LAKSA PENANG PALING SEDAP - LAKSA SAMBAL SOTONG DI GERAI ANAK AYAH

Assalamualaikum...



Kalau datang ke Pulau Pinang mesti nak rasa Laksa Penang..kan??Cuma kat sini je korang akan dapat Laksa penang yang asli..Saya nak kenalkan satu tempat makan Laksa penang yang sedap di tempat saya ni.Kalau tak salah saya ini kali ke 3 saya makan kat sini.Tau kan..saya ni memang bukan penggemar laksa penang..Cuma laksa kat sini je yang boleh masuk dengan selera saya.Restoran laksa yang sedap ni namanya Gerai Anak Ayah .Ianya terletak di Simpang Ampat dekat Kampung baru




Istimewanya laksa kat sini sebab ianya di campur dengan sambal sotong.Memang tempat lain pun ada je Laksa sambal sotong tapi yang kat sini lebih istimewa sebab kalau makan tak kan kena migrain, sakit kepala, sakit muka .Tau tak maksudnya apa??Saya ni kalau makan makanan yang di tambah serbuk perasa terlalu banyak akan buat saya sakit kepala, migrain, tapi kat sini setakat ni makan tak pernah alami sakit2 kepala ni.


Nampak biasa-biasa je kan??Tapi rasa nya memang sedap.Nak lagi sedap boleh la tambah sikit dengan otak udang ni.Orang Pulau Pinang memang biasa  la makan laksa dengan otak Udang..Wajib kot.Masa saya mula2 datang ke Pulau Pinang ni , tak tahu pun benda ni apa..Hahahah..Jakun sikit.Lepas tu takut2 nak makan.Bila dah makan ...erm...sedap oi..


Boleh juga kalau tak mahu letak sambal sotong tu..Tapi tak best la sebab  ikutkan tekak saya ni kuah laksa dia memang cocok sangat dengan sambal sotong tu.Bila tak de sambal sotong macam kurang menyengat sikit.Kat sini juga ada makanan lain kalau korang tak berapa suka makan Laksa..Ada mee kuah, koew teaw teng dan makanan yang goreng2..Mee goreng, bihun goreng macam tu la.Saya pun tak tau koew teaw teng tu cemana.Kena la order kalau nak tau..hehehe



Kedai makan ni nampak biasa je kan..Tapi yang biasa2 tu la yang sedap tau..Tak payah hias beriya2 la..Pikat pelanggan dengan rasanya...Jamu mata tu memang penting tapi jamu perut lebih penting lagi..ahahhaah ..Gerai Anak Ayah ni dibuka seawal 11 pagi sampai malam..Jemput lah datang..


sekian..




Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
Adam
admin
8 May 2017 at 23:55 ×

Nanti saya gi situ. Nak try.

Reply
avatar
9 May 2017 at 09:57 ×

walaupun mcm rare laksa ngn sambal sutun... tp kadang2 ngam jgk kan

laksa ngn petis tu biasa jgk akak jumpa kt sini, rupenye lg sedap klu boh petis tuh

Reply
avatar
paridah
admin
9 May 2017 at 16:02 ×

LAKSA DH MCM2 ISINYA NK TMBHSEDAP..

Reply
avatar
9 May 2017 at 19:50 ×

Tak pernah lagi rasa laksa sebegini.. Allahuu! Terliurrrr! Dah la favourite ena laksa ni... Nyumnyummmm! Boleh cuba try test nanti

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment