RODA FERRIS PALING BESAR DI DUNIA BAKAL DI BUKA DI SHANDONG CHINA

Assalamualaikum...

Saya tak pernah naik roda Ferris..Dan rasanya memang tak kan cuba naik.Errgghhh..Takut .Korang berani tak??pernah naik?Bagi yang suka naik roda Ferris mungkin roda Ferris yang satu ni akan benar-benar mencabar rasa takut korang.


Nak tahu sejarah asal roda Ferris ni?? Pada tahun 1893, George Washington Gale Ferris Jr melancarkan roda Ferris yang pertama di dunia  yang memukau ramai pengunjung di  Ekspo Columbia Dunia di Chicago. Sekarang sudah lebih daripada 120 tahun berlalu, China telah memutuskan untuk mencipta semula roda Ferris.

Kerja-kerja pembinaan kini sudah siap dan  lengkap  dan dikatakan roda Ferris ini adalah yang tertinggi dan terbesar di dunia. Ketinggian nya mencecah 145 meter di atas Sungai Bailang di Weifang, wilayah Shandong.Menariknya roda Ferris ini tidak berputar seperti roda tetapi hanya gerabak nya sahaja yang  bergerak diatas rel .1  putaran penuh mengambil masa 30 minit.


Roda Ferris ni juga dibina diatas jambatan dengan dikelilingi pemandangan yang indah.Siapa yang naik tu bukan saja boleh mencabar rasa takut tapi juga boleh melihat keindahan sekitar bandar Weifang,Shandong.Setiap satu gerabak mampu menampung 10 orang dan terdapat 36 gerabak diatas roda Ferris ini.

Tambah menarik lagi di dalam gerabak juga disediakan televisyen dan Wifi..Ini supaya korang boleh mengambil gambar di atas roda ferris dan terus menghantar kepada kenalan korang.Roda Ferris ini akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Boleh la siapa2 yang nak ke China pastikan korang melawat bandar Weifang dan merasa keseronokan menaiki roda Ferris .

sekian,
Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
paridah
admin
20 May 2017 at 11:25 ×

HMM SEGALA KEMEGAHAN DUNIA ADA DI CHINA YA

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me