Tuesday, 30 May 2017

BAND METAL INI DIANGGOTAI 3 GADIS CANTIK YANG BERHIJAB

Assalamualaikum...



Saya ada tonton  video persembahan satu kumpulan Metal di Youtube.Tapi kumpulan Metal yang satu ni berbeza dari kumpulan Metal yang lain.istimewanya ahli band Metal ni terdiri daripada 3 orang gadis cantik yang berhijab.

Kumpulan yang dikenali sebagai VOB (voice of baceprot)  ini berasal dari satu daerah dikenali sebagai Garut yang terletak di Indonesia.Mereka terdiri daripada Firdda Kurnia(gitar) ,Widi Rahmawati (bass) dan Euis Siti (drum).Mereka sangat terkenal kerana selalu membawakan lagu-lagu berentak Hip Metal Funky.

Band ini ditubuhkan pada tanggal 14 February 2014.Sejak dari itu mereka kerap membuat persembahan diserata tempat hingga lah nama mereka cukup dikenali peminat-peminat Metal di Indonesia hinggakan baru-baru ini nama mereka menjadi tumpuan beberapa media asing.

Tapi macam biasalah bila ramai yang menyokong tak kurang juga ada yang merasakan tindakan 3 gadis ini seolah-oleh menjatuhkan maruah wanita berhijab. Alasan nya wanita berhijab sepatutnya lebih sopan dan menjaga tata tertib.Tapi bagi saya yang dah menonton banyak  video-video mereka belum lagi nampak aksi mereka yang melampau dan tidak menjaga tata tertib.


Mungkin kerana itu lah ramai yang tetap menyokong dan mengharapkan  band VOB ini terus berjaya dan mengharumkan nama Indonesia memandangkan nama VOB (Voice Of Baceprot) juga sudah menjadi perhatian media asing.

Nak tengok persembahaan mereka jangan lupa tonton di Youtube :VoB (Voice of Baceprot) - Age Oriented

Sumber gambar :Rochman Rohim


sekian..

SHAWL PALING SENANG DIBENTUK: SPARKLING DIAMOND SHAWL BY ZHAFRA

Assalamualaikum...



Setiap kali nak keluar saya akan pilih shawl yang paling senang dibentuk.Semalam bersiap-siap  nak keluar saya capai la Sparkling Diamond Shawl ni.Tengok kat video di facebook macam shawl ni mudah dipakai.so kita try la.

Saya memang tak pernah pakai Shawl hitam.Ni percubaan pertama saya.Warna hitam memang warna yang saya kurang gemar.Dah lama jugak tak kenakan Shawl warna hitam.Risau juga kalau tak sesuai dengan wajah saya.Tapi Alhamdulillah saya suka dengan shawl ni sebab fabrik nya tu bukan hitam biasa. Shawl ada shimer pada fabrik nya dan itu  yang buat wajah kita tak kelam disebab kan warnanya tu.



Selesai bab warna hitam tu , lepas tu fikirkan yang  jenama Zhafra ni pun saya tak pernah pakai."Entah boleh bersiap cepat ke tidak ." itu lah yang saya fikir sebab selalunya kalau pakai shawl baru ni nak bentuk kan nya tu ambil masa 10 minit.Nak dapatkan keserasian dengan shawl pun kena ambik masa tau..hahahah.kalau tak de keserasian, dalam kereta pun tak habis lagi belek tudung.

Tapi buat penat je saya bersiap lebih awal dari suami saya..Tak sampai 1 minit dah siap pakai shawl Zhafra ni .Magic juga shawl ni padahal ini bukan instant shawl tau.Ni shawl biasa je. Shawl mudah dipakai , shawl yang simple ,shawl labuh menutup dada , dan yang paling saya suka sekali shawl ada diamond di hujung nya.

Balik je Maisara dari sekolah saya suruh dia try pulak.Oleh sebab Shawl  mudah dibentuk mungkin Maisara tak ada masalah nak memakai nya.Dan tepat sekali.Dia boleh pakai Shawl ni dengan cepat.

Penuh taburan diamond...


Shawl mudah dibentuk sesuai untuk yang baru nak belajar pakai shawl

Sparkling Diamond Shawl ni di buat menggunakan fabrik yang sangat selesa di pakai. Fabrik ni tak panas walaupun di pakai seharian dan shawl tidak jarang. Kilauan pada shawl membuatkan shawl ni sangat istimewa pada si pemakai nya.Untuk yang pertama kali nak belajar pakai shawl , ini adalah pilihan terbaik.Korang boleh hadiahkan pada anak-anak gadis korang atau adik-adik yang baru nak belajar pakai shawl.

Walaupun ada shimmer pada fabrik shawl tapi shawl ni sangat sesuai untuk dipakai pada waktu siang atau pun malam.Malah kalau kena cahaya shawl ni akan membuatkan ianya nampak berkilau dan lebih cantik lagi.Kalau nak pakai shawl di hari raya , ini adalah shawl terbaik yang akan saya cadangkan.

Maklum je la bila raya ni seharian kita duduk di luar.Kita mesti tak selesa kalau pakai shawl yang tebal.Kemudian nak gosok pun senang . Kalau nak packing dalam bag pun dia tak mudah berkedut.Korang iron siap2 lepas tu lipat cantik2 masuk kan je dalam bag.Nanti korang buka shawl tu pun dia masih lagi tak berkedut.

klau korang nak juga shawl ni boleh ke Facebook page Zhafra atau 
whatsapp di no :0172666154

Sekian..




Sunday, 28 May 2017

RAMBUT PEREMPUAN BUKAN AURAT: BACA PENJELASAN DARI DA'I WAN

Assalamualaikum...

Tengah dok layan lagu Amboi--amboi..Altimate ni..saya tergelak bila part "7 kali pergi usrah , dah pandai tepis fatwa.." hahahha...Saya rasa kelakar sebab sepanjang saya menulis blog golongan ni memang ramai saya nampak..Lepas tu pandai pulak tepis sana sini..Dah macam golongan anti hadis..kalau kita cop dia golongan anti hadis memang tak kan mengaku la..

Kebetulan ternampak satu post yang di tulis oleh dai Wan berkenaan satu post di twitter yang mempertikaian tentang rambut adalah aurat wanita.Jom baca penjelasan dari Dai wan berhubung perkara berkenaan.Adakah benar rambut wanita  bukan aurat ?



Telah sampai ke pengetahuan saya tentang perkelahian di Twitter pasal seorang Feminism yang pertahankan rambut bukan aurat.


"Rambut perempuan bukan aurat?"





Ya, benar. Tiada dalil khusus yang menyatakan rambut itu ialah aurat. Saya tak nafikan ni.
Namun begitu jangan awak lupa 2 perkataan penting di dalam Quran iaitulah Hijab & Khimar.
Hijab itu umpama suatu perlindungan yang patut dibuat, khimar pula umpama 'Shawl' yang dipakai untuk menutup kepala.

Dua perkataan ini sebenarnya cukup terkait antara satu sama lain dalam bab aurat.
Makna kata apa:

Awak kena pakai 'Khimar' (Penutup kepala) yang bertujuan untuk 'Hijab' (Melindungi/perlindungan) kan diri sendiri.

2 perkataan yang saya sebutkan ini merupakan 'Perintah' Allah swt kepada lelaki & perempuan. Namun untuk perempuan perintah pemakaian Khimar tu khusus ada dalam surah An Nur ayat 31 sendiri.

Jadi disini, bila ia adalah perintah Allah swt, cuba tengok wanita zaman muhajirin dulu, turun shj wahyu pasal ni, mereka sanggup pergi robek langsir, terus gunakan kain langsir tu, pada waktu tu juga, terus balut dan litupkan kepala sendiri.

Rambut memang bukan aurat? Tetapi macam mana dengan arahan Allah swt untuk tutupkan kepala dan labuhkan ia?

Kan jelas dalam surah An Nur bukan?

Jika awak mengaku Islam, bukankah submit to the god order adalah everything untuk hati awak?

Ayat An Nur ayat 30-31 tu jelas 'Perintah' Tuhan kita.
X boleh kita denied, against. Bukan nak paksa awak ikut, tapi di situ ukuran pengabdian awak pada Tuhan macam mana?

Lagi satu, Tuhan takkan arahkan sesuatu yang sia-sia untuk kita. Sila fikirkan itu.

Sambung semula-
Makna kata sah-sah tak kira macam mana pun awak kena fikirkan cara, untuk pakai kerudung, tudung, shawl, atau apa-apa sahaja yang boleh tutupkan kepala awak dan awak kena labuhkan ia lebih dari dada awak.

Bukan saya suruh, tapi Tuhan kita.

Tuhan kita punya perintah. Dalilnya apa? Tu surah An Nur tu.

Teringin saya tambah lagi untuk mereka yang segolongan diluar sana:

Bagi saya 'Tudung' adalah jawapan paling cantik untuk laksanakan perintah Tuhan itu. Saya lelaki, tapi saya lahir dari seorang perempuan yang namanya 'Ibu'. Ibu saya sendiri sebagai perempuan akuinya. Pakai tudung memang dapat tunaikan perintah Allah swt dari 2 sudut yang telah 'Diperintahkan' iaitulah 'Tutup kepala' dan 'Labuhkan lebih dari dada'.

Jadi meskipun selepas ini kalau awak nak claim kata rambut bukan aurat, awak tetap 'Tak boleh expose' atau 'Tak boleh dedah' kan ia.

Betul bukan?

So dengan stand yang awak anggap awak betul hari ini, yang rambut awak bukan aurat awak telah tersalah dari sudut general meskipun specifically awak betul.

Kalaupun awak betul specifically, tetapi still kalau awak expose kan 'Hair' awak, awak telah jelas2 langgar perintah Allah swt, dan yang lebih malang, awak lakukan ia dalam keadaan awak dah sedar dan tahu yang awak memang telah salah dan tahu kesalahan itu.

Jangan.

Kembalilah pada pandangan secara majoriti semula, awak tak perlu nak payahkan diri awak menghadapi orang yang saban hari 'Membodoh' dan 'Mengherdik' awak hari-hari di Twitter itu.

Pilihlah jalan yang awak boleh tenang semula, damai semula, berjalan bukan dalam kecaman orang.
Awak mungkin cakap:

'X pe, ini between awak dengan Tuhan'.

Awak terlupa.

Habluminallah wa habluminannas:

Jagaan hubungan dengan Allah itu juga adalah jagaan hubungan dengan manusia.

Macam mana awak nak hidup dan mencapai ketenangan, bila awak hidup dipandang serong, dipandang salah, dan dipandang sebagai 'Pembawa fitnah' hari-hari.

Awak mungkin cakap awak kuat, tapi hati awak pasti akan 'Sakit', kerana awak juga manusia yang tak mampu menahan penatnya kritikan orang sebab 'Cara' yang awak pilih sendiri sedangkan punya banyak pilihan lain yang boleh buat awak untuk terus hidup dan beriman seperti biasa semula.

Ini nota hati saya untuk awak & semua yang sewaktu dengannya. Semoga Allah tunjukkan jalan yang lebih baik walaupun awak anggap ini adalah jalan yang terbaik sebab pilihan awak sendiri.

Maaf.

Bukan.
Ia bukan jalan kebenaran lagi.
Bagi saya ia sebuah 'Ujian' untuk awak mencari mana satu jalan kebenaran yang paling tepat & memang umumnya betul.

Tiada istilah pakai tudung itu payah, panas, susah dan menyusahkan kerana ada berjuta muslimah sekarang ditempat Nabi tinggal dulu telah pakai litupan kain utk tutup kepala di tengah-tengah panasnya padang pasir.

Mereka boleh & mereka sanggup bersusah payah.

Sebab itu usaha & bukti yang mereka cuba be the best dalam dapatkan 'Libasut Taqwa' (Pakaian taqwa).

Kita hari ini, duduk dalam kereta yang punya aircond udah merungut untuk bukaknya tudung panas.
Mungkin ada titik rujukan yang kita kena kembali untuk 'Refer' semula, kerana kita mungkin tersalah tanpa kita sedar dan kita ego akan ia.

Yang benar, Da'i Wan.

semoga bermanfaat untuk semua...Sebarkan supaya ramai yang tidak terpengaruh dengan golongan yang suka menyesatkan oorang lain dengan hujah2 yang mengkirtik hadis.

sekian..

Saturday, 27 May 2017

SHOPPING BARANG MURAH DARI CHINA DI SGSHOP

Assalamualaikum...

Baru-baru ni saya dapat peluang shopping barang murah dari China di SGshop.Seronok sangat sebab dah la nak dekat raya ni.Dapat juga jimatkan belanja shopping.



Bagi yang belum tahu apa benda la SGshop ni , ianya adalah satu portal membeli belah online  yang menjual barangan dengan harga murah .Sgshop adalah syarikat tempatan .Sgshop ni kiranya macam orang tengah antara pelanggan dan syarikat membeli belah online yang dikenali sebagai Taobao.Pernah dengar kan?Tapi Taoboa tu kita memang susah la nak beli kat situ sebab 100% bahasa Cina.mana la kita paham jadi melalui SGshop kita dapat beli barang di Taoboa.faham ke tidak?

Cara-cara mendaftar di SGshop


Sebelum membeli belah di Sgshop korang kena daftar dulu.Nak daftar ni senang je..Boleh jugak guna phone saja.

Pertama sekali korang kena pergi ke sgshop.com.my.



Klik Register.

1- Isikan email
2- Masuk akn username yang korang nak
3- Masuk kan pasword
4- Masuk kan Phone no.
5- Klik pada send code
 Code no akan di hantar menggunakan sms  phone korang


5-masuk kan code no yang diberi pada ruang yang disediakan ..
6- tick pada ruangan "... I have read and accept theTerms of Use and Privacy Policy.."
7-Klik pada Register

Bila korang dapat email pengesahan dan korang dah sah kan dengan klik link yang diberi itu bermakna korang dah boleh mula shopping.

Cara-cara guna shoping credit sgshop

Kita bayangkan yang dalam akaun sgshop korang dah ada credit shopping rm100.- Ini contoh je,

 Beli kat SGshop ni korang akan dikenakan 2 kali pembayaran.mula-mula korang kena bayar kos penghantaran dari penjual ke gudang SGshop.

Kemudian pembayaran kedua , korang bayar untuk kos penghantaran dari SGshop ke rumah kita.

Tapi ada tips yang korang boleh guna untuk elak kan korang bayar kos penghantaran ke gudang SGshop tu.Korang pilih barangan yang kos Domestic Shipping nya di tanda dengan amount 00.00 .tengok kat gambar bawah ni..



Nampak tak yang saya tanda tu..?Dia tulis RM00.00..maknanya nanti korang beli barang cuma bayar kos penghantaran ke rumah korang je la..Jimat kan??

Tak la korang kena bayar 2 kali..bayar sekali je..suka tak tips ni??hahahah..

Cara pembayaran nya pulak...

Bila korang dah pilih apa barang yang korang nak .Korang pergi kat My chart dan klik View Chart.nanti keluar la senarai barang apa yang korang dah pilih..Pilih cara cara pembayaran yang korang nak dan masuk kan alamat korang.

credit shopping yang ada dalam akaun korang tu lah yang digunakan untuk semua pembayaran atas pembelian yang korang buat.Mudah saja..

Bila setiap barangan yang korang order tu sampai di gudang Sgshop, korang akan dapat pesanan ringkas sms atau email untuk bagitau yang barang korang dah sampai.kalau 10 barang korang beli 10 email dan sms la yang korang dapat.jadi status barang tu tak la buat korang tertanya-tanya. 


Bagi yang belum ada shopping credit korang boleh topup credit shopping korang .Korang klik je bahagian username korang.Sebelah tu ada logout.pi ke anak panah kecil tu klik pada My account.kemudian kat belah kiri akan keluar beberpaa option dan korang pilih topup.(rujuk gambar atas)


Jadi macam tu la serba sikit cara shopping di SGshop.Tunggu entry kedua saya nanti untuk saya cerita tentang barang2 yang saya beli dan cara semak status barangan yang kita dah order.Bila entah barang saya nak sampai ni.??.tak sabar2 tau..padahal bukan beli barang sendiri pun..Banyak beli barang anak-anak je.hehehe..

sekian...


KEBAIKAN PEGANG TANGAN PASANGAN

Assalamualaikum...



Kebaikan pegang tangan pasangan bukan saja mengeratkan hubungan malah dikatakan berpegangan tangan dapat menyingkirkan strees dan membuat jiwa lebih tenang.Bila jiwa tenang dan tak stress kita pun sihat, tak de sakit merbahaya..Bermakna semakin tua kita ni janganlah malu untuk berpegangan tangan dengan isteri pulak.baru la hati rasa tenang dan penyakit pun tak de..

Selalunya masa bercinta je sibuk nak pegang tangan..Tak mau la macam tu..kalau boleh bila dah kawen pun jalan2 pegang tangan.Ada anak kecik memang susah sikit nak pegang tangan..Tapi jangan la sampai tak pegang lagsung sampai bila-bila..ok..

Tapi tengok tempat dan keadaan jugak la..Ni kat kubur pun nak jalan pegang tangan, kat dalam masjid nak berpaut lengan.Bukan tak boleh cuma kita pun kena juga jaga diri ita ni dari fitnah.Walaupun orang kata "baru lah sweet" tapi tak kurang juga yang anggap kita kurang menghormati tempat2 tertentu .Mana yang penting ??orang pandang sweet atau elak kan fitnah???Dah tentu mengelak kan fitnah lebih uatama..kan??



Dalam islam pun orang perempuan ni digalak kan menjaga rasa malu tapi saya pernah terbaca kalau di tempat yang sesak dan ramai orang kita digalak kan memegang tangan pasangan..Bukan apa, takut nanti orang lain yang pegang tangan isteri kita.hahaha..mana la tahu kalau tersesat ke, isteri pulak ada sakit , dah tentu akan merisaukan suami..

Berpegangan tangan bukan saja mengeratkan hubungan suami isteri malah hubungan ahli keluarga terutamanya dengan anak-anak dan ianya juga membuatkan emosi anak berkembang dengan baik..Bayangkan bila anak-anak tengok ibu dan ayahnya duduk sama-sama tengok tv sambil pegang tangan , anak pun rasa gembira sebab keluarga nya bahagia.

Berpegangan tangan dengan pasangan bukan bermakna kita lemah, tidak bebas  dan suka bergantung pada orang lain tapi lebih kepada menghargai dan menjaga hubungan yang dibina supaya terus kekal bersama.


lepas ni kena banyak kan pegang tangan pasangan ye..


sekian..

.

Thursday, 25 May 2017

#LOFFATAH ATAU #FATTZURA

Assalamualaikum...


Bagi peminat-peminat Suri Hati Mr.Pilot mesti sampai sekarang tak boleh move on dengan drama tersebut .Saya tengok di Instagram masih ramai lagi yang masih share  dan komen di video2 petikan dari drama tersebut,.Drama ini turut memenangi anugerah baru-baru ni.Sebab tu orang kata ni drama berhantu..Berhantu ke tidak tak tahu lah , tapi melihatkan fenomena #loffatah satu masa dulu ianya sekaligus menaik kan nama Fattah Amin  dan Neelofa. Dari artis yang biasa-biasa terus jadi luar bisa..Bab bakat lakonan tu saya tak mau cerita la sebab saya pun tak reti berlakon.heheh

Dari Suri hati Mr.Pilot sampai la ke Hero Seorang Cinderella , Fattah Amin masih lagi mengekalkan peminat-peminatnya sendiri tapi sekarang dah lain sikit.Tak ada lagi #loffatah . Sekarang sudah digandingkan dengan Fazura jadi hashtag pun dah bertukar jadi #fattzura.




Tapi tak dinafikan masih ramai penyokong-penyokong #lofattah di luar sana.Walaupun selepas beberapa peristiwa melibatkan perasaan yang berlaku , ada peminat2 #loffatah berpaling tadah dan merasakan ianya bagaikan satu penganiayaan kepada Neelofa .Yang tu saya tak pasti apa cerita sebenarnya..Fatah Amin ada tipu Neelofa ke?

Drama  Hero Seorang Cinderella baru masuk episod ke 3 Tapi populariti drama ni sebenarnya sudah bermula sejak dari awal Micheal Ang mendedahkan akan penghasilan drama ni.Bayangkan masa drama ni tengah buat pengambaran pun hashtag #Heroseeorangcinderella  dan #fattzura sudah digunakan oleh peminat dan pengikut kedua-dua artis ini.


Tapi bagi pendapat saya sendiri, Neelofa atau Fazura masing-masing ada kelebihan mereka sendiri.Fazura mempunyai pengalaman lakonan yang banyak.Dan Neelofa pula memang sedia ada pengikut yang ramai dan pernah memenangi anugerah di ABPBH. Perkara2 ni sedikit sebanyak menguatkan lagi drama yang mereka lakon kan.Saya tengok ramai yang banding2 kan lakonan mereka berdua bersama Fattah Amin.

Saya menonton Episod pertama Hero Seorang Cinderella  dan saya rasa sama macam drama Suri hati Mr.Pilot ., Fattah Amin hanya bertuah kerana mendapat gandingan pelakon yang hebat .Kalau la drama ni  di terajui oleh pelakon lelaki lain pun, dah tentu pelakon lelaki itu yang tengah popular sekarang..

Dan untuk drama kedua ni pun Fattah guna taktik sama..acah2 sweet dengan pelakon wanita . Makcik2 suka la tu..hahahah

Sekian..

TAIWAN JADI NEGARA ASIA PERTAMA IKTIRAF PERKAHWINAN SEJENIS

Assalamualaikum...


Di Malaysia ni golongan Gay tak berani nak menonjolkan diri mereka sebab undang-undang negara kita yang menolak perkahwinan dan hubungan sejenis.Tapi tak mustahil golongan ni sedikit masa lagi akan mula merasakan hak2 mereka perlu diikut.Macam yang saya baca semalam  Taiwan iktiraf perkahwinan sejenis di negara tersebut.Berita tersebut telah lama di tunggu-tunggu oleh golongan  ini . Golongan gay seluruh dunia  meraikan berita tersebut dengan gembira.


Mahkamah perlembagaan utama Taiwan semalam.memutuskan keputusan yang telah lama di tunggu-tunggu oleh golongan gay apabila membenarkan perkahwinan sejenis di negara tersebut.Taiwan ada lah negara pertama di Asia yang membenarkan golongan gay menikmati kesaksamaan perkahwinan .

Mungkin ada yang rasa, negara kita masih lagi dalam keadaan "ok" sebab percaya kerajaan sedia ada tak kan biarkan perkara macam tu di negara kita ni.Tapi selepas pengumuman berita di Taiwan tersebut ramai golongan gay di Asia tanpa ragu-ragu menjelaskan yang mereka sedia berhijrah ke Taiwan untuk membolehkan perkahwinan sejenis mereka diiktiraf.


Korang rasa golongan Gay di negara kita ada tak yang berasa nak juga ke Taiwan selepas ni?Tak mustahil..kan??Kata nak pi travel , last2 keluarga kat sini dapat gambar perkahwinan je..Kahwin pulak kat gereja.....Tak mungkin la kahwin kat masjid..kan??

Apa nak jadi dengan dunia sekarang.Ini lah yang jadi kalau nak ikut undang-undang dunia saja...

sekian..



Wednesday, 24 May 2017

SHARIFAH SAKINAH SELAMAT LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan untuk Sharifah Sakinah kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan pagi tadi. Sakinah di masuk kan ke wad sejak malam tadi dan  pagi ni dia selamat melahirkan .

Bayi yang diberi nama Anais Adha. dilahirkan melaui pembedahan..Setahu saya sakinah ni dah Overdue..malam tadi sudah induce dan sakinah tak henti-henti berjalan dan melakukan regangan supaya cepat bersalin.







Jom kita tengok gambar-gambar Sakinah semasa menunggu waktu untuk melahirkan Anais Adha... 




Comel je..siap ada bola untuk sakinah melakukan regangan.Ramai pengikut sakinah yang mengucapkan tahniah padanya dan mendoakan kesihatan Anais Adha dan Sakinah.

Selamat berpantang Sharifah Sakinah..

JANGAN MEMAKSA ORANG LAIN MELAKUKAN LEBIH DARI APA YANG MEREKA MAMPU

Assalamualaikum..




Bila satu masa tanggungjawab kita dipertikaikan walaupun kita dah buat sehabis baik , mesti kita akan terfikir untuk apa lagi kita ada di sini..

Sedangkan korang dah buat semampu yang korang boleh.Tapi bos korang atau rakan sekerja korang harapkan korang buat lebih dari tu  padahal korang mampu setakat tu je..

Apa yang korang akan buat??

Ramai yang alami dilema macam ni.Kita sendiri tahu had diri kita , apa yang kita boleh buat dan sampai mana kita boleh buat.Korang tahu kalau korang buat lebih dari yang korang boleh, korang akan tumbang jugak.

Itu bila di tempat kerja..

Macam mana pulak kalau dalam perkahwinan...

Pasangan korang asyik paksa korang buat benda yang korang tak mampu nak buat.Dia nak korang buat lebih lagi.Bila tak macam yang dia nak, dia complain..Sedangkan itu saja yang korang mampu.

Perkara ni nampak remeh tapi ianya melibatkan persefahaman.kalau pasangan tak boleh faham memang musnah lah  rumahtangga.

Mengaharapkan orang lain untuk faham dan sedar dengan keupayaan kita memang agak sukar.Mereka melihat dan meletak kan harapan  pada kita terlalu tinggi hingga tanpa mereka sedar hati dan perasaan kita terguris dengan sikap mereka.Apa lagi jika dipaksa melakukan sesuatu yang tidak boleh kita lakukan.

 "dia ingat aku ni robot ke.."
..."aku ada dua tangan je.." 
"aku sorang je yang kena buat semua..?"

Berapa ramai yang faham bila orang lain meluahkan perasaan macam ni.Kita mungkin kan anggap ianya hanya alasan semata-mata. Tapi kita tak sedar kita juga ada had kemaMpuan kita.Kita pun ada kelemahan macam orang lain .

Bila kita boleh buat sehingga Z jangan kita fikir orang lain pun boleh buat sampai Z.ada yang mampu sampai M saja..Faham tak?

Kadang-kadang kita rasa.."ala..aku boleh je buat..dia tak boleh buat pulak.." tapi kita tak sedar yang kita buat tu tak sempurna pun.Asal buat je..Tapi orang lain, walaupun dia buat ikut kemampuan dia je tapi hasil nya sangat baik.

sekian..


APA-APA HAL PUN VIRALKAN DULU....

Assalamualaikum...



Zaman penyebaran maklumat dihujung jari ni , semua benda nak di viralkan.Kalau benda baik elok la di viralkan.Tapi kalau benda tak baik macam mana pulak?Boleh ke tidak kita viralkan?Itu yang saya nak cerita ni...

Setiap dari kita mesti ada perasaan tak puas hati dan  perasaan marah apabila mengalami kejadian-kejadian yang kita adalah mangsanya.Misalnya bila kita pergi satu kedai makan, kemudian makanan yang dihidangkan tu tak sedap.Kita pun ambil gambar dan terus post di facebook .Dengan harapan ???? Apa tujuan sebenar kita sebar kan hal tersebut.Adakah dengan menyebarkan hal tersebut akan buat makanan jadi lebih sedap?



Ada banyak yang akan dilalui oleh peniaga tersebut.Mungkin kedai nya akan di tutup, dia kehilangan pelanggan, kemudian dia tak mampu lagi nak menyara keluarga nya.. Adakah kita pernah terfikir kan perkara ni sebelum menyebarkan nya.

Adalah lebih baik jika kita berterus terang dulu pada peniaga tersebut tentang rasa masakan nya.Kalau pandangan dan aduan kita diterima dengan baik oleh peniaga , tak perlu lah kita menviralkan nya.Tapi kalau aduan kita dibalas dengan buruk, itu lah masa nya untuk kita beri pengajaran pada peniaga tersebut.



Tapi ada juga perkara yang patut kita viralkan.Contohnya bila kita  melihat keganasan berlaku di depan mata..Kita mungkin berasa tiada daya nak membantu mangsa atau kita takut.Mungkin dengan menviralkan kejadian tersebut dapat membuka mata pihak berkuasa untuk bertindak dan orang lain supaya lebih berhati-hati.



Bagi kita yang membaca pulak sebelum kita tekan butang Share , kita pun kena la fikir panjang dulu.Kalau kita tak share perkara tu pun tak kan tersebar.Kadang-kadang berita belum sahih kita dah share .terus jadi fitnah dan saham nya pun kita dapat sama sebab menyebarkan berita yang tak betul.Lagi2 kalau melibatkan maruah orang lain

sekian..

Tuesday, 23 May 2017

LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST : ROTI JALA MENU IFTAR PALING DIGEMARI

Assalamualaikum...

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest


Masuk je bulan puasa  mula la fikir apa menu iftar kita nanti.Bagi setengah orang mungkin tak kisah masak je apa pun tapi bagi yang dah berkeluarga menu iftar  sangat penting.Lagi-lagi kalau ada anak kecil yang baru belajar nak berpuasa.Bila dah siap menu iftar untuk keluarga  jangan dilupa menu iftar kegemaran sendiri.Kita pun puasa juga so masa ni la kita nak hidangkan menu iftar kegemaran kita.Alang -alang dah cerita pasal menu berbuka puasa ni kita join terus Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest .Boleh la cerita sikit pasal menu iftar masa kecil-kecil dulu.

Masa saya kecil-kecil dulu opah saya yang akan sibuk di dapur menyediakan hidangan berbuka. Orang dulu-dulu kebanyakan nya  keluarga susah ,jadi bukan selalu dapat makan sedap-sedap kecuali bulan puasa.Selain menu yang opah masak ada juga yang diberikan oleh jiran-jiran.Paling saya suka sekali ialah Roti Jala . Masa tu bukan selalu dapat makan Roti Jala .Tapi kalau ada jiran yang hantar memang la seronok.



Bila dah bekerja, dah ada keluarga sendiri dapat lah buat  Roti Jala dan kari ayam terutamanya dibulan puasa. Menu iftar ni  bukan saja jadi kegemaran saya tapi juga suami dan anak-anak.

Ada yang nak try Roti Jala paling sedap dan senang ?

Resepi Roti Jala  Paling Sedap dan Senang

Bahan-Bahannya

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
sedikit garam (anggran dalam   2 cubit sahaja)
sedikit pewarna kuning
2 setengah cawan air
majerin

Cara-caranya.

1- Masuk kan semua bahan ke dalam Tefal  Stand Hand Mixer . Bancuhan tepung akan lebih sebati dan tak berketul bila gunakan hand mixer ni.

2- Panas kan Tefal Super Cook Frypan. Sapu sikit majerin . Kemudian adunan yang dah dikisar tadi kita masuk kan dalam botol roti jala....kalau pandai guna acuan kuning yang macam senduk  tu pun boleh..tapi saya tak pandai la guna yang tu..Guna yang botol lebih mudah..

3- Bila fry pan dan panas  mula la menjala.buat la bentuk jala nya..nak buat 4 segi boleh..nak buat bulat pun boleh..Bila dan masak terus angkat.Tak payah alih2 kan dia.kemudian lipat la dia cantik2.

Saya selalunya guna 2 lapis roti jalan sebelum lipat tu.kalau selapis je tak cantik sebab nipis sangat.Roti jala ni boleh juga dimakan dengan bubur durian, makan dengan rendang dan kalau saya dah tentu akan bersama kari ayam.

Dengan menggunakan Tefal Stand Hand Mixer dan Tefal Super Cook frypan memang mudah nak menyediakan Roti Jala .Korang boleh dapatkan 2 produk ni di Lazada.




Korang  juga boleh menggunakan Code TEFALSIS10 dan melayak kan korang untuk mendapatkan 10% potongan harga .


Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini Marhaban Ya Ramadhan By Lazada  dan jualan Riang Ria Raya menawarkan tawaran potongan harga sehingga 90%  dari 19 May sehingga 30  June depan. Jadi jangan lepas kan peluang untuk membeli belah di Lazada untuk lebih penjimatan di musim perayaan ini.

sekian...




RESEPI DAGING MASAK SOS TIRAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...


resepi daging masak sos tiram

Biasanya kalau waktu makan tengahari saya akan masak yang simple -simple je .Contohnya macam daging Masak Sos Tiram yang sedap dan mudah ni.. Anak pun suka menu ni terutamanya si kakak.Boleh makan nasi bertambah-tambah.Kalau diaorang mintak saya masak menu ni suka la saya sebab senang je cara nak menyediakan nya.

Saya belajar masak Daging Sos Tiram ni dari salah eorang kawan saya masa di Jb dulu.Dia memang pandai masak dan dia kata kalau buat daging masak sos tiram ni kena letak banyak halia.Baru sedap.Dan yang paling bagus gunakan halia muda.Tapi agak susah nak cari halia muda kat kedai2 runcit.Jadi kita pakai halia biasa je..

Untuk kuah nya tu lebih baik kalau di masuk kan sedikit bancuhan tepung jagung supaya lebih pekat.Tapi saya tak letak sebab anak-anak suka kuah nya cair.


Ok..jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan untuk memasak Daging masak Sos tiram

daging masak tiram

250g daging - potong nipis dan gaul kan dengan sedikit garam serta kunyit
bawang besar 1 biji - potong bulat
bawang putih 3 ulas - belah 2
Halia 2 inci - hiris panjang2 dan nipis
Cili merah /hijau -3-4 biji
3 sudu besar sos tiram
1 cawan air
sedikit garam
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara memasak Daging masak sos tiram


-Panas kan minyak dalam kuali
-gorengkan daging sehingga separuh masak..
-Kemudian masuk kan bawang besar, halia, bawang putih dan cili.
-Kemudian masuk kan sos tiram dan air atau yang suka pekat masuk kan air bancuhan tepung jagung(air 1 cawan + 1 sudu kecil tepung jagung)
-Masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan secubit garam..
-siap dan sedia untuk dihidangkan..

selamat mencuba..

sekian..

Sunday, 21 May 2017

UNIC JUARA GEMA GEGAR VAGANZA MUSIM PERTAMA

Assalamualaikum...



Tahniah untuk unic yang dinobatkan sebagai juara Gema gegar Vaganza musim pertama.
UNIC  menewaskan 5 peserta lain mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai rm100000 dan trofi .

Tempat kedua Hijjaz memenangi  hadiah wang tunai rm30000 dan trofi.
Tempat ke tiga - Mirwana  membawa pulang wang tunai rm20000 dan trofi
Tempat Ke empat -  Azmi dengan hadiah rm15000 dan trofi .
Tempat kelima - Hafiz Hamidun membawa pulang wang tunai Rm10000 dan trofi .
Tempat ke enam - Saujana memenangi wang tunai Rm5000.

Anugerah Gema Terindah (Gempak Gempur) pulak dimenangi oleh Azmi .Membawa pulang wang tunai RM15000 untuk disumbangkan ke rumah kebajikan terpilih.

Anugerah Pilihan Penonton pula dimenangi oleh Hijjaz  membawa pulang Rm5000.

Jom kita layan gambar dulu dan kemudian saya ada review sikit persembahan konsert Akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama ni..

















Sumber gambar: Instagram Nasyidkini

______________________
Malam ni berlansungnya Konsert Akhir Gema gegar Vaganza musim pertama. 6 Peserta yang merebut gelaran juara Gema Gegar Vaganza bakal membuat persembahan pada malam ini.Saya paling tertunggu-tunggu persembahan Hijjaz dan UNIC memandangkan 2 peserta ini sering menampilkan persembahan yang menarik.Tapi kalau berdasarkan vokal nyanyian saya tunggu persembahan dari Mirwana.

Untuk Minggu akhir ni ada kelainan sikit bila Juri Oki Satiana Dewi menyampaikan lagu Bila Cinta Bertasbih bersama Siti Nurdiana.Cantik sungguh baju Oki dan Siti Nurdiana.Macam princess...Nyanyian diaorang pun best la..masing2 suara sedap.

Sampai je part Achey berduet  dengan Fikri lagu "Assalamualaikum" memang berdebar je rasa sebab diaorang ni kalau menyanyi asal keluar suara je.Selalunya ada Siti Nurdiana tolong tunjuk kan jalan yang lurus tapi kali ni kena nyanyi berdua je..Nampak la Fikri tu macam mengelabah sikit..ahahahha..Juri jemputan minggu ni Dato Siti Nurhaliza..Apasal saya nampak Siti macam dah gemuk macam saya je..hahahah..

Persembahan pertama menampilkan kumpulan Mirwana.Untuk persembahan pertama ni bagi saya persembahan mereka biasa saja.Tapi vokal mereka tetap mantap  macam selalu.Penuh pentas diaorang bawak geng.Tapi best la cara lagu ni di bawa..Masyaallah..mendayu2 je suara diaorang ni mendendangkan lagu ya Rasullullah...rasa sebak dan sayu mengenangkan Rasullullah s.aw.

Persembahan kedua dari Azmi.Beliau mendendangkan lagu Damai yang Hilang .Awalnya ada lakonan dengan sorang budak kecil tu..Comelnya budak.Persembahan Azmi minggu ni macam kurang sikit la.Vokalnya pun tak macam selalu.Mungkin dia rasa tertekan sikit la minggu akhir ni.

Untuk persembahan Saujana mereka mendapat pujian dari Dato Siti,.Katanya persembahan yang kreatif.Bagi saya memang kreatif tapi macam lambat je..boring je..Nyanyian pun slow .Awalnya Saya agak mungkin diaorang akan ubah sikit supaya lagu ni ada kelainan supaya  sesuai untuk dibawa keatas pentas tapi menghampakan..Lagu entah apa tajuk nya..Sorry la saya pun tak tau tajuk lagu ni.Minggu lepas masa pengumuman lagu saujana tenggelam sikit dengan suara Achey yang kuat menjerit.ahahhaah

Hafiz mendendangkan lagu Nurkasih untuk persembahan pertama minggu ni.Best la lagu ni dia ubah sikit awalnya tu.Ini lagu kegemaran ramai tau..lagu masa saya muda mudi dulu..Awal2 tu ada monolog sikit.Menyentuh jiwa tau.best..terbaik persembahan Hafiz untuk minggu akhir ni.

Minggu Final Hijjaz beruntung diberi peluang menyanyikan lagu sendiri. Lagu Fatamorgana ni siapa la yang tak tahu.??memang antara lagu popular kumpulan Hijjaz...Tapi saya agak kecewa sikit la dengan cameraman ni..dia tak fokus pun pada persembahan kat belakang tu.Fokus pada Hijjaz je..Rugi la diaorang dah setup persembahan sikit punya ramai kat belakang tapi kami kat rumah tak puas tengok.Sedih la..

Unic juga diberi peluang menyanyikan lagu sendiri untuk minggu final ni.Lagu Ainul Mardiah ni mereka nyanyikan dengan baik sekali.Saya suka persembahan diaorang ni lagi2 diaorang ni jenis selamba je..Tiga-tiga kelakar..hahahha.Bila time buat persembahan diaorang buat betul2.Bila berbual memang asyik ketawa je..itu yang best nya diaorang ni.Persembahan lagu Ainul Mardiah ni juga buat dato Siti Nurhaliza sebak dan mengalirkan air mata.

Persembahan kedua Hafiz dan Azmi mendendangkan lagu "Aku Maafkan kamu" memang best.Lagi2 bila tengok diaorang kena Rap..best dengar Azmi rap.Selalu dia cakap susah nak hafal tapi boleh juga dia buat.kagum la..Makcik yang celik ni pun nak hafal apa2 mana cukup seminggu..hahhahhaha...Ramai yang "wow.." kat Azmi masa dia rap.Siap dapat standing ovation dari penonton lagi persembahan hafiz dan Azmi ni.Juri pun puji persembahan battle pertama ni.

Battle kedua pulak ialah UNIC dan Saujana yang mendendangkan lagu "Kalah Dalam Menang". Diaorang pun kena rap juga ni. Setuju dengan Oki dan Dato Siti susah nak bandingkan Saiujana dengan UNIC sebab diaorang ni sama comel kot bila mentanyi rap..hahaha..Korang kena tengok ulangan nya nnati tau..Mencuit hati jugak la...

Battle ketiga antara Hijjaz dan Mirwana.Ramai yang tunggu-tunggu persembahan ni sebab ini Hijjaz dan Mirwana ada satu level yang sama .Kedua-dua nya dijangka akan menjadi juara.Persembahan diaorang untuk lagu "Alhamdullillah" ni saya rasa paling best la untuk malam ni.Lagi2 tengok Mirwana ni agresif sikit diaorang kat atas pentas.Memang macam penyanyi rap profesional .Sekali keluar pakcil2 hijjaz  rap habis berdiri semua penonton.Mau tak terkejut tengok ustaz  rap..hahhaha.

sekian...