BERKAHWIN 3 JAM KEMUDIAN DICERAIKAN GARA-GARA HANTARAN MURAH

Assalamualaikum..



Hantaran perkahwinan selalu dijadikan isu dizaman yang sangat mencabar ni.Bagi mereka yang menolak nilai hantaran yang rendah , kisah yang lucu bercampur pilu yang berlaku di Negara India ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat korang yang membaca.Rupanya apa yang berlaku di negara kita ni juga berlaku di negara India .Soal jumlah dan nilai hantaran di pertikaikan .

Bagi kaum  India pihak wanita yang memberi hantaran kepada pihak lelaki..Hantaran juga diberikan hasil perbincngan kedua-dua pihak..Sepasang pengantin sempat menjadi pasangan suami isteri hanya selama 3 jam gara-gara nilai hantaran.

Ruvana Parven (18) dan Muntaj Ansari (26) sempat menjadi pasangan suami isteri selama 3 jam dan kemudian nya Muntaj di ceraikan oleh isterinya gara-gara mempertikaikan nilai hantaran yang diberikan pihak perempuan kepadanya.



Selepas melansungkan perkahwinan terjadi pertengkaran antara Ruvana dan Muntaj .Ruvana mendakwa Muntaj seorang yang tamak dan tidak menerimanya dengan ikhlas.Muntaj mengeluh kerana menerima brangan yang murah dari pihak isterinya.Pada hari pernikahan nya keluarga Ruvana memberikan sebuah motosikal kepada Muntaj.Namun Muntaj mendakwa motosikal yang diberi adalah terlalu murah , tidak berkualiti dan tidak sesuai untuk nya menaiki motosikal tersebut.

Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut memujuk Muntaj untuk menerima hadiah tersebut namun Muntaj berkeras dan mengugut yang dia tidak akan membawa isterinya pulang jika tidak mendapat hantaran yang mahal.



Marah dan kecewa dengan sikap suaminya Ruvana terus menceraikan suaminya dan memaklum kan kepada penduduk setempat.Disebakan perkara itu Muntaj di hukum oleh penduduk setempat dengan kepalanya dibotak kan separuh .Tangan nya juga diikat dan dikalungkan sampah dilehernya.



Lebih malang nasib Muntaj apabila selepas dia diceraikan ,Ruvana  terus berkahiwn dengan lelaki lain pada hari yang sama.Bapa Ruvana menegaskan dia gembira dengan keputusan anaknya dan yakin jika Ruvana terus bersama Muntaj , anak nya tidak akan bahagia..

Dapat motosikal pun nak merungut lagi.Ok  la tu dapat motorsikal..kan?/sebenarnya nilai hantaran tu tak penting pun..Yang penting rumahtangga bahagia.tapi kalau dah macam ni elok sangat la bercerai..Dah la tamak, ego pulak tu..Tak reti sabar..

Saya bukan lah orang yang nak menentang mereka-mereka yang meminta hantaran yng tinggi ni cuma dalam satu keadaan korang kena pandang sekeliling dan perhatikan adakah nilai korang terima tu bersesuai dengan keadaan semasa dan keadaan bakal suami . Ok je kalau suami mampu..kalau boleh nilai hantaran tu biarlah pihak lelaki yang tentukan..Sebab hantaran tu kan ke cuma hadiah..Ada ke hadiah boleh di mintak2..kan??nama pun hadiah..biar la dia yang bagi..Lagipun bila dah kawen , duit dia duit kita jugak..heheheh

sekian..
Previous
Next Post »

6 komen disini

Click here for komen disini
Sweetie
admin
3 May 2017 at 23:39 ×

Padan muka si lelaki, bagus perempuan tu buat mcm tu... hari tu cerai, hari tu jugak dia kawen ngan orang lain... tp org islam tak bolehlah buat mcm tu kan...hehehhe

Reply
avatar
4 May 2017 at 07:52 ×

kat sana pelik sebab isteri yang bagi hantaran. kalau kat sini, mesti isteri dah kena kecam kalau kata hantaran suami murahan je

Reply
avatar
4 May 2017 at 08:51 ×

masa mule2 tgk gambar mcm kesian kt lelaki tuh, kene botakkan gitu tp lps dh baca cite tuh... pdn la muke laki tuh... tak reti bersyukur

Dh dpt hantaran moto demand lak, kalau dia handsome, kerja bagus anak org kaya takpe lah... ni tgk pun mcm org biasa je....
kt sana sbb perempuan yg bg hantaran, depa boleh ceraikan suami ek... mcm2 nyer gaya

Reply
avatar
4 May 2017 at 09:53 ×

Minta la sejuta ke hapa.. selagi yang nak memberi tu mampu & tidak rasa menyusahkan sehingga menyebabkan perkara tak baik berlaku tak salah.. yang jadi salah anak2 dah bercinta la.. tup tup nak kawen mak bapak beriya letak hantaran tinggi taknak kalah dengan anak jiran2 & sedara mara katanya.. tak ke menyusahkan orang yang nak kawen tu. Berapa pun hantaran bukan isu.. tapi kemampuan seseorang tu kena fikir

Reply
avatar
Mummydearie
admin
4 May 2017 at 12:19 ×

Kalau mampu takda salahnya beri hantaran yang mewah-mewah. Hidup biarlah berpada. Sekadar beri hadiah mewah sebagai hantaran lepas tu memulakan hidup dengan berhutang, lagilah kasihan. Pelik tau saya bila dengar zaman sekarang ni kalau nak kahwin buat pinjaman. Macamana tu nanti? Tentu tak tenteram rumahtangga asyik memikirkan tentang hutang.

Reply
avatar
Normala Saad
admin
4 May 2017 at 20:44 ×

mmm..tak reti bersyukur mamat ni...moto terlepas bini pun terlepas. Kan padan muka.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment