HARI GURU - APA HADIAH YANG SESUAI UNTUK GURU

Assalamualaikum..




Kisahnya semalam maisara tanya saya tahun ni apa hadiah yang nak diberi pada cikgu kat sekolah sempena Hari Guru.Amboih..Ingat Hari Guru je ke??.Hari Ibu ni  tak de ke rasa nak bagi hadiah?hahahah...Start dia tadika  sampai darjah 3 saya dan dia sama-sama  sediakan hadiah untuk cikgu dia disekolah.kalau tak salah saya masa tadika hadiah barang2 cenderahati je ..Masuk tahun 1 saya sediakan Congo Bar .Masa darjah 2 bagi coklat dan dan darjah 3 bagi Brownies.tahun ni agak-agak apa la hadiah nak diberi.

Cara Sambut Hari Guru dulu-dulu
Cikgu buang hadiah hari guru

Hadiah Yang Tak Perlu Di Beri Pada Guru


Kalau korang nak bagi hadiah berupa makanan korang kena la kenali dulu siapa guru anak korang tu.Ada cikgu yang memang tak boleh makan benda manis-manis, jadi elak kan beri coklat, brownies atau apa saja yang mengandungi gula yang tinggi.Kalau cikgu tu kata dia memang suka coklat , boleh la bagi coklat dan sebagainya.

Ramai yang suka belikan Mug untuk guru sebagai hadiah.Saya rasa mug bukan lagi hadiah yang sesuai. Kebanyakan dari kita pun lebih suka dapat hadiah yang boleh digunakan.Rumah siapa yang tak de Mug? Ada yang sampai tak de tempat nak simpan , jadi terpaksa buang.Sebab banyak sangat..Tambahan pulak diri tu bukan pecinta mug..Ada guru dapat hadiah mug , dia letak kat meja dia, sampai tahun depan mug tu ada lagi kat situ.Dok dalam kotak lagi.Bila kena tukar sekolah lain , dia tinggal je mug tu.Tak payah tunggu tukar sekolah la, tukar tempat duduk pun dia kemas2 semua buang dalam tong sampah.jadi elak kan beri mug pada cikgu ye.

Mungkin ada yang nak kan kelainan dengan memberi barangan dekorasi untuk rumah. Frame gambar untuk dinding ,pasu bunga , tempat gantung kunci dan apa je la yang berkaitan dengan home decor ni.Sebaiknya  jangan bagi hadiah macam ni sebab ada orang yang hiasan dalam rumah nya dah ditetapkan ..Ada tema-tema tertentu.Warna bingkai nak sama dengan warna langsir, pasu nak yang ada ukiran2 bagai..Dah kalau kita bagi barang dekorasi rumah kat dia , cacat pulak tema dia..kan??

Hadiah Yang Boleh Diberi Pada Guru

Ramai guru yang memang tak harap pun anak murid nya datang bawak hadiah pada nya.kebanyakan nya kalau boleh nak pesan siap2 pada anak murid supaya tak payah bawak hadiah.Tapi sebab nak anak-anak murid tu rasa seronok untuk meraikan cikgu nya, jadi cikgu pun layan kan saja.Betul tak??Bosan kot kalau hari Guru tak de bagi2 hadiah sedangkan itu dah jadi macam tradisi.Jadi pada anak2 yang tak mampu beri hadiah tu tak payah la kecil hati ke, sedih ke sebab cikgu pun tak mau hadiah.Tapi kalau nak bagi juga ada beberapa hadiah yang sangat sesuai diberikan pada cikgu.



Pada yang tak mampu nak hadiah kan barang boleh je hulurkan pertolongan pada cikgu korang.

"hari ni hari guru, cikgu boleh minta tolong pada saya apa saja yang cikgu nak.Belikan air, angkat buku, bawa beg cikgu, .." Lpang hati cikgu tu dapat anak murid macam ni.hahahah

Yang paling cikgu suka sekali ialah barang untuk kelas.Sekali cikgu buka je kotak hadiah, ada paper clips, ada pen, ada highlighter, notes kecik2 yang comel2 tu, ada gam, calculator, flash card, game untuk indoor , lengkap la semua dalam 1 kotak.Hadiah ni paling cikgu-cikgu suka sebab jimat duit dia tau..Korang ingat benda2 gini sekolah bagi free ke??Cikgu kena beli sendiri tau..



Bagi yang rajin sikit boleh hadiah kan buah-buahan pada cikgu.Beli oren , epal, pelam harum manis (hahaha), pisang, lepas tu masuk kan dalam bakul comel dan hias cntik-cantik.Hadiah paling sihat dan paling mudah nak disediakan.Boleh juga gantikan buah-buahan dengan sayur-sayuran. Ada lobak, terung, ubi kentang, cili padi, berbunga2 hati cikgu ..Sebelum2 ni banyak dah kita tengok ada guru share anak murid nya beri petai, beri sayur, jambu batu, kan??? cikgu2 suka tau hadiah macam tu...

Bagi yang berkemampuan boleh la belanja  cikgu makan. Belanja cikgu minum ke..

Tak pun kutip la duit sorang rm1. Ada 30 orang dah dapat rm30.Boleh belikan cikgu sehelai T-shirt , lengkap belakang tu ada nama semua orang dalam kelas.Boleh tempah je  t-shirt  macam tu kat Cetak Baju Ekspres . Jimat duit..kan??

sekian..
Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
4 May 2017 at 11:12 ×

HADIAHLAH APA SAJA SBG TANDA INGATAN KPD GURU2 YG MNDIDIK ANAK2 KITA

Reply
avatar
Mummydearie
admin
4 May 2017 at 12:15 ×

Janji ada hadiah untuk guru itu dah cukup baik. Anak bujang saya sampailah ni tak kisah pun tentang hadiah Hari Guru. Saya pun kadang-kala terlupa Hari Guru berapa haribulan sebenarnya!

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment