Skip to main content

SHAWL PALING SENANG DIBENTUK: SPARKLING DIAMOND SHAWL BY ZHAFRA

Assalamualaikum...



Setiap kali nak keluar saya akan pilih shawl yang paling senang dibentuk.Semalam bersiap-siap  nak keluar saya capai la Sparkling Diamond Shawl ni.Tengok kat video di facebook macam shawl ni mudah dipakai.so kita try la.

Saya memang tak pernah pakai Shawl hitam.Ni percubaan pertama saya.Warna hitam memang warna yang saya kurang gemar.Dah lama jugak tak kenakan Shawl warna hitam.Risau juga kalau tak sesuai dengan wajah saya.Tapi Alhamdulillah saya suka dengan shawl ni sebab fabrik nya tu bukan hitam biasa. Shawl ada shimer pada fabrik nya dan itu  yang buat wajah kita tak kelam disebab kan warnanya tu.



Selesai bab warna hitam tu , lepas tu fikirkan yang  jenama Zhafra ni pun saya tak pernah pakai."Entah boleh bersiap cepat ke tidak ." itu lah yang saya fikir sebab selalunya kalau pakai shawl baru ni nak bentuk kan nya tu ambil masa 10 minit.Nak dapatkan keserasian dengan shawl pun kena ambik masa tau..hahahah.kalau tak de keserasian, dalam kereta pun tak habis lagi belek tudung.

Tapi buat penat je saya bersiap lebih awal dari suami saya..Tak sampai 1 minit dah siap pakai shawl Zhafra ni .Magic juga shawl ni padahal ini bukan instant shawl tau.Ni shawl biasa je. Shawl mudah dipakai , shawl yang simple ,shawl labuh menutup dada , dan yang paling saya suka sekali shawl ada diamond di hujung nya.

Balik je Maisara dari sekolah saya suruh dia try pulak.Oleh sebab Shawl  mudah dibentuk mungkin Maisara tak ada masalah nak memakai nya.Dan tepat sekali.Dia boleh pakai Shawl ni dengan cepat.

Penuh taburan diamond...


Shawl mudah dibentuk sesuai untuk yang baru nak belajar pakai shawl

Sparkling Diamond Shawl ni di buat menggunakan fabrik yang sangat selesa di pakai. Fabrik ni tak panas walaupun di pakai seharian dan shawl tidak jarang. Kilauan pada shawl membuatkan shawl ni sangat istimewa pada si pemakai nya.Untuk yang pertama kali nak belajar pakai shawl , ini adalah pilihan terbaik.Korang boleh hadiahkan pada anak-anak gadis korang atau adik-adik yang baru nak belajar pakai shawl.

Walaupun ada shimmer pada fabrik shawl tapi shawl ni sangat sesuai untuk dipakai pada waktu siang atau pun malam.Malah kalau kena cahaya shawl ni akan membuatkan ianya nampak berkilau dan lebih cantik lagi.Kalau nak pakai shawl di hari raya , ini adalah shawl terbaik yang akan saya cadangkan.

Maklum je la bila raya ni seharian kita duduk di luar.Kita mesti tak selesa kalau pakai shawl yang tebal.Kemudian nak gosok pun senang . Kalau nak packing dalam bag pun dia tak mudah berkedut.Korang iron siap2 lepas tu lipat cantik2 masuk kan je dalam bag.Nanti korang buka shawl tu pun dia masih lagi tak berkedut.

klau korang nak juga shawl ni boleh ke Facebook page Zhafra atau 
whatsapp di no :0172666154

Sekian..




Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …