lain yang perlu mereka lakukan.

Kenapa guru-guru perlu mengemaskini data mereka di e Operasi? Ianya kerana e Operasi juga dihubungkan dengan sistem lain contohnya seperti eTukar .Jika maklumat yang dikemaskini tidak tepat , proses pertukaran guru juga mungkin akan terjejas Melalui  e Operasi  guru-guru boleh menyemak status permohonan pertukaran melalui Borang Status Kedudukan Guru.

Sistem ni memang memudahkan guru-guru sebab bila buat permohonan ni tak boleh setiap masa nak hubungi KPM semata2 nak tahu status pertukaran.Ini zaman internet segala makluman berita, maklumat permohonan lebih cepat jika menggunakan online sahaja.


Bagi guru-guru yang masih baru dengan e Operasi saya percaya mesti agak takut-takut dan tak berapa faham cara  nak menggunakan sistem ni. Sistem e Operasi di reka dengan ciri-ciri mudah di akses dan difahami.Saya akan terangkan bagaimana untuk log in e Operasi dengan mudah. Apa yang korang perlu buat, mula-mula klik ke laman web ini ------> e Operasi 

Kemudian pilih "Cara Log In e-Operasi" . Ikut arahan yang disediakan

Saya sangat menggalak kan untuk korang masuk ke laman web E-Operasi melalui laman web ini sebab ianya lebih mudah diakses.  Jangan lupa untuk ingat kata laluan dan ID yang korang gunakan semasa mendaftar.Kalau tak ingat boleh klik pada "lupa Kata Laluan " ..Mudah saja..kan??



Sistem e-Operasi  yang di sediakan oleh KPM ni sebenarnya banyak kebaikan nya pada guru-guru dan juga pada pentadbiran. Selain menjimat kan masa ianya juga adalah cara yang bersistematik untuk menentukan kenaikan pangkat guru memandangkan setiap sistem yang di bina ini berhubung kait antara satu sama lain. . Jadi guru-guru kena rajin  mengemaskini maklumat diri guru untuk memudahkan pengurusan di masa akan datang.

Saya harap artikel ini membantu korang untuk faham serba sedikit mengenai eOperasi 2017 ini . Memandangkan masih ramai yang belum mengetahui tentang e-Operasi ini korang boleh la share artikel ni pada kawan-kawan korang .

sekian..

                                                                                                                                         



Saturday, 10 June 2017

TANDA-TANDA DAN PENYEBAB KANSER SERVIK YANG WAJIB KITA TAHU

Assalamualaikum...



Hari ni (10-6-2017) kita dikejutkan dengan kehilangan artis dari seberang iaitu Julia Perez atau Jupe yang dikatakan menderita penyakit kanser servik atau kanser rahim..Setiap wanita yang kerap melakukan hubungan seks dan yang sudah berkahwin wajib menjalani ujian pap smear  bagi mengesan tanda-tanda kanser servik . Kecuali bagi wanita yang telah membuang rahim nya melalui pembedahan . Tapi bagi yang membuang rahim akibat kanser servik , korang tetap kena jalani ujian pap smear ini.



Korang mungkin rasa selama ni tak ada masalah kesihatan yang teruk jadi korang ingat korang bebas dari penyakit ini.Tapi kanser servik ni membunuh dalam diam.Jupe sendiri dia dapat kesan penyakit kanser ni bila kansernya dah di tahap 2. Kemudian tanda- tanda kanser servik jelas dan ianya semakin merebak dan akhirnya Jupe meninggalkan kita buat selamanya.. Innallilahiwainailaihirojiun...

Kajian mengatakan virus HPV adalah penyebab utama kanser rahim. Virus HPV ni ialah virus yang menyebabkan terjadinya bintik-bintik pada kelamin atau dibahagian kulit kita.Bukan semua Virus HPV menyebabkan kanser tapi yang biasa mengakibatkan kanser ni ialah virus HPV 16 dan Virus HPV 18 .


Ada beberapa faktor penyebab kanser servik dikalangan wanita.


1- Hubungan seks diusia muda
2- hubungan seks dengan ramai lelaki
3- Jangkitan kelamin
4- Merokok.
5- Penggunaan ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem imun tubuh seperti ubat yang digunakan untuk pengidap penyakit Autoimmune


Tanda-tanda kanser servik

Penyakit kanser servik ini memang sukar dikesan di peringkat awal . Kebiasaan nya tanda -tanda nya jelas apabila sudah ditahap serius.

Tanda -tanda kanser  Rahim:-

1- Kitaran haid yang tidak teratur.
2- Intermenstrual atau pendarahan yang berlaku di antara tempoh haid.
3- Pendarahan tidak normal selepas melakukan hubungan seks
4- Sakit belakang, sakit kaki, dan sakit pelvis.
5- Mudah lelah.
6- Penurunan berat badan dan hilang selera makan.
7- Bengkak di salah satu kaki.

Penyakit ini boleh  di rawat jika dari awal ianya dapat di kesan .Hanya dengan ujian pap smear sahaja tanda-tanda awal dapat dikesan sebelum ianya ke tahap yang lebih serius dan sukar di rawat. Lakukan ujian pap smear setiap tahun atau selepas anda melahirkan anak.Mencegah lebih baik dari mengubati..


Sekian...

Friday, 9 June 2017

10 REKA BENTUK RUANG TAMU UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI


Hiasan ruang tamu adalah sangat penting, terutama sekali pada musim perayaan dimana ramai sanak saudara dan sahabat handai akan datang ke rumah.


Memandangkan ramai tetamu akan hadir dalam satu masa, sebagai tuan rumah anda haruslah bijak dalam menyusun atur perabot di kawasan ruang tamu. Sofa yang selesa untuk berbual dan ruang yang lapang untuk anda jalan ke sana ke mari adalah sangat penting.

Bagi membantu anda menghias ruang tamu anda dengan lebih baik untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi, lihat kompilasi gambar ruang tamu rumah yang telah direka dan dihias oleh pereka hias dalaman yang sangat kreatif ini.

1. Rumah banglo di Desa Park City ini menggunakan tema serba putih untuk bahagian ruang tamunya. Dinding pemisah bercorak yang ditempah khas diletakkan di bahagian sisi agar kawasan ruang tamu tersebut tampak lebih eksklusif.


Source: Hatch Design

2. Kondominium di Verde, Ara Damansara ini mempunyai pelan rumah jenis terbuka atau open plan, dimana ruang tamu dan ruang makan tidak dipisahkan oleh dinding. Pelan rumah jenis ini sangat sesuai bagi rumah yang kompak.




 3. Ruang tamu rumah banglo di Kajang Country Heights ini tampak sangat eksklusif dengan lampu chandelier yang digantung di tengah-tengah ruang. Set sofa yang disusun dalam bentuk U dan menghadap TV ini sangat sesuai untuk ruang tamu yang besar.




4. Ruang tamu di rumah teres di Bandar Rimbayu, Shah Alam ini menggunakan banyak warna kelabu untuk hiasan dalaman. Wing chair dan sofa empuk dengan corak kain yang berbeza membuatkan ruang tamu ini kelihatan sangat menarik dan selesa. Satu dinding dijadikan feature wall dengan hiasan corak seakan batu bata.


5. Rumah teres di Ara Damansara ini dilengkapkan dengan custom built-in cabinet sebagai pemisah antara ruang tamu dengan ruang makan. Langsir biru-kelabu yang sedondon dengan warna bantal-bantal kecil serta pintu kabinet membuatkan ruang tamu ini nampak sejuk dan selesa


6. Rumah banglo di Presint 11, Putrajaya ini mempunyai ruang tamu yang bertemakan rustic. Ketulan batu kelikir besar diikat di dinding sebagai hiasan feature wall. Jika ruang tamu anda seluas ruang tamu ini, dapatkan khidmat juru hias dalaman untuk memberi idea untuk memenuhkan ruang tamu anda.

Source: Senihomes

7. Ruang tamu yang bertemakan serba putih ini sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang terhad seperti di kondominium di Puchong ini. Sofa bentuk L dengan penyandar rendah akan membuatkan dinding nampak lebih tinggi, dan memberi ilusi kawasan itu lebih luas. 

Source: Hatch Design

8. Ruang tamu ini kelihatan sangat maskulin dengan kombinasi perabot dan hiasan dalaman yang berwarna coklat gelap dan merah. Alang custom yang bersambung dengan tiang dan dijadikan sebagai rak buku membuatkan ruangan ini lebih unik dan istimewa.  

Source: Hatch Design

9. Kondominium di Casa Tropika, Puchong bertemakan moden-kontemporari. Ruang tamu rumah ini berkonsepkan open plan dan dilengkapi dengan sofa tiga tempat duduk sahaja kerana ruang yang sangat terhad. Jika anda mempunyai tetamu yang ramai, sediakan bantal-bantal kecil untuk buat ruangan tersebut nampak lebih selesa walaupun mereka terpaksa duduk di lantai.

Source: Hatch Design

10. Ruang tamu ini menggunakan tema hitam dan putih. Dinding dihiasi dengan panel wainscotting berwarna putih membuatkan ruangan ini nampak eksklusif walaupun kecil.

Adakah anda berasa kagum dengan kepandaian pereka hias dalaman tempatan yang menghias rumah-rumah di atas? Jika anda berminat untuk memberikan sentuhan profesional pada ruang tamu anda, layari Recommend.my.

Recommend.my mempunyai lebih 7000 penyedia khidmat profesional di seluruh Malaysia yang sedia untuk membantu anda!

Hiasan ruang tamu adalah sangat penting, terutama sekali pada musim perayaan dimana
ramai sanak saudara dan sahabat handai akan datang ke rumah.
Memandangkan ramai tetamu akan hadir dalam satu masa, sebagai tuan rumah anda
haruslah bijak dalam menyusun atur perabot di kawasan ruang tamu. Sofa yang selesa
untuk berbual dan ruang yang lapang untuk anda jalan ke sana ke mari adalah sangat
penting.
Bagi membantu anda menghias ruang tamu anda dengan lebih baik untuk Hari Raya Aidilfitri
yang akan menjelma tak lama lagi, lihat kompilasi gambar ruang tamu rumah yang telah
direka dan dihias oleh pereka hias dalaman yang sangat kreatif 

Thursday, 8 June 2017

"Al-QURAN YOU SIAPA TULIS? BUKAN TUHAN TULIS..KAN?? " - PEKERJA KLINIK VETERINAR PERSENDA AL QURAN

Assalamualaikum...

Golongan tidak menghormati agama orang lain memang ada di mana-mana saja.Walaupun dalam negara kita ni ada berbilang kaum dan agama sejak dari dulu lagi tapi golongan yang tidak menghormati agama orang lain ni tetap wujud dan semakin ramai.Golongan ni suka mempertikaikan agama orang lain dengan terbuka tanpa mempedulikan sensitiviti dan perasaan orang sekeliling.




Saya ada terbaca satu pengalaman seorang wanita yang menceritakan kejadian disebuah Klinik Veterinar di Subang Jaya , Selangor , berdepan dengan pekerja di klinik tersebut yang mempertikaikan tindakan anak wanita tersebut yang lari ketakutan apabila didekati beberapa anak anjing didalam klinik itu.
Namun apa yang dikesalkan adalah kata-kata oleh pekerja premis itu yang yakin mengatakan Al-quran ditulis oleh manusia..

Ini bukan Lion..Kenapa kena takut?

Ini bukan status perkauman racist what so ever.
Sekadar berkongsi pengalaman dan situasi.
Saya telah ke Klinik Veterinar berdekatan untuk rawatan grooming Kucing.
Maka nya ada lah bermacam jenis haiwan lain di situ.

Tiba-tiba....

Aina berlari ketakutan kerana ada beberapa ekor anak anjing bertempiaran lari di dalam klinik.
Kata salah seorang pekerja di situ

"Aiya Adik... ini bukan tiger or lion. Kenapa kena takut? Anjing kan makhluk Tuhan juga"
Saya sampuk

"Oh dia bukan takut kerana itu Kak. Tapi Agama kami perlukan kami laksanakan cleaning Samak once tersentuh"

Ok jawapan yang ni saya agak terkejut dan tergamam...

Ramai orang Islam datang bawak anjing..


"Ala.. ramai je orang Islam pakai tudung datang sini bawak anjing. Ada orang Arab juga our customer bawak anjing. Tak menjadi masalah lah."

Saya jawab dengan penuh senyuman...

"Yer.. memang you boleh pegang, tapi kalau boleh avoid tu better rather than u hav to go thru the cleaning proses what so ever. Agama Islam sudah ajar macam tu"


Al-quran bukan tuhan tulis..kan?

Jawapan paling menguji puasa...

"Al-Quran you siapa tulis?? Bukan Tuhan tulis..kan?? Manusia tulis! So boleh tukar lah.. Sekarang zaman dah moden you have to go with the flow lah... God also love animals"

Saya diam.

Tak ada guna nak bertekak dengan orang yang mungkin free thinker ni.
Sabar.... bulan Ramadhan ni.

Sepatutnya..

Haiwan-haiwan tersebut di ikat atau di letak dalam bekas yang sesuai supaya tidak mengganggu customer yang berbilang kaum dan agama.

Tolong Respect!



 Kata-kata pekerja klinik tersebut seolah-oleh mempersendakan alquran .Seolah-olah Alquran itu hanya rekaan manusia sahaja.Tambahan pulak ianya berkaitan agama orang lain.Dah tentu dia pun tak tahu apa2 tentang agama islam. Jadi sepatutnya dia tak perlu mengeluarkan kata-kata seperti itu.

Mujur la wanita ni tak berbalas-balas cakap dengan pekerja klinik ni.Kalau tidak memang jadi pertengkaran pulak.

Saya nak nasihatkan pada orang-orang islam yang membaca ni , kita jadikan ni sebagai pengajaran . Orang agama lain susah nak faham agama kita. Kenapa?? Sebab kebanyakan dari kita ni nama je Islam.Tapi gaya hidup tak macam Islam pun.Sebab tu mereka dengan mudah buat kesimpulan agama islam ni macam tu dan macam ni.

Nak bawak anjing kemana-mana pakai lah sarung tangan.Jangan la senang2 je nak pegang anjing . Bila orang bukan islam tengok diaorang akan rasa , orang islam yang CEREWET nak pegang anjing tu semata-mata sebab mengada-ngada je.Sebab sebelum ni diaorang nampak orang islam lain pegang tak pe pulak..kan??

Ni nanti ada la lanun2 yang komen, "pegang kekasih tak pe pulak.." ..Itu pun satu contoh kenapa orang bukan islam anggap orang yang tak mau pegang anjing hanya sebab dia mengada-ngada...

sekian..