SHOPPING BARANG MURAH DARI CHINA DI SGSHOP

Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya dapat peluang shopping barang murah dari China di SGshop.Seronok sangat sebab dah la nak dekat raya ni.Dapat juga jimatkan belanja shopping.



Bagi yang belum tahu apa benda la SGshop ni , ianya adalah satu portal membeli belah online  yang menjual barangan dengan harga murah .Sgshop adalah syarikat tempatan .Sgshop ni kiranya macam orang tengah antara pelanggan dan syarikat membeli belah online yang dikenali sebagai Taobao.Pernah dengar kan?Tapi Taoboa tu kita memang susah la nak beli kat situ sebab 100% bahasa Cina.mana la kita paham jadi melalui SGshop kita dapat beli barang di Taoboa.faham ke tidak?

Cara-cara mendaftar di SGshop


Sebelum membeli belah di Sgshop korang kena daftar dulu.Nak daftar ni senang je..Boleh jugak guna phone saja.

Pertama sekali korang kena pergi ke sgshop.com.my.



Klik Register.

1- Isikan email
2- Masuk akn username yang korang nak
3- Masuk kan pasword
4- Masuk kan Phone no.
5- Klik pada send code
 Code no akan di hantar menggunakan sms  phone korang


5-masuk kan code no yang diberi pada ruang yang disediakan ..
6- tick pada ruangan "... I have read and accept theTerms of Use and Privacy Policy.."
7-Klik pada Register

Bila korang dapat email pengesahan dan korang dah sah kan dengan klik link yang diberi itu bermakna korang dah boleh mula shopping.

Cara-cara guna shoping credit sgshop

Kita bayangkan yang dalam akaun sgshop korang dah ada credit shopping rm100.- Ini contoh je,

 Beli kat SGshop ni korang akan dikenakan 2 kali pembayaran.mula-mula korang kena bayar kos penghantaran dari penjual ke gudang SGshop.

Kemudian pembayaran kedua , korang bayar untuk kos penghantaran dari SGshop ke rumah kita.

Tapi ada tips yang korang boleh guna untuk elak kan korang bayar kos penghantaran ke gudang SGshop tu.Korang pilih barangan yang kos Domestic Shipping nya di tanda dengan amount 00.00 .tengok kat gambar bawah ni..



Nampak tak yang saya tanda tu..?Dia tulis RM00.00..maknanya nanti korang beli barang cuma bayar kos penghantaran ke rumah korang je la..Jimat kan??

Tak la korang kena bayar 2 kali..bayar sekali je..suka tak tips ni??hahahah..

Cara pembayaran nya pulak...

Bila korang dah pilih apa barang yang korang nak .Korang pergi kat My chart dan klik View Chart.nanti keluar la senarai barang apa yang korang dah pilih..Pilih cara cara pembayaran yang korang nak dan masuk kan alamat korang.

credit shopping yang ada dalam akaun korang tu lah yang digunakan untuk semua pembayaran atas pembelian yang korang buat.Mudah saja..

Bila setiap barangan yang korang order tu sampai di gudang Sgshop, korang akan dapat pesanan ringkas sms atau email untuk bagitau yang barang korang dah sampai.kalau 10 barang korang beli 10 email dan sms la yang korang dapat.jadi status barang tu tak la buat korang tertanya-tanya. 


Bagi yang belum ada shopping credit korang boleh topup credit shopping korang .Korang klik je bahagian username korang.Sebelah tu ada logout.pi ke anak panah kecil tu klik pada My account.kemudian kat belah kiri akan keluar beberpaa option dan korang pilih topup.(rujuk gambar atas)


Jadi macam tu la serba sikit cara shopping di SGshop.Tunggu entry kedua saya nanti untuk saya cerita tentang barang2 yang saya beli dan cara semak status barangan yang kita dah order.Bila entah barang saya nak sampai ni.??.tak sabar2 tau..padahal bukan beli barang sendiri pun..Banyak beli barang anak-anak je.hehehe..

sekian...


Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
28 May 2017 at 15:45 ×

memang mudah sgt sghop nie...raya sakan!

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me