BAND METAL INI DIANGGOTAI 3 GADIS CANTIK YANG BERHIJAB

Assalamualaikum...



Saya ada tonton  video persembahan satu kumpulan Metal di Youtube.Tapi kumpulan Metal yang satu ni berbeza dari kumpulan Metal yang lain.istimewanya ahli band Metal ni terdiri daripada 3 orang gadis cantik yang berhijab.

Kumpulan yang dikenali sebagai VOB (voice of baceprot)  ini berasal dari satu daerah dikenali sebagai Garut yang terletak di Indonesia.Mereka terdiri daripada Firdda Kurnia(gitar) ,Widi Rahmawati (bass) dan Euis Siti (drum).Mereka sangat terkenal kerana selalu membawakan lagu-lagu berentak Hip Metal Funky.

Band ini ditubuhkan pada tanggal 14 February 2014.Sejak dari itu mereka kerap membuat persembahan diserata tempat hingga lah nama mereka cukup dikenali peminat-peminat Metal di Indonesia hinggakan baru-baru ini nama mereka menjadi tumpuan beberapa media asing.

Tapi macam biasalah bila ramai yang menyokong tak kurang juga ada yang merasakan tindakan 3 gadis ini seolah-oleh menjatuhkan maruah wanita berhijab. Alasan nya wanita berhijab sepatutnya lebih sopan dan menjaga tata tertib.Tapi bagi saya yang dah menonton banyak  video-video mereka belum lagi nampak aksi mereka yang melampau dan tidak menjaga tata tertib.


Mungkin kerana itu lah ramai yang tetap menyokong dan mengharapkan  band VOB ini terus berjaya dan mengharumkan nama Indonesia memandangkan nama VOB (Voice Of Baceprot) juga sudah menjadi perhatian media asing.

Nak tengok persembahaan mereka jangan lupa tonton di Youtube :VoB (Voice of Baceprot) - Age Oriented

Sumber gambar :Rochman Rohim


sekian..
Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
Elih Japahar
admin
31 May 2017 at 07:36 ×

Dahsyat lah budak-budak ni...ada bakat..tapi harap tatatertib tu kena jaga lah,jgn nnt bila dah femes lupa akhirat...

Reply
avatar
31 May 2017 at 08:51 ×

erks ... macam mana bertudung tapi terkangkang .. err ..

Reply
avatar
31 May 2017 at 09:54 ×

dunia hiburan di indonesia mmg jauh berbeza dr di malaysia...

masyarakat di sana lbh berani atau pengiat2 seni nya sgt open dan berani... akak ni tak minat band metal ke apa... tp jnji depa pandai jaga tata susila dh ckp

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment