JANGAN MEMAKSA ORANG LAIN MELAKUKAN LEBIH DARI APA YANG MEREKA MAMPU

Assalamualaikum..




Bila satu masa tanggungjawab kita dipertikaikan walaupun kita dah buat sehabis baik , mesti kita akan terfikir untuk apa lagi kita ada di sini..

Sedangkan korang dah buat semampu yang korang boleh.Tapi bos korang atau rakan sekerja korang harapkan korang buat lebih dari tu  padahal korang mampu setakat tu je..

Apa yang korang akan buat??

Ramai yang alami dilema macam ni.Kita sendiri tahu had diri kita , apa yang kita boleh buat dan sampai mana kita boleh buat.Korang tahu kalau korang buat lebih dari yang korang boleh, korang akan tumbang jugak.

Itu bila di tempat kerja..

Macam mana pulak kalau dalam perkahwinan...

Pasangan korang asyik paksa korang buat benda yang korang tak mampu nak buat.Dia nak korang buat lebih lagi.Bila tak macam yang dia nak, dia complain..Sedangkan itu saja yang korang mampu.

Perkara ni nampak remeh tapi ianya melibatkan persefahaman.kalau pasangan tak boleh faham memang musnah lah  rumahtangga.

Mengaharapkan orang lain untuk faham dan sedar dengan keupayaan kita memang agak sukar.Mereka melihat dan meletak kan harapan  pada kita terlalu tinggi hingga tanpa mereka sedar hati dan perasaan kita terguris dengan sikap mereka.Apa lagi jika dipaksa melakukan sesuatu yang tidak boleh kita lakukan.

 "dia ingat aku ni robot ke.."
..."aku ada dua tangan je.." 
"aku sorang je yang kena buat semua..?"

Berapa ramai yang faham bila orang lain meluahkan perasaan macam ni.Kita mungkin kan anggap ianya hanya alasan semata-mata. Tapi kita tak sedar kita juga ada had kemaMpuan kita.Kita pun ada kelemahan macam orang lain .

Bila kita boleh buat sehingga Z jangan kita fikir orang lain pun boleh buat sampai Z.ada yang mampu sampai M saja..Faham tak?

Kadang-kadang kita rasa.."ala..aku boleh je buat..dia tak boleh buat pulak.." tapi kita tak sedar yang kita buat tu tak sempurna pun.Asal buat je..Tapi orang lain, walaupun dia buat ikut kemampuan dia je tapi hasil nya sangat baik.

sekian..


Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
24 May 2017 at 13:35 ×

Yer betul ada perkara di luar kemampuan untuk buat ada ketika alasan orang malas tak mau buat juga alasan tak mampu. Tengok pada keadaan jugak la kan.. Sebab saya tengok ada orang memang dia tak mampu buat sesuatu jadi satu tekanan bila dia di paksa buat perkara yang di luar kemampuan.. ada pulak orang dia malas & suka bagi alasan dia tak mampu buat sedangkan kita boleh nampak ia cuma alasan semata mata bukan tidak berkemampuan.

Reply
avatar
Diana Rashid
admin
24 May 2017 at 14:26 ×

Betul..kalau yang jenis tak mencuba langsung itu tahap malas dah tu..lagi pulak dia cuma ambik kesempatan atas kita dengan bagi alasan tak boleh buat.Tau kutip hasil je..cukup bulan dapat gaji padahal buat kerja lemau..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me