RESEPI RENDANG AYAM PALING SEDAP

Assalamualaikum..




Rendang Ayam ni memang makanan kegemaran saya seisi keluarga.Memang sehari dalam seminggu mesti ada masak rendang ayam. Tapi rendang ayam saya ni kami makan dengan nasik je.Anak2 dan suami saya tak makan nasi impit atau pulut kuning tu.Tak berapa suka.Jadi makan rendang Ayam dengan nasi pun dah boleh habis satu periuk nasi.Nampak sangat rendang ayam saya ni memang sedap ..kan??sebab itu saya berani jamin ini Rendang Ayam paling Sedap..hokayyy!!hahha

Ada kenalan saya di Indonesia yang kata mereka pun ada rendang mereka sendiri.Rendang Indonesia biasanya dimasak dengan daging,.Ada juga yang guna ayam tapi kebanyakan nya akan masak guna daging lembu.Suami saya mesti suka sebab dia memang penggemar daging.Tapi hari ni saya bagi resepi Rendang Malaysia je la.Tunggu kenalan saya bagi resepi Rendang Daging dari Indonesia nanti baru saya cuba dan share resepinya dengan korang.

Satu sebab kenapa saya suka masak rendang ni ialah rendang ayam ni tahan lama.Kalau bulan puasa korang boleh masak banyak dan simpan dalam peti sejuk.kat bahagian sejuk beku tu.Bila nak makan panas kan je.Nak simpan sebulan pun boleh.Tapi masa memasak tu kena lama2 dalam 2 jam sebab kita nak bagi bahan2 tu cukup masak.Dia punya bahan2 yang kita kisar jadi pes tu pun korang boleh simpan dalam sejuk beku.Nak guna baru lah keluarkan.Memask ni kena kreatif.Kalau tidak memang letih la nak memasak hari2 nak kena kisar cili, hari2 nak potong bawang , halia bagai..kan??

Resepi rendang Ayam ni saya dah pernah kongsi kan di blog ni.Jadi ni kita ulang tayang resepi je la..Cuma gambar nya saja yang masih segar dari dapur. dan tak de daun kunyit.Daun kunyit kena letak tau.Baru la sedap bau dia tu.Saya tak letak sebab anak2 tak suka warna hijau .hahahha

Resepi Rendang Ayam Paling Sedap:



Bahan-bahan membuat Rendang Ayam paling sedap


1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )

 1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula

Bahan yang dikisar bersama:-

10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai.( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup



Cara-cara memasak Rendang Ayam paling sedap


* Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.

* -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.

* masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula

* buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya...

* hiris daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..gaul sebati..


Kalau korang suka rendang yang kering boleh masak lama sikit.Tapi kalau suka yang ada kuah lebihkan sikit santan dan air selepas pecah minyak .kemudian masak lagi sampai mendidih dan kuah sedikit pekat..Dah siap boleh la jamu kawan2.Rendang saya ni tak pakai minyak.Sebab kita dah pakai kerisik dan  santan . Kalau tak de santan cair guna yang serbuk tu pun boleh..sedap jugak..jangan bagi alasan bahan tak de la apa untuk buat kita tak dapat makan sedap.hehehe..

selamat mencuba ye...
Previous
Next Post »

6 komen disini

Click here for komen disini
18 May 2017 at 15:07 ×

wow sedapnyaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
ArELeEz
admin
18 May 2017 at 15:32 ×

rendang ayam, sodap. rendang daging pun sodap. xsabornye nak raye. syiok memanjakn perut. he3..

Reply
avatar
18 May 2017 at 16:08 ×

simple n mmg nmpak sedap n menyelerakan

Reply
avatar
19 May 2017 at 10:17 ×

aisey... raya ni hampir mesti ibu_suri suruh saya masakkan rendang ayam. boleh la ikut resipi ni...

Reply
avatar
E'in
admin
19 May 2017 at 15:57 ×

e'in tak penah masak rendang.. boleh cube laa nanti..

Reply
avatar
30 August 2017 at 13:03 ×

👍👍👍👍 sedap mkn rendang ... x kira raya @ x raya pun blh..😊
Jom jana income dgn hphone saja. Modal rendah. Gaji beebaloi baloi. Baca saja sampai habis. . Jfn skip satu pun. X paham wasap saya.
017-436 3649
www.gajimasyuk
Com/user/aisah

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment