TAK SUKA PENIAGA ONLINE JANGAN REPORT..UNFOLLOW SAJA..

Assalamualaikum...



Saya ni memang suka buka instagram berbanding facebook.kalau ada masa lapang saya suka tengok-tengok gambar di Instagram.Facebook ni saya kurang gemar sikit.Kalau saya rasa ada banyak sangat masa terluang atau ada sesuatu yang saya nak post baru saya buka facebook.

Lagipun facebook sekarang dah terlalu banyak sangat iklan-iklan.kan?kesian kawan-kawan saya yang berniaga online terpaksa bersaing dengan iklan2 besar tu.Kat atas, iklan kawan kita jual tudung, bawah nya keluar iklan dari butik terkenal ..Bayangkan antara iklan yang di bayar ,dengan iklan kawan kita ,mana yang lebih mempengaruhi kita?



Tak banyak sikit dah tentu iklan dari butik terkenal lebih menarik..kan??Model nya cantik-cantik,gambar pun bukan dari smartphone, siap ada harga promosi, siap ada jaminan..testimoni pun dari artis terkenal..

Bandingkan pulak dengan produk jualan kawan kita, gambar pun asyik ulang yang itu je hari2.Gambar tu  pulak diguna semula oleh rakan kita yang satu lagi..Maklum la..dropship je..

Sekarang ni kalau nak berniaga disuruh kita gunakan facebook page saja.Kalau 1000 orang like page kita , bukan 1000 orang tu akan nampak apa yang kita post.Kena bayar dulu...guna facebook ads baru la orang lain nampak apa yang kita posting di facebook page kita.kalau tak facebook page kita tu jadi tunggul je la.



Bukan senang nak senang...Apa pun kena keluar modal jugak.Yang berniaga di facebook personal tu entah la sampai bila mereka boleh bertahan.Kalau nasib tak baik, bangun pagi esok facebook dah hilang.Dah ramai yang mengadu pada saya facebook nya hilang sebab dah di remove oleh En.Mark.Untuk yang tak suka tengok kawan2 berniaga di facebook kalau boleh jangan la report.kesian kawan tu..

Kadang2 dia meluat kawan nya tu asyik post tentang jamu terus dia report..Awak unfollow je..Jangn la sampai nak sekat rezeki orang.Tak baik la..Mana tahu dengan bisnes online dia tu la, dia dapat bagi duit belanja sekolah pada anak-anak dia.Dengan berniaga online ni la dia dapat bantu suami dia yang hanya kerja gaji rm1000 sebulan.

Kita mudahkan hidup orang InsyaAllah ..Allah permudah kan hidup kita..


sekian..




Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
3 April 2017 at 08:20 ×

Saya setuju tu. Kadang-kadang ada yang mintak kita like depa punya page, saya like ja pun. tak rugi apapun. Tak suka scroll laju-laju

Reply
avatar
3 April 2017 at 08:46 ×

betul kesian org cari makan

Reply
avatar
Ashmira
admin
3 April 2017 at 12:31 ×

Betul tu. Kesian la kat peniaga on9 mcm kami huhhu.

Reply
avatar
Noor Azlan
admin
3 April 2017 at 18:35 ×

Saya setuju tu, bila orang compare Adidas dan Abidas, memang lah kita akan klik iklan Adidas... FB dah makin mengaut untung sahaja...

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me