PERSEMBAHAN GEMA GEGAR VAGANZA SEPARUH AKHIR

Assalamualaikum...

Gema Gegar Vaganza sudah hampir ke kemuncak nya.Malam ini berlangsung nya konsert Separuh Akhir Gema Gegar Vaganza yang menyaksikan persembahan  UNIC, Hafiz, Hijjaz, Azmi , Mirwana dan Saujana dalam merebut tempat ke konsert Akhir yang akan berlangsung pada 21 Mei 2017 nanti.Ingat tau...hari ahad..Bukan sabtu ye..



Malam ini konsert dimulakan dengan persembahan Dato Hattan yang menyampaikan lagu gerhana.Selalu tengok persembahan Dato Hattan ni asyik la nyanyi lagu orang.Dia tak de lagu sendiri ke?hahahah..Tertanya2 cemana dia dapat dato dengan menyanyikan lagu orang je.Lepas tu persembahan dia pun tak best.Suara tak sedap..hahahah..Penyokong Dato Hattan jangan kecam saya.

Juri jemputan kali ni  ialah Khatijah Ibrahim.


Persembahan Peserta pertama malam ni dimulakan dengan kumpulan UNIC menyanyikan lagu Assalamualaikum..Macam biasa diaoranag ni memang bertenaga diatas pentas.Susah nak tengok diaorang ni berdiri terpacak sambil menyanyi.Dah la pakai baju macam orang nak pi berkungfu memang menghiburkan Cuma bab tempo persembahan tu ada di tegur sikit oleh juri Ustaz farihin.


Lagu Sepahon Kayu adalah lagu yang dipersembahkan oleh Kumpulan UNIC untuk persembahan kedua...Lebih best bila UNIC persembahkan lagu ni dengan di selitkan sedikit pengajaran yang sangat bermakna.Disampaikan dengan lebih dramatik dan buat kita lebih menghayati lagu ni..Sebelum ni lagu ni ceria je tapi kali ni sangat menyentuh hati.



Persembahan pertama Hafiz menyanyikan lagu ayah dan Ibu.Rasa macam terpukul dengan persembahan Hafiz minggu ni sebab semalam mak saya telefon.Katanya saja telefon.Terdetik kat hati saya nampak sangat dah lama tak telefon mak , apa lagi balik kampung.Sampai mak sendiri telefon kita.Bila tengok persembahan Hafiz ni laju je air mata mengalir.Teringat kat Mak..heheheh..Persembahan hafiz minggu ni best .Mungkin sebab menyentuh hati saya.Dan saya rasa untuk minggu ni persembahan hafiz berbeza dengan minggu-minggu sudah.



Persembahan kedua Hafiz untuk lagu NurKasih.Lagu ni best sebab saya suka drama Nurkasih dulu.hahahha..Tapi bila Hafiz bawak lagu ni lagi saya rasa best.Macam sesuai sangat lagu ni dengan suara hafiz.



Saujana menyampaikan lagu sendiri minggu ni.Lagu keluarga bahagia ni memang antara lagu popular kumpulan Saujana dulu.sedap dengar lagu ni cuma kali ni bila Saujana nyanyikan diatas pentas Gema Gegar Vaganza macam kurang sikit.Mujur la liriknya tu best , rasa tenang bila ingat keluarga.. .persembahan mereka pun biasa je.Tak menarik bagi saya.



Persembahan kedua Saujana membawakan lagu Tanya sama Hud Hud.Ada badut , ada lelaki macam Charlie Chaplin tu..Best la persembahan kedua diaorang ni.Lain dari yang selalu diaorang buat.



Vokal kumpulan Mirwana memang tak ada tandingan nya.persembahan pertama diaorang untuk minggu ni memang kekuatan nya pada vokal diaorang .Yang best nya ada baling2 kapal terbang kertas .Hebat..best sangat..Macam tak sangka tau..



Persembahan kedua pulak mereka menyampaikan lagu Satu Kiblat yang sama..Nyanyian asal Rabbani.Saya suka  mirwana bawak lagu ni.Diaorang ada ubah sikit lagu ni.Perasan tak diaorang ni kalau nyanyi macam dengar radio..kan?tak nampak macam nyanyi secara live.sedap dengar...



Persembahan pertama Azmi malam ni yang best nya dia main keyboard.Persembahan Azmi ni setiap minggu memang takat tu je..dia tak naik tak turun .Rasanya memang dia ni akan ke Final.



Persembahan kedua..Erm,..sedih!!Ada sorang leaki dia Marah2 Azmi lepas tu kata Azmi buta dan menyusahkan orang.baik dok kat rumah je..Melampau!! sedih rasa lagi2 tengok dia berjalan dengan tongkat, turun tangga..sedih sampai tumpah jugak air mata.Orang yang jahat tu last2 dia pulak yang buta.Padan Muka..Korang tengok nanti persembahan Azmi ni tau...Kali ni persembahan Azmi nampak kelainan .Tambah pulak dengar suara dia yang macam sedap2 lemak berkrim tu ..memang cair la..Dah la lagu best.Suara pun best..Ustaz Farihin kata tak de pun kat malaysia ni orang jahat yang tengking2 orang buta..Siapa kata tak de..memang ada tau..Beberapa tahun lepas saya pernah nampak sendiri.


Persembahan Kumpulan Hijjaz paling ditunggu-tunggu setiap minggu sebab persembahan mereka biasanya ada cerita.Minggu ni mereka bawa lagu Tobat Maksiat - Wali band .yang best nya pertengahan lagu tu ada dikir barat.Kali  ni tak de nangis-nangis ...korang kena tengok balik nanti persembahan Hijjaz ni tau.Best!



Hijjaz menyanyi kan lagu potret untuk persembahan kedua.Dengar sayu je lagu ni..Lagu ni memang best kan??Hijjaz menyanyikan nya dengan sangat baik.


 Pemenang Anugerah Gema terindah Kekal Mantap

Azmi di pilih sebagai pemenang Anugerah Gema  Terindah ..Tahniah..Azmi..best persembahan dia..

Peserta yang layak ke peringkat Akhir Gema Gegar Vaganza - Lagu Tugasan 


1-  Ya Rasullulllah  / - Mirwana

2 - Damai Yang Hilang - Azmi Saad

3 - Ainul Mardiah - UNIC

4 - Fatamorgana - Hijjaz

5 - Nur Kasih - Hafiz Hamidun

6 - Saujana -

  Battle 

Azmi vs Hafiz - Aku maafkan kamu

UNIC vs Saujana - Kalah Dalam Menang

Hijjaz vs Mirwana  - Alhamdulillah


sekian..
Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
Aida Azryn
admin
14 May 2017 at 20:22 ×

Sukanyaaaaa sebab Azmi caliph busker dapat masuk final gema gegar vaganza! Tak sabar nak tengok minggu depan.. hehe

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment