TAK PERNAH TERFIKIR NAK TUTUP BLOG

Assalamualaikum...



Dah habis dah saya punya cuti-cuti depan TV.Hari ni kena la update semua laman sosial yang saya ada.Ikut kan hati nak je tambah cuti-cuti depan TV ni lagi 2-3 hari.Tapi nanti orang ingat saya dah tak menulis blog pulak..

Bila setiap hari kena online, update  blog, facebook  dan instagram, kemudian sehari kita tinggalkan semua ni, rasa lapang dada, hati senang, tak stress dan kita akan dapat rehat yang cukup.

Sejak dulu lagi saya memang akan elak kan untuk online bila saya rasa letih, tak de mood  dan stress.Bagi saya itu cara terbaik untuk saya berehat.Orang dulu-dulu kalau nak rehat disuruh tidur je..Tapi sekarang kalau nak rehat , jauhkan diri dari internet.InsyaAllah..akan dapat rehat yang cukup.

Tapi saya ni kalau rasa tak de mood nak update blog tak ada la terus terfikir nak tutup blog ni.Sepanjang 7 tahun menulis belum pernah sekali pun terfikir nak tutup blog.Saya pernah dekat 3 bulan tak menulis diblog ni tau..Masa tu mengandung dan selepas bersalin anak kedua..


Whatsapp pun baru hari ni saya nak balas, yang email dan pm di facebook pun InsyaAllah lepas ni saya balas ye.Semalam ada juga la secara tak sengaja ter scroll facebook, ter like..hehehe..sebab benda jadi kebiasaan..kan??tapi bila teringat je yang kita nak berehat, terus tutup phone.

Lepas ni nak biasakan seminggu sekali kena ada juga la hari tanpa internet ni.Susah juga bila rumah ada wifi ni..kan??kalau pakai data mobile rasanya tak de masalah nak tinggalkan internet.Kalau dah wifi on 24 jam , pegang phone je mesti nak check notification yang masuk.  takut ada email yang penting. :)

Tapi pelik nya dapat email penting pun , tak juga balas..hahahah..takat baca lepas tu , tutup..

Saya rasa unntuk mereka yang selalu rasa stress dan letih dengan blog tu kena juga la ikut cara ni.Tak la bila stress , tak de benda nak update, tak de internet, terus keluar statement "nak tutup blog" ..Cuti je la 2,3 hari..lepas tu sambung balik menulis...


sekian..
Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
19 April 2017 at 10:02 ×

menulis blog melatih otak kita, jadi boleh cegah penyakit spt dementia, parkinson dan alzheimer

Reply
avatar
19 April 2017 at 10:09 ×

saya kalau keluar dari rumah memang selalu hari tanpa internet. kalau duduk rumah saya takde aktiviti pulak nak buat hahahaha

Reply
avatar
IK Tia
admin
19 April 2017 at 12:41 ×

sama lah kak. saya ni pun, walaupun berhari tak update blog. takdelah sampai nak tutup blog. tak terfikir langsung nak quit dari jadi penulis blog ni.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment