UNIC JUARA GEMA GEGAR VAGANZA MUSIM PERTAMA

Assalamualaikum...



Tahniah untuk unic yang dinobatkan sebagai juara Gema gegar Vaganza musim pertama.
UNIC  menewaskan 5 peserta lain mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai rm100000 dan trofi .

Tempat kedua Hijjaz memenangi  hadiah wang tunai rm30000 dan trofi.
Tempat ke tiga - Mirwana  membawa pulang wang tunai rm20000 dan trofi
Tempat Ke empat -  Azmi dengan hadiah rm15000 dan trofi .
Tempat kelima - Hafiz Hamidun membawa pulang wang tunai Rm10000 dan trofi .
Tempat ke enam - Saujana memenangi wang tunai Rm5000.

Anugerah Gema Terindah (Gempak Gempur) pulak dimenangi oleh Azmi .Membawa pulang wang tunai RM15000 untuk disumbangkan ke rumah kebajikan terpilih.

Anugerah Pilihan Penonton pula dimenangi oleh Hijjaz  membawa pulang Rm5000.

Jom kita layan gambar dulu dan kemudian saya ada review sikit persembahan konsert Akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama ni..

















Sumber gambar: Instagram Nasyidkini

______________________
Malam ni berlansungnya Konsert Akhir Gema gegar Vaganza musim pertama. 6 Peserta yang merebut gelaran juara Gema Gegar Vaganza bakal membuat persembahan pada malam ini.Saya paling tertunggu-tunggu persembahan Hijjaz dan UNIC memandangkan 2 peserta ini sering menampilkan persembahan yang menarik.Tapi kalau berdasarkan vokal nyanyian saya tunggu persembahan dari Mirwana.

Untuk Minggu akhir ni ada kelainan sikit bila Juri Oki Satiana Dewi menyampaikan lagu Bila Cinta Bertasbih bersama Siti Nurdiana.Cantik sungguh baju Oki dan Siti Nurdiana.Macam princess...Nyanyian diaorang pun best la..masing2 suara sedap.

Sampai je part Achey berduet  dengan Fikri lagu "Assalamualaikum" memang berdebar je rasa sebab diaorang ni kalau menyanyi asal keluar suara je.Selalunya ada Siti Nurdiana tolong tunjuk kan jalan yang lurus tapi kali ni kena nyanyi berdua je..Nampak la Fikri tu macam mengelabah sikit..ahahahha..Juri jemputan minggu ni Dato Siti Nurhaliza..Apasal saya nampak Siti macam dah gemuk macam saya je..hahahah..

Persembahan pertama menampilkan kumpulan Mirwana.Untuk persembahan pertama ni bagi saya persembahan mereka biasa saja.Tapi vokal mereka tetap mantap  macam selalu.Penuh pentas diaorang bawak geng.Tapi best la cara lagu ni di bawa..Masyaallah..mendayu2 je suara diaorang ni mendendangkan lagu ya Rasullullah...rasa sebak dan sayu mengenangkan Rasullullah s.aw.

Persembahan kedua dari Azmi.Beliau mendendangkan lagu Damai yang Hilang .Awalnya ada lakonan dengan sorang budak kecil tu..Comelnya budak.Persembahan Azmi minggu ni macam kurang sikit la.Vokalnya pun tak macam selalu.Mungkin dia rasa tertekan sikit la minggu akhir ni.

Untuk persembahan Saujana mereka mendapat pujian dari Dato Siti,.Katanya persembahan yang kreatif.Bagi saya memang kreatif tapi macam lambat je..boring je..Nyanyian pun slow .Awalnya Saya agak mungkin diaorang akan ubah sikit supaya lagu ni ada kelainan supaya  sesuai untuk dibawa keatas pentas tapi menghampakan..Lagu entah apa tajuk nya..Sorry la saya pun tak tau tajuk lagu ni.Minggu lepas masa pengumuman lagu saujana tenggelam sikit dengan suara Achey yang kuat menjerit.ahahhaah

Hafiz mendendangkan lagu Nurkasih untuk persembahan pertama minggu ni.Best la lagu ni dia ubah sikit awalnya tu.Ini lagu kegemaran ramai tau..lagu masa saya muda mudi dulu..Awal2 tu ada monolog sikit.Menyentuh jiwa tau.best..terbaik persembahan Hafiz untuk minggu akhir ni.

Minggu Final Hijjaz beruntung diberi peluang menyanyikan lagu sendiri. Lagu Fatamorgana ni siapa la yang tak tahu.??memang antara lagu popular kumpulan Hijjaz...Tapi saya agak kecewa sikit la dengan cameraman ni..dia tak fokus pun pada persembahan kat belakang tu.Fokus pada Hijjaz je..Rugi la diaorang dah setup persembahan sikit punya ramai kat belakang tapi kami kat rumah tak puas tengok.Sedih la..

Unic juga diberi peluang menyanyikan lagu sendiri untuk minggu final ni.Lagu Ainul Mardiah ni mereka nyanyikan dengan baik sekali.Saya suka persembahan diaorang ni lagi2 diaorang ni jenis selamba je..Tiga-tiga kelakar..hahahha.Bila time buat persembahan diaorang buat betul2.Bila berbual memang asyik ketawa je..itu yang best nya diaorang ni.Persembahan lagu Ainul Mardiah ni juga buat dato Siti Nurhaliza sebak dan mengalirkan air mata.

Persembahan kedua Hafiz dan Azmi mendendangkan lagu "Aku Maafkan kamu" memang best.Lagi2 bila tengok diaorang kena Rap..best dengar Azmi rap.Selalu dia cakap susah nak hafal tapi boleh juga dia buat.kagum la..Makcik yang celik ni pun nak hafal apa2 mana cukup seminggu..hahhahhaha...Ramai yang "wow.." kat Azmi masa dia rap.Siap dapat standing ovation dari penonton lagi persembahan hafiz dan Azmi ni.Juri pun puji persembahan battle pertama ni.

Battle kedua pulak ialah UNIC dan Saujana yang mendendangkan lagu "Kalah Dalam Menang". Diaorang pun kena rap juga ni. Setuju dengan Oki dan Dato Siti susah nak bandingkan Saiujana dengan UNIC sebab diaorang ni sama comel kot bila mentanyi rap..hahaha..Korang kena tengok ulangan nya nnati tau..Mencuit hati jugak la...

Battle ketiga antara Hijjaz dan Mirwana.Ramai yang tunggu-tunggu persembahan ni sebab ini Hijjaz dan Mirwana ada satu level yang sama .Kedua-dua nya dijangka akan menjadi juara.Persembahan diaorang untuk lagu "Alhamdullillah" ni saya rasa paling best la untuk malam ni.Lagi2 tengok Mirwana ni agresif sikit diaorang kat atas pentas.Memang macam penyanyi rap profesional .Sekali keluar pakcil2 hijjaz  rap habis berdiri semua penonton.Mau tak terkejut tengok ustaz  rap..hahhaha.

sekian...

Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
21 May 2017 at 23:42 ×

Tahniah UNIC.. memamng patut layak menang sebab persembahan lain dari lain..

Reply
avatar
22 May 2017 at 05:35 ×

waa.. cantiknya mbak oki !!!!!

Reply
avatar
22 May 2017 at 10:19 ×

tahniah unic...akk suka hijjaz..tp xd rezeki dorang jadi juara..:-(

Reply
avatar
22 May 2017 at 12:38 ×

seronok dgr hijjaz rap ngn baju melayu.... sempoi je...
kalau depa tk lupe lirik msti blh menang kot...

tp semua best... lagu2 yg sedap di dengar

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me