TARACOCOA - MINUMAN NUTRISI KOKO KOLAGEN TERBAIK

Assalamualaikum..

Pada dasarnya semua wanita dilahirkan dengan kecantikan.Setiap wanita kecantikan nya berbeza.Cuma mampu ke tidak kita nak kekalkan kecantikan kita ni?Kain yang mahal pun boleh jadi lusuh dan reput kalau tak di jaga  inikan pulak kita manusia . Tapi kalau kain tu dijaga dengan baik, terlindung dari cahaya matahari , cara basuh nya betul, memang boleh tahan berpuluh-puluh tahun jugak tau. Sama juga dengan diri kita ni, kalau kita jaga dengan baik dan beri apa yang diperlukan oleh tubuh badan kita tak mustahil umur dah lebih 50 tahun masih nampak cantik kuat dan sihat.Cara paling mudah umtuk mengekal dan membaik pulih badan kita ialah dengan mengambil Kolagen setiap hari.

Taracocoa - minuman nutrisi koko kolagen terbaik 



Korang pernah dengar tentang Kolagen Peptida Ikan.  Kolagen Peptida ni terdapat dalam ikan patin dan ianya  adalah salah satu bahan yang  tinggi khasiatnya dan kalau kita ambil setiap hari banyak manfaatnya untuk kesihatan kita.. Kolagen ni korang boleh dapatkan dalam produk minuman Kolagen Taracocoa  . Dari namanya pun dah tahu tentu lah Kolagen ni rasa Koko yang sangat sedap .Ianya dalam bentuk serbuk.

Selain  kolagen Peptida ikan , kandungan lain yang ada dalam minuman Taracocoa ni ialah susu kambing, coco,serbuk madu  dan ekstrak Malta . .Bila bahan-bahan ni bergabung memang rasanya sangat sedap tau.Ada rasa coco , manis-manis dan masin sikit.

Kalau di lihat pada kandungan Minuman Taracocoa ni , tak ada bahan yang merbahaya jadi adik2 remaja tu pun boleh la minum juga dan ambil taracocoa. Biasala budak2 sekolah banyak sangat terdedah kat luar tu.dengan panas, peluh, makan pulak main bedal je..Bila ambil Taracocoa setiap hari kulit cantik badan pun sihat..

Cara Minum Taracocoa Collagen


Cara pengambilan Taracocoa ni korang kena bancuh dengan air.Setengah scop untuk 200ml air.Nak lebih setengah scop pun boleh.Minum 2 kali sehari.Nak cepat cantik, sihat dan kuat boleh amalkan lebih kerap.Cuma lebih kerap ambil kolagen ni korang kena lebih kerap la minum air kosong.Kolagen apa pun kalau korang tak amalkan minum air kosong memang lambat la kesan nya..Rugi la beli kolagen tapi tak nampak hasil..kan??



Tapi kalau nak ikut cara saya makan lagi senang.Cedok letak atas piring lepas tu ratah.Jangan kan 2 kali sehari sejam sekali pun saya sanggup makan..sebab sedap sangat collagen ni . ..Boleh makan saja macam tu je tau.Jangan menyembur sudah la..Tapi bila dia masuk mulut terus cair ..Jangan pulak tunjuk perangai ni pada anak2 sebab nanti diaorang pun nak juga kolagen ni.Saya makan ratah gini anak-anak asyik tanya ibu makan apa.."makan ubat.." padahal kalau diarang tahu ibu diaorang ratah collagen sedap , mau 1 bekas ni sehari je dah habis.hahahah

Bekas Taracocoa ni jangan dibiarkan terbuka lama. Kena sentiasa tutup dan letakkan kat tempat sejuk atau suhu bilik.Kalau letak tempat panas atau biar terdedah dia jadi keras.



Kebaikan minum Taracocoa

Selalunya kalau ambil kolagen mesti tujuan nya sebab nak cantik.Kalau semata-mata untuk cantik je, bersolek pun boleh buat cantik..kan??Ada banyak kebaikan minum Taracocoa Collagen ni . Ianya untuk menguatkan tulang kita, mempercepatkan penyembuhan luka, melambatkan proses penuaan, dan juga sebagai antibekteria.

Korang ada masalah kulit berjerawat, tumit kaki pecah, masalah berat badan berlebihan , kulit kusam, badan selalu letih, sakit sendi, kulit gelap, rambut gugur dan mcam2 lagi di galak kan untuk ambil Taracocoa ni..Saya baru try 3 hari..dalam masa 3 hari tu entah berapa kali dah saya makan Taracocoa ni..Untuk wanita yang menghampiri usia 40an dah tentu risau akan kesihatan dan kecantikan diri .Sebab tu saya selalu ambil minuman kolagen ni.

Kesan pengambilan produk Taracocoa mungkin berbeza pada setiap orang.



Harga minuman Kolagen Taracocoa

Untuk minuman kesihatan yang mengandungi kolagen saya rasa harga produk Taracocoa masih lagi murah dan mampu milik.Untuk 1 bekas Taracocoa harga dipasaran ialah RM80. Produk ni ada sijil halal dan dikilangkan di Malaysia . Sijil halal ni diberi bukan saja berdasarkan bahan yang digunakan tapi juga kilang yang bersih dan pelbagai aspek lain.Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan produk ini.

No SSM - (002588941-K)




Kelebihan Taracocoa Ketika Puasa

Untuk korang yang nak cantik di hari raya nanti, bulan puasa ni elok la amalkan Taracocoa Kolagen.Macam saya sendiri bila bersahur memang tak makan nasik.Saya makan oat..Kadang2 boring je bila oat tu rasa kosong.Apa yang saya buat, saya tambah kan 1/2 cup Taracocoa ke dalam oat ..kemudian minum ..Dari rasa oat yang biasa-biasa terus rasa sedap..Makan oat dengan Taracocoa ni memang buat perut tahan lapar seharian..Memang tak rasa Lapar..

Bagi yang biasa makan nasik ,sebelum makan sahur tu, bangun je terus bancuh Taracocoa tau..minum Taracocoa dulu kemudian baru la makan nasik..Taracocoa ni mengurangkan selera makan juga.nanti awak makan nasik pun sikit je sebab perut dah kenyang..Baru lah raya nanti badan ramping...hahah

Ini juga persediaan  nak menyambut raya nanti.Maklum la raya nanti nak jumpa ramai kawan-kawan dan saudara mara..Mesti lah kita nak kulit kita cantik dan yang paling penting raya nanti kita bukan je cantik tapi juga sihat...kan??

Kelebihan Taracocoa di Bulan Puasa 

1. Daya tahan kelaparan di hari puasa
2. Dapat mengembalikan berat badan ketika berpuasa
3. Dapat mengajalkan kulit dan juga memeprkuatkan tulang 
Dan yang paling penting,  kelihatan cantik bergaya dan sihat ketika Syawal


Jom dapatkan Taracocoa..

Instagram Taracocoa  - Tararataventures

Sekian..

Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment