SAPS IBU BAPA - SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MELALUI ONLINE

Assalamualaikum..

SAPS ibu bapa sangat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak dari darjah 1 hingga tingkatan 5  kerana ianya memudahkan keputusan peperiksaan anak anda di semak dengan lebih cepat dan tepat.Bagi anda yang mempunyai anak seawal 7 tahun mungkin SAPS ibu bapa masih baru untuk anda.



SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang merupakan inisiatif dari Kementerian Pelajaran Malaysia  bertujuan untuk memudahkan penyimpanan data sistem pendidikan dan taraf pendidikan di negara ini sekaligus memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak hanya melalui online.


Dengan adanya SAP Ibubapa ini,  prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak dapat di pantau secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Berdasarkan keputusan tersebut boleh lah ibu bapa mengetahui kelemahan dan   berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak. .Maklumlah sekarang zaman internet yang memerlukan maklumat dan penyampaian berita lebih cepat dan tepat.

Bagi ibu bapa yang masih belum menggunakan SAPS ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan mungkin anda belum tahu dan masih ragu-ragu untuk menggunakan sistem ini.Ianya semudah ABC , percuma dan laman web ini sangat mudah untuk di akses.Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak anda melalui sistem SAPS ibu bapa:

Untuk anda yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak anda secara online sila klik di sini -: SAPS ibu bapa


Laman web ini mudah diakses dan anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan untuk anda memeriksa keputusan peperiksaan anak anda melalui SAPS NKRA ibu bapa . Jika anda  mempunyai anak-anak yang telah menghadapi  peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM juga boleh menyemak keputusan di SAPS NKRA ibu bapa.

Maklumat keputusan peperiksaan ini sentiasa kekal di dalam SAPS ibu bapa walaupun tahun bersilih ganti.Jadi anda dapat memeriksa peningkatan pencapaian akademi anak anda setiap tahun dan membandimgkan nya .Gunakan kelebihan yang ada ini sebaik -baiknya bagi memastikan anak-anak anda menjadi pelajar yang cemerlang.Kalau 15-10 tahun lalau mungkin anda merasakan kekangan masa membuatkan anada sukar memberi tumpuan pada akademik anak-anak namun dengan adanya SAPS ibu bapa ini segalanya memudahkan anda dan masa bukan lagi penghalang nya.



Diharapkan artikel ini dapat membantu ramai ibu bapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka  pada bila-bila masa sahaja.Anda boleh share artikel ini untuk rujukan ibu bapa lain supaya mereka juga tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017.

sekian..

Previous
Next Post »

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment