SENARAI KOSMETIK YANG TIADA KELULUSAN KKM

Assalamualaikum..



Menularnya berita tentang satu produk kecantikan yang mengandungi Merkuri yang diharamkan penjualan nya baru-baru ni ramai yang jadi risau dengan beberapa produk tempatan  lain yang teksturnya seakan-akan sama dengan produk yang ditarik balik pengesahan KKM nya tu.Sebenarnya bagus kalau ada rasa was-was tu.Jangan main guna je .Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan testimoni di media-media ni.

Sedih juga bila tengok ada kawan-kawan yang share pengalaman menggunakan produk ni dan  mengalami kerosakan kulit yang serius dan terpaksa berhabis ratusan ringgit dan masa yang panjang untuk sembuhkan kembali kulit diaorang tu.Tapi kalau tak dihebahkan macam tu sampai sudah la orang tak tahu produk tu merbahaya.

Bagi memudahkan pengguna  untuk menyemak samaada produk yang mereka gunakan adalah selamat atau pun tidak disini saya sertakan maklumat beberapa produk kosmetik yang diharamkan penjualan dan penggunaan nya oleh KKM.

Sumber; http://www.malaysiatercinta.com/

PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL 2017


Yang saya paparkan ni adalah untuk tahun 2017 sahaja.Sebelum ni pada tahun 2016 pun ada beberapa produk terkenal yang di sahkan tiada kelulusan KKM..Sampai sekarang status produk-produk tersebut belum di ketahui sama ada masih boleh digunakan atau pun tidak.

Sebenarnya hebahan-hebahan seperti ini bukan lah berniat nak menjatuh kan mana-mana pihak.Kita cuma tak mahu lebih ramai orang menjadi mangsa produk-produk yang merosak kan ni.Saya percaya tak ada pengasas produk pun yang mahu bisnes dia terlingkup ..Mungkin ada perkara-perkara yang pengasas nya terlepas pandang.

Semoga lepas ni kita lebih berhati-hati menggunakan dan mengeluarkan sebarang produk kecantikan.Saya ni pun selalu dapat produk kecantikan untuk review di blog ni.Kulit saya ni macam2 produk saya dah cuba guna.Biasanya bila nak gunakan satu-satu produk baru tu saya gunakan seminggu dan stop guna untuk seminggu.kalau kulit tak de jerawat, tak de gatal2 aproduk tu ok la untuk saya.Pernah juga dapat produk yang buat kulit wajah teruk lepas guna , dan serta mesta saya tinggalkan terus produk tu.Yang penting kena ada tempoh percubaan dalam menggunakan satu-satu produk.


sekian..

Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
Maria Firdz
admin
13 April 2017 at 05:17 ×

Hebahan sebegini perlu untuk keselamatan umum...

Reply
avatar
13 April 2017 at 08:00 ×

nsb la tak penah pakai jenis produk2 gini....

Reply
avatar
13 April 2017 at 11:28 ×

nasib saya jenis tak percaya local produk in terms of cosmetic atau suplemen

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
13 April 2017 at 14:35 ×

saya pengguna AH beauty sebelum ni, tapi lama dah tak pakai sebelum ada hebahan ni lagi. mengenai AH beauty pon saya dah hide kan dalam blog.guna produk selamat sekarang
JanjiKita

Reply
avatar
SalbiahM
admin
13 April 2017 at 20:39 ×

produk kalau 'ajaib' dan cepat sangat memang ada yang tak kena.biar perlahan dan natural, janji tak membahayakan kulit dan kesihatan. thanks sahre Kak DR

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment