LALAT HINGGAP PADA MAKANAN..MASIH BOLEH MAKAN ATAU PUN TIDAK?

Assalamualaikum...

lalat sampah - pic:arafuru.com

 Sekarang ni di kawasan rumah saya memang banyak lalat. Dalam seminggu ni banyak sangat lalat sampai tak buka pintu.Saya memang tak suka lalat sebab bila nampak atas lantai rasa macam rumah bersepah.Nak tidur pun tak senang sebab dia hinggap kat kita rasa geli tau.Sebab tu baik saya tutup je pintu.

Satu lagi yang paling orang tak suka rumah dimasuki lalalt adalah sebab dia akan hinggap pada makanan kita.Saya selalu bayangkan lalat ni dia dari entah mana2..tempat sampah ke, najis ke, lepas tu terbang masuk rumah kita hinggap kat makanan.EEEiii...bila bayangkan macam tu memang tak selera la nak makan dah...

Apa yang saya tahu setiap kali lalat nak makan dia akan berak untuk keluarkan benda yang dia makan sebelum nya..Sebab dia tak ada keupayaan untuk kunyah makanan.Jadi sebab nak isi perut dia dia akan keluarkan apa yang dia makan tu diatas makanan yang dia nak makan..Dia juga akan meninggalkan telur nya diatas makanan yang dia hinggap.Kotor..kan??Lalat dianggap serangga yang kotor kerana ia membawa hampir 200 bakteria merbahaya.

Lalat mempunyai bulu di badan dan kaki - pic:Hidayatullah.com

Kalau perhatikan pada kaki dan badan lalat ni ada macam bulu-bulu tau.Selalunya benda yang berbulu ni memang boleh memerangkap habuk dan kotoran.jadi korang rasa-rasa kalau makanan tu dihinggapi lalat, boleh lagi ke kita makan makanan tu??

Terserah la pada korang nak makan atau pun tidak. Kadang2 bila ada kawan-kawan kita yang tak nak makan, dianggap cerewet la, "ala..sikit je..dia hinggap je.."..."tak nampak kotor pun.."... sedangkan apa yang dia nampak tu berbeza dengan apa yang kita nampak..Hormati lah pandangan kawan-kawan kita kalau mereka menolak untuk makan sebab ada lalat.

lalat yang menghinggapi makanan - pic:kompas.com

Sebab tu bila korang pergi makan di luar perhatikan sekeliling korang.Tengok kedai makan tu ada tak lalat.Biasanya kat restoran nasi kandar mamak di Penang ni semua makanan nya terdedah.Kemungkinan besar  makanan tu dah dihinggapi lalat.Walaupun banyak bekas makanan yang dijual disertakan dengan penutup kaca tu, masih lagi diaorang nak biarkan makanan tu terdedah.Konon nya nak tarik pelanggan, bagi nampak sedap..Padahal kotor kot.

sekian..
Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
2 May 2017 at 09:32 ×

terima kasih atas perkongsian

Reply
avatar
2 May 2017 at 12:01 ×

skrg ni mmg musim kot, kt kampung aritu ya Allah punya lah ramai umat...
nsb lh pasang perangkap lalat banyak terperangkap n berkurang lah jd nya dia...

kt kl umah tingkat jarang sgt ada lalat, selamat lah skit... tp kalau ada ikan kering grg muncul pulak dia....
kalau akak, dh di hinggap lalat pun buang je, tak terasa nk mkn lg dh

Reply
avatar
2 May 2017 at 13:23 ×

gambar lalat warna hijau tu yang tak boleh ingat tu. spesis ni kalau berkumpul, kuat bunyi dengung kepaknya...

Reply
avatar
Mummydearie
admin
4 May 2017 at 13:30 ×

Nasib baiklah kawasan rumah saya takda pulak banyak lalat. Tapi yalah bila nampak apa-apa pun dikerumuni lalat kita rasa rimas dan hilang selera. Memang pun ia hinggap sekejap aje tapi kotoran dan kuman yang dibawanya tu yang kena fikir.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment