PERKAHWINAN BUKAN LAH KEMUNCAK KEJAYAAN HUBUNGAN CINTA . IA NYA ADALAH PERMULAAN

Assalamualaikum..



Bagi pasangan yang bercinta mungkin diaorang rasa perjalanan sepanjang percintaan tu adalah yang paling mencabar.Berdoa siang malam semoga dipercepatkan jodoh.Diaorang rasa bila dah berkahwin tu bermakna semuanya selamat dan itu adalah kejayaan mereka mempertahankan hubungan .Padahal yang sebenarnya apa bila bergelar suami isteri itu lah sebenarnya permulaan perjuangan hubungan mereka.

Pada hari pertama seorang wanita bergelar isteri , korang bukan lagi diri korang yang sebelum ini.Segalanya korang perlu ubah walaupun terpaksa.Kalau sebelum ni korang boleh pergi kemana-mana tanpa persetujuan sesiapa tapi bila dah bergelar isteri , korang nak melangkah keluar pintu pun kena minta izin.Korang tak boleh lagi bangun pagi2 terus buka tv dan cukup dengan makan burger semalam untuk sarapan.Korang tak boleh lagi nak minta putus bila korang merajuk.Semua tu korang kena buang dan korang kena bermula dari A.



Bila mana sorang lelaki tu sudah bergelar suami , korang tak boleh lagi cuma pentingkan perut dan diri korang saja.Bila korang lapar ingat juga yang isteri korang pun lapar.Bila beli baju untuk diri sendiri fikir juga adakah isteri korang pun perlu beli baju baru.

Mungkin ada yang baca post saya ni akan rasa takut nak kahwin.Tapi sebenarnya tak perlu risau pun sebab bermula nya kita sebagai suami isteri tu adalah bermula untuk menjadi lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih berusaha.Sebab kita dah hidup berdua...Akan datang ada anak-anak pulak.Nak tak nak kita kena jadi lebih baik.



Sebab itu bila korang bercinta korang jangan fikir cuma nak kahwin saja.Sedangkan cabaran2 selepas kahwin tu lagi hebat dan mencabar yang patut korang fikirkan.Tapi cabaran2 tu yang akan membentuk diri kita jadi lebih baik.

Jadi kalau nak jadi kan diri tu lebih baik..berkahwin lah.Sebab dengan berkahwin tu lah korang akan tahu apa sebenarnya makna berjuang untuk cinta...Masa bercinta ni tak payah nak berjuang  dan bertahan sangat la.Kalau kekasih korang tak bagus , tak boleh di bentuk, tak boleh di nasihat, degil sampai tak boleh ubah , cari la yang lain.jangan fikir.." dah kawen nanti dia ok la.."..Tak denye..

Tak ada apa yang korang perlu pertahan kan dalam hubungan cinta yang hanya menyakitkan diri korang.

semoga berjaya....

sekian..



Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
15 May 2017 at 11:37 ×

PERKAHWINAN ADALH PERMULAAN SEBUAH KEHIDUPAN...

Reply
avatar
15 May 2017 at 12:01 ×

setuju....

teringat dulu bks boss akak penah cakap, perkahwinan ni mcm perjudian

nasib jgk kita dpt suami yg baik atau tidak... sbb kadang org yg kita bercinta tu tak sama bila dh jd org yg kita kahwini...

dulu masa bercinta, jumpa kejap2, mungkin tak 100% diri nya yg sebenar di tunjukkan
bila dh kawin, segala baik buruk dia... kene terima ngn redho...seadanya

Reply
avatar
15 May 2017 at 14:35 ×

perkahwinan adalah satu permulaan perkongsian kehidupan

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment