RESEPI KARI TELUR PALING SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Kari telur atau kat belah utaara ni kami panggil Gulai teloq memang ada peminatnya yang tersendiri.Saya pun suka kari telur tapi mesti nak ada ikan goreng.Kalau tak de ikan goreng memang kurang layan la..Kari telur yang sedap saya pernah makan ialah kari telur yang mak saya  masak kan.Kuah nya tak pekat dan tak cair sangat.Ada ubi kentang., rasa rempah yang pedas , ada kerisik juga.

Masa kecil-kecil dulu orang buat kari telur ni untuk dimakan dengan pulut kuning.Tapi sekarang orang makan pulut kuning pun dengan rendang ayam  dan daging..tak pun dengan gulai daging.Kari telur ni sekarang kot kalau dah tak de bahan lain baru la kita buat.hahhaah..



Nak makan kari telur yang sedap kita tena buat sendiri.kebanyakan yang saya tengok kat kedai2 tu macam di tambah telur je ke dalam kuah kari.Rasa kari ayam, kari daging dan kari telur nya sama je..tak ada beza.hahahah..

Ada orang buat kari telur dengan pecahkan telur ke dalam kuah kari yang sedang di masak.yang tu memang best la walaupun bentuk telurnya tak bulat cantik tapi memang sedap.Ada juga yang rebus dulu kemudian dia goreng telur tu..nanti telur tu ada la tekstur kedut2 ..cantik la jadinya..Tapi yang tu suami saya tak suka pulak..erm..jadi kita buat kari telur biasa2 je la hari ni..Nampak je biasa2 tapi rasanya ini lah kari telur paling sedap dan senang .

Saya punya resepi kari telur yang senang dan sedap ni pun adalah hasil ajaran mak saya juga.nak resepi kari telur paling senang tapi sedap??jom baca...


Resepi Kari telur Paling Senang dan Sedap


Bahan-bahan nya:

4 biji telur (rebus hingga masak, dibuang kulit)
ubi kentang 2 biji - potong 2 atau 4
2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia

1 Kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih

1 cawan santan kotak
2 cawan air
1 keping asam gelugora atau 2 sudu besar air asam jawa
2 biji cili besar atau nak pedas boleh letak cili padi.
1 senduk kecil minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara membuat kari telur :


a. Tumis daun kari , kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.

b. masuk kan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus

c. masuk kan 2 sudu rempah kari disertakan dengan 1 cawan air.masuk kan ubi kentang dan kerisik .Masak hingga naik minyak dan pekat.

d. Masuk kan santan dan telur bersama 1 cawan air

e. akhir sekali masuk kan asam keping, cili besar  dan garam .masak hingga mendidih.dah siap boleh la dihidang kan..

Kalau korang pakai santan serbuk pun boleh jugak.sama je cara nya..terus masuk kan santan serbuk tu dalam masakan atau nak bancuh dengan air dulu pun boleh.sama je..
selamat mencuba..

sekian..


Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
Sheila Adziz
admin
20 May 2017 at 16:36 ×

betul.. kari telur mkn ngn pulut kuning mmg sedap sis...

Reply
avatar
Mia Kassim
admin
20 May 2017 at 19:21 ×

Simple2 camni lah yang sedap kan .. :)

Reply
avatar
Nurul Faiz
admin
21 May 2017 at 09:49 ×

slurp... sedapnya kari telur.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me