HUKUM JUAL BELI BARANG COPY ORI

Assalamualaikum...



Sejak semalam kisah Jutawan Ciplak yang di tahan polis dan barangan nya dirampas menjadi perdebatan netizen.Jutawan muda berusia 19 tahun ini di tahan kerana menjual barangan "Copy Ori" .Ada yang menyokong penahan nya dan ada juga yang membantah.Jutawan ni pun masih muda dan saya percaya apa yang terjadi padanya hari ni pasti akan menguatkan semangat nya .Tambahan pulak dia banyak memberi motivasi pada peniaga lain sudah tentu selepas ni dia akan belajar dari pengalaman ini.

Apa yang menjadi perdebatan dikalangan netizen ialah sama ada apa yang dia buat itu betul atau pun salah?Menjual barangan bukan asli kita semua sedia maklum ianya menjadi satu kesalahan dalam negara kita ni.Tapi bagaimana pulak pandangan dalam islam ?Apa hukum nya menjual dan membeli barang copy ori ? Adakah haram hasil julan nya tu? Saya kongsikan pendapat dari Dai Wan yang dikongsikan di laman facebook nya. Semoga bermanfaat untuk semua..


Hukum Jual Beli Barang Copy Ori


Satu penerangan satu pencerahan.


Baca, fahami dan jadikan pengetahuan tambahan

Selepas isu ini berbangkit hari ini, hati saya tegerak untuk sampaikan pengetahuan yang telah lama ada tapi diulang kembali dan menjadi baru buat semua dan pada yang tak tahu lansung.

Sempat saya hubungi Dr Mustaffa Omer, salah seorang Dr kesayangan saya di Uia, yang mengajar saya Fiqh Muamalat, yang credibility ilmu beliau sama naik dengan Dr Zaharuddin yang semua kita hormati. Mereka selalu bersama mengupas dengan ilmiah tentang ilmu muamalat kontemporari. Tadi sempat saya berdiskusi panjang dengan beliau pasal ni.
Saya tanyakan satu per satu dan ini pencerahannya untuk semua rakyat Malaysia ataupun khususnya peniaga barang 'Copy Ori atau Fake items'.


Read carefully.


Sebenarnya ada 2 sudut pandang yang kita kena tengok.


1. Sudut Penjual
2. Sudut Pembeli


Mereka yang menjual barang 'Copy Ori' dari sudut pandang Islam, kalau dia jual, dia bagitahu yang barang dijual kategori 'Grade AAA' contohnya, ataupun dia memang mentioned barang tu 'Copy Ori', 'Bukan Original tetapi almost sama sebiji macam Original', kesalahan menjual barangan ini tidak boleh dihukum secara mutlak sebagai 'Haram'.
Sebabnya dia tidak 'Menipu' kepada pembeli. Dia tidak berbohong. Dia lansung tidak berdusta pada sesiapa yang barang itu memang 'Copy Ori'. Dia berada dalam kedudukan makruh. Sebabnya cuma dia jual Items tu tanpa izin Owner.


Nabi sebut dalam hadis:
Tidak halal harta seseorang kecuali dengan reda pemiliknya. (Riwayat Ahmad: 5:72: Soheh Lighoirihi)


ataupun


Tak boleh seseorang manfaatkan kepemilikan orang lain tanpa izin tuannya. (Kaedah fiqh, syarah dari hadis di atas oleh As syeikh 'Alaudin dalam kitab Ghosob)


Ingat kunci di sini, tidak halal bukan semestinya atau maksudnya 'Haram'. Boleh jadi 'Harus', 'Makruh' atau 'Haram'. Jadi perlu dibuat penelitian dahulu, bergantung macam mana penjual n dapat tak keizinan 'Owner'. Kalau ya, then 'Harus', kalau tak then 'Makruh'. Dia kena deal dengan Owner tu. Sebab kesalahan dia bukan dengan Allah swt tapi dengan manusia. Kena settlekan dengan manusia.


Namun begitu, ini 'Highlight' yang paling penting untuk hari ini.
Yang paling bersalah sebenarnya adalah 'Pembeli'.
Ya. Kita.


Kita dah tahu barang tu 'Copy Ori', kita dah tahu 'Tiruan', kita dah tahu barang tu 'Ciplak', tapi kita still beli, kita still terima, dan kita still Support.
Kita yang berada dalam kondisi 'Haram' untuk membeli sebenarnya. Namun sekiranya, kita tidak tahu lansung, barang tu tiruan, barang tu palsu, barang tu 'Copy', kesalahan bulat2 jatuh pada 'Penjual' dan dari sudut pandang Fiqh, penjual tu menipu saat berniaga dan hukumnya 'Haram', penjual tu berdosa.


Begitu.


Kalau tanya pasal Akta Perundangan dari Government, penjual akan kena tindakan undang-undang tapi sebenarnya jangan terlupa, pembeli pun sama kena. Serius, kena take note tentang ni ya.
Kalau kita tengok orang beli CD cetak rompak dan orang yang jualnya, dua2 akan kena tangkap. Tindakan undang-undang sejujurnya sudah tepat dah. Sama 'adil.


Nabi sebut dalam hadis:
Setiap Muslim wajib taat dan mendengar arahan pemimpin (Penguasa) kaum Muslimin dalam hal yang disukai ataupun tak disukai kecuali jika perintahnya mengenai maksiat.(HR Bukhari)


Harapnya jelas dah, cuma still kalau boleh, pisahkan, hukum syariah dan legal mereka terpisah satu sama lain, tidak terkait.


Now, status harta Kekayaan : Rumah/Kereta Mewah penjual online barang Copy Ori:


Kata Dr: Kalau dia tak tipu, barang2 yang dia jual elok, descriptions saat penjualan tu jelas, terjamin, berkualiti lagi, sumber rezeki dia ialah 'Harus'. Tiada dosa & tiada pahala.
Kekayaan yang dia miliki adalah 'Harus' dari sudut zahir.
Tapi kalau dia diamkan 'Fake & Copy' nya barang jualan dia, harta dia berada dalam kondisi haram, dia kena taubat, keluarkan zakat dari kekayaan dia, dia kena stop jual barang-barang niaga dia, dengan itu baru harta kekayaan rezeki dia boleh berubah hukum dari 'Haram' menjadi 'Harus'.


Begitu.


Harapnya jelas ya.
Semoga bermanfaat.
Sebar luaskan, biar semua dapat tahu. Share-kan ia. Biar kita belajar dan terus belajar.
Wallahu 'alam.


Tiada insan tersalah yang tidak punya masa depan. - Ini untuk penjual.
Tiada insan suci yang terus tidak berdosa dalam masa kedepan -Ini untuk pembeli.


Jaga berkat Ilahi, sebab di situ ukuran Iman.
Ikhlas, Da'i Wan

Dai Wan


Harapnya pencerahan Dai Wan ni  jelas dan semua boleh faham.Dalam kes Jutawan muda ni pembeli nya semua tahu barang yang dia beli tu cuma copy ori .Setiap pelanggan dia dah di terangkan keadaan barangan tu.


sekian.
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
11 May 2017 at 08:35 ×

Mujur ada penerangan dari Dai Wan..

Reply
avatar
Mimi Azirah
admin
12 May 2017 at 11:29 ×

Dah baca penerangan Dai Wan baru sy faham

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment